Friday, May 31, 2013

Aktiviti anak-anak-buat coklat sendiri

Cuti sekolah,selain buat kerja sekolah yang menimbun cikgu bagi tu,saya bagi peluang anak-anak relax sikit kita buat aktiviti.

Aktiviti ni memang semua anak-anak suka.Senang pun senang.Makan pun sedap.

Kita buat coklat sendiri....

Anak-anak teruja tau!

Beli coklat bar-milk chocolate compound....cairkan dan masukkan ke acuan,bentukkan.Semudah ABC....


Nak kreatif lagi letak inti blueberry di tengah-tengah coklat tu.Bila kita gigit terasalah rasa filling blueberry tu.Puas hati.Banyak dapat.Makan pun tak habis.Sebab cepat muak.

Amacam?okaylah tu kan.Saya suka sebenarnya kalau cikgu bagi banyak kerja sekolah kat diorang ni.Taklah  melangok je keje diaorang ni.

Pesanan:Hari biasa 4 pot nasi okay dah,cuti sekolah semua ada 7 pot pun kadang-kadang ngam-ngam je...Fuh!!!

Wednesday, May 29, 2013

Wordless Wednesday # 3 in 1 -Pulut,kelapa dan kacang




Selamat Menjamu Mata.....Pulut bungkus di Kelantan......

Pesanan:Jimat dan kenyang....

Tuesday, May 28, 2013

Menu di meja pengantin

Sabtu lepas,telah pun diadakan majlis perkahwinan anak buah suami di Kelantan.Ramainya orang datang sampaikan pukul 7 petang pun masih ada lagi tetamu.Memang sangat meletihkan.Makanan pun sedang-sedang elok,walaupun tuan rumah nak makan sendiri lepas majlis pun ada tinggal seperiuk kecil je.Maknanya memang puas hati bila lauk-pauk cukup untuk para tetamu jemputan.



 Masing-masing telah dibahagikan tugas.Saya ditugaskan menyediakan lauk pengantin.Dengan pertolongan seorang saudara,saya cuba menyiapkan lauk pengantin sekadar yang mampu.

Ini lah hasilnya.


Udang celup tepung dan fishball



Ikan siakap stim 3 rasa




Hati lembu goreng kunyit



Air carot susu

Selain lauk tersebut,kami menambah lauk kenduri yang lain,seperti gulai kawah,ayam masak merah,acar dan sambal.Pengantin tak lalu makan,ada lagi lebihan lauk.hehehehehe

Saya dah tak larat,dengan berpeluh lagi saya balik rumah dulu.Lepas maghrib saya ke sana semula.Hasilnya......




hahaha...pengantin masuk bilik,kami melantak kek hadiah dia....Bila lagi nak merasa kek pengantin.Nanti saya dah balik Lipis terbayang-bayang pula.Secret recipe punya kek tu derrrr......

Pesanan:Selesai satu majlis.Akan datang ada lagi majlis dengar-dengarnya.....stand by jer lah...

Wednesday, May 22, 2013

Wordless Wednesday # 25 Bercuti Sekejap


Saya nak berehat sekejap.Sekejap pun jadilah.Saya pun bukan robot buat kerja tanpa henti.Perlu rehatkan diri dan minda.hehehehe...

Pesanan:Sebenarnya cuti ini adalah minggu yang sibuk.

Tuesday, May 21, 2013

Utamakan suami dulu,baru yang lain....


Semua isteri-isteri mesti utamakan suami dalam semua hal.Kalau nak keluar rumah kena minta izin,kalau nak beli apa-apa pun kena tanya suami hatta nak balik kampung sendiri pun sebab nak jenguk mak ayah perlu persetujuan suami.

Tapi yang ini lain sikit.Mungkin ramai tak sedar.Arwah mak mertua saya kata,kalau menyidai kain baju kena utama kan pakaian suami dahulu.Umpamanya jika tempat sidai kita bertingkat-tingkat,yang paling tinggi tu mesti sidai kain baju suami dulu.Kalau kain pelikat tu,sidai dia dulu,baru nak sidai kain batik isteri.Hah,begitu sekali orang-orang dulu utamakan suami.Sebab itu hidup mereka bahagia sehingga tua.

Betapa tinggi nya rasa hormat kita pada suami  sampaikan nak sidai kain baju pun kena utamakan hak suami dulu.Itu yang arwah ibu mertua saya ajarkan waktu saya mula-mula berkahwin 17 tahun yang lalu.Namun saya ada juga sempat ikut ada juga saya main sidai je,asalkan kering.hehehe...

Nabi s.a.w. bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa,bahawa taatlah kepada suami,dan mengakui hak-hak suami,nescaya sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran.Sungguhpun begitu sedikit sangat daripada ister-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka."

(hadis Riwayat Al-Imam Bazzar)

Nasihat orang-orang dulu jangan diambil sambil lewa.Jangan jadi isteri derhaka pula.

Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri yang sering lalai....

Monday, May 20, 2013

Derhaka kepada Ibubapa akan disegerakan pembalasannya di dunia lagi.

Sebagai seorang anak,taat dan berbuat baik kepada ibubapa merupakan satu tanggungjawab.Berbuat baik kepada ibubapa beerti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibubapa dengan memelihara hubungan yang baik melalui pemberian kasih sayang,pemberian kerjasama dan bantuan hal-hal yang munasabah dan berpatutan.

Dengan perkataan lain,adalah menjadi suatu kesalahan atau dosa jika seorang anak derhaka terhadap ibubapanya.Derhaka kepada ibubapa juga beerti derhaka kepada Allah kerana perintah berbuat baik kepada ibubapa beriringan dengan perintah supaya beribadat kepada Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua,dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.

(Surah an-Nisa' Ayat 36)

Janganlah sebab kita sudah berjaya,memegang jawatan penting,sudah hidup senang kita lupa terus jasa ibubapa kita.Walau buruk mana pun ibubapa kita,sampai kita mati pun mereka tetap ibubapa kita.Ingatlah anak-anak,menangis je ibubapa kita kerana perbuatan kita kepadanya beerti kita telah membuat dosa besar dan menderhaka kepada mereka.

Kita selalu berharap nanti anak-anak kita akan berbuat baik kepada kita,namun jika baik layanan kita kepada ibubapa kita baiklah bakal kita perolehi,namun begitu sebaliknya yang bakal kita terima jika sebaliknya berlaku.

Akibat Derhaka terhadap ibubapa

Derhaka kepada ibubapa termasuk di antara sebesar-besar dosa besar yang dapat mengakibatkan seksaan neraka.Rasulullah  s.a.w. bersabda:

Sebesar-besar dosa itu isalah menyekutukan Allah,membunuh orang,derhaka kepada ibubapa,dan berkata dusta (menjadi saksi palsu).

Derhaka kepada ibubapa menyebabkan semua amal menjadi sia-sia dan tidak bermanfaat.Apabila seseorang anak menderhaka terhadap kedua orang ibubapanya,maka semua amalan yang dilakukan adalah sia-sia.Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

Tiga perkara yang menyebabkan amal tidak bermanfaat ialah menyekutukan Allah,derhaka kepada kedua ibubapa dan lari dari medan peperangan.

(Riwayat at-Tabrani)

Betapa pun kita bersusah payah berbakti kepada keduanya,namun jika dibandingkan dengan jasa mereka terhadap anak-anak adalah tidak seberapa dan tidak dapat dihitung.

Derhaka kepada ibubapa akan disegerakan pembalasannya oleh Allah s.w.t. di dunia dan di akhirat.Perbuatan derhaka terhadap ibubapa akan dibalas segera oleh Allah s.w.t. di dunia ini.Rasulullah s.a.w. bersabda:

Tiap-tiap dosa itu ditangguhkan pembalasannya oleh Allah sesuai dengan kehendak-Nya,sampai hari kiamat,kecuali dosa kerana derhaka kepada kedua ibubapa.Sesungguhnya derhaka kepada kedua-dua ibubapa disegerakan oleh Allah s.w.t.Pembalasannya kepada yang punya dosa diwaktu dia masih hidup di dunia sebelum mati.

(Riwayat at-Tabrani)

Sebagai ibubapa pula kita hendaklah selalu mendoakan kebaikan kepada anak-anak kita,janganlah sesekali mendoakan perkara yang tidak baik kerana doa ibu sangat makbul.

Renung-renungkanlah kehidupan kita sekarang ini.Tanyalah kepada diri sendiri,bagaimanakah kita melayan kedua ibubapa kita.

Pesanan:Ingatan untuk diri sendiri juga agar jangan lalai dengan tanggungjawab anak terhadap ibubapa.

Sunday, May 19, 2013

Makan Malam RM15


Setiap hari Sabtu ada  pasar malam berdekatan tempat tinggal saya iaitu di Benta.Kalau rasa malas nak memasak untuk makan malam,saya beli je kat pasar.

Saya lihat tak banyak pilihan makanan di pasar malam sini berbanding pasar malam di rumah mak saya di Kuala Lumpur.Lagipun kawasannya pun taklah besar sangat.Jadi sesuai untuk pengunjung pasar malam yang tak ramai sangat.

Kalau beli,saya selalu beli ikut apa yang semua keluarga saya boleh makan.Jadi tak akan berlaku pembaziran.Namun demikian makanan yang saya beli ni hanya untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak makan.Kalau 3 orang anak saya yang duduk asrama balik,memang tak cukuplah banyak ni.Kos pun bertambah.

Sekadar berkongsi makanan di pasar malam tempat saya.Mungkin kat tempat lain lebih banyak pilihan dan mungkin berbeza harga setiap makanan.

Pesanan: Kalau balik KL saya nak cari popiah basah.Lama tak makan.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru buat semua guru!


Mula-mula sekali saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat suami tercinta saya.Beliau seorang guru di Kolej Vokasional Kuala Lipis,Pahang.Kemudian Selamat Hari Guru semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari saya di tadika,sekolah rendah dan menengah,ITM dan juga sensei-sensei bahasa Jepun saya.

Memang tak terbalas budi kalian dalam memberi ilmu kepada saya.

Saya ingin sekali mengimbas kenangan di saat saya di sekolah dulu.

Di sekolah rendah,
Setiap kali selepas perhimpunan,apabila berbaris untuk naik ke kelas masing-masing,ada seorang cikgu ni sering menyebut nama saya dan memberitahu dia tidak puas dengan keputusan peperiksaan pelajaran yang diajarnya.Setiap kali itulah hati saya berdebar.Namun demikian saya bukanlah murid yang gagal,hanya markah yang diperolehi tidak memuaskan hati cikgu tu je.Namanya cikgu Jalaludin.


Di sekolah menengah pula,saya selalu ponteng kelas yang saya tidak suka seperti mata pelajaran Ekonomi Asas.Selalu saya menyembunyikan diri di perpustakaan.Cikgu tidak pernah tahu tentang hal ini.Pernah juga apabila kerja rumah tidak disiapkan,saya kena cubit di bahagian perut.Sakitnya membuatkan saya terjengket kaki.hehehe...

Sewaktu belajar di ITM Shah Alam pula,saya juga pernah beberapa kali mendapat ayat sebegini di atas kertas peperiksaan saya "Jumpa saya di pejabat" atau "Jumpa saya!".Pada mulanya saya merasa kecut perut,namun apabila berjumpa pensyarah,mereka hanya ingin membetulkan kesilapan saya.

Setelah tamat belajar di ITM,saya ditawarkan ke Jepun.Di kelas bahasa Jepun pula,saya masih ingat lagi,kami suka mempermainkan seorang cikgu Jepun bernama Sejima.Sejima Sensei walaupun orang Jepun namun dia pandai juga berbahasa Malaysia sedikit-sedikit.Namun begitu,pernah kami dimarahi olehnya,kerana kami terlalu banyak bermain dari belajar.Maklumlah usia muda,asyik nak bermain je.

Sejima Sensei


Begitulah antara kenangan saya bersama-sama cikgu-cikgu saya.Kadang-kadang terasa ingin kembali semula pada zaman persekolahan dulu.Namun ianya tidak akan berlaku,semuanya sudah tinggal kenangan.

Pesanan:Anak-anak minta dibelikan hadiah,namun saya hanya sempat membuat kek sahaja.

Wednesday, May 15, 2013

Makanan oh Makanan!



Teringinnya nak makan semua ni.Ni makanan yang sudah pernah dimakan,tapi teringin nak makan lagi.Air laici kang tu merata-rata mudah diperolehi kat kedai makan.Popia otak-otak tu kena tempah dulu,tak jual kat kedai sini.Begitu juga satay ikan boleh didapati bila ada pasar malam je.Popia Singapore tu,kena buat sendiri kalau nak makan.Hmmm....

Pesanan:Sedapnya kan...

Rancang cuti anda dengan baik

Ada lebih kurang 2 minggu lagi sekolah akan bercuti panjang selama 2 minggu.Eloklah kita mulai merancang aktiviti keluarga dan anak-anak.

Kalau yang ada FB (facebook),boleh dapati banyaknya aktiviti-aktiviti untuk anak-anak seperti kem motivasi,kem solat,kem kecemerlangan.Elok juga kita daftar anak-anak.

Bagi yang ingin bercuti  di tempat-tempat sejuk seperti Cameron Highlands,Genting Highlands ke,eloklah menempah sekarang.Pasti penuh kalau ditempah saat-saat akhir.

Bercerita tentang perancangan percutian ni,saya sendiri pernah tersilap rancang.Pernah sekali pada masa cuti sekolah,saya tidak menempah bilik langsung,saya terus ke Cameron Highlands dengan harapan ada lagi bilik kosong lagi.Bila tiba je,hampir kesemua bilik penuh.Kalau ada pun dalam 1-2 bilik,itupun sebab harganya mencecah sehingga RM300-RM500 semalaman.Ha kan dah tak de tempat nak tidur.

Pada mulanya kami nak terus balik malam tu juga,tapi dah lewat,konon-kononnya nak tidur dalam kereta sahaja namun demikian bila memikirkan anak-anak,terpaksa juga cari lagi.Cari-punya cari dapatlah sebuah bilik kecil.Harganya?Mahal tak padan dengan bilik kecil tu.Nak buat apa,terpaksa jugalah bermalam di situ.

Jadi kalau sesiapa nak ke Cameron Highlands contohnya,eloklah tempah sekarang.Sekarang pun bilik-bilik,apartment-apartment dah ramai yang tempah.Harganya memang mahal sikit dari biasa,sebab cuti sekolah.

Pesanan:Masa ni lah pengusaha hotel dan apartment naik harga.Jadi pandai-pandailah tawar menawar.

Monday, May 13, 2013

Ikan Cencaru Kukus Bersambal Belacan

Sempena hari Ibu,apakata kita cuba resepi ini.Sedap dimakan dengan nasi panas.Jika satu lauk ni sahaja sudah cukup tanpa perlu lauk lain.Mudah memasak dan sedap pula tu.

Ikan Cencaru Kukus Bersambal Belacan:

Bahan-bahannya:
Bawang merah,bawang putih,cili api,cili merah.Saya main agak-agak je bahan-bahannya.Sebab resepi asal guna timbangan gram.Sesudu makan sambal belacan dan sesudu makan  sos tauchu.


Dalam resepi blender semua kecuali sos tauchu.Tapi saya blender semua dan tumis.Tumis hingga masak,tambah sedikit air kacau hingga pekat.Tambah garam.Kalau resepi asal tumis bahan hingga naik bau,kemudian baru tambah tauchu dan air.



Ikan cencaru yang sudah dibelah dua dikukus dahulu.Dalam resepi asal guna ikan siakap.Kemudian letak atas pinggan.Kemudian letak atasnya sambal yang sudah di tumis tadi.

Peringatan:Jika sambal belacan sedia ada itu sudah pedas,kurangkan penggunaan cili api sewaktu blender.

Siap!Makan bersama nasi panas,jika ada ulaman lagi sedap.

Sumber:Majalah Rasa Sep 2004.

Pesanan: Bila cari barang lain,terjumpa barang lain,itu yang jumpa buku resepi lama ni,sedap pula nampak,jadi cuba buat lah pulak.

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu,Mak,Umi,Mama

Apabila melangkah ke alam perkahwinan,pasti ingin mempunyai anak sendiri yang akan menjadi impian.Impian menjadi seorang ibu.Semua wanita mengimpikan demikian.Namun demikian ada juga yang tidak diberi rezeki untuk mempunyai anak.Ini semua perancangan dariNya.



Inilah wajah kesayangan mak saya.Umurnya sudah melewati 60 tahun lebih.Setakat ni sudah mempunyai 15 orang cucu.Saat yang paling mak suka bila kami sekeluarga dapat berkumpul bersama.Saya masih lagi mempunyai ayah.Ayah lah yang saya harap dapat menjaga mak.Mak juga saya harap dapat menjaga ayah.Sampai bila-bila pun saya tak terbalas jasa mereka berdua.


Ini pula saya yang bergelar ibu.Bersama anak perempuan yang sulung.Anak ke 2 daripada 6 orang adik-beradik.Saya berharap semua anak-anak menghargai pengorbanan ibu mereka.Bila sudah menjadi ibu,sangat terasa segala apa yang pernah ibu kita lalui dulu.

Sayangi ibu anda setiap masa.....ianya sangat releven.

SELAMAT HARI IBU!

Pesanan:Bila menjadi ibu,hadiah itu tidak penting,yang penting anak menghormati diri ini sebagai ibu mereka.

Thursday, May 09, 2013

Hiasan bilik pengantin yang ringkas.

Cuti baru ni ramai juga yang mengadakan majlis perkahwinan.Saya sempat mengambil gambar bilik pengantin.Saya suka dengan hiasan yang ringkas dan warna yang lembut.

 Ini yang sempat saya ambil





Diharap dapat memberi sedikit inspirasi buat bakal-bakal pengantin.Cuti sekolah tak lama lagi,dah ada pun jemputan kahwin yang perlu dihadiri.Mudah-mudahan dapatlah dipenuhi jika tiada aral melintang.

Pesanan:Mesti bakal-bakal pengantin berdebar-debar menanti saat-saat indah dalam hidup....Tahniahlah!

Monday, May 06, 2013

Apam polkadot dari Anna Delights



Saya kenal pemiliknya pun bukan rapat.Kami kenal sekadar melalui blog dan pernah berjumpa sekali sahaja.Ceritanya ada di SINI.Anak buah suami saya di Kelantan bakal berkahwin hujung bulan Mei ini.Maka saya terus menghubunginya bila dapat tahu dia mengusahakan bisnes apam ni.

Kebetulan dia juga tinggal di Kelantan,lagi mudah untuk saya menempahnya dan terus dihantar ke rumah  pengantin kelak.Saya balik mengundi baru-baru ni,saya tempah 100 biji.Untuk percubaan merasa sebelum saya nak beri buah tangan kepada bakal tetamu nanti.

Alhamdulillah tidak mengecewakan.Sebenarnya saya juga berkemahiran membuat apam ni,(boleh lihat SINI)tetapi kerana kesuntukan masa dan tiada kakitangan yang akan menolong,lebih baik saya tempah sahaja.

Kalau anda juga berminat untuk menempah boleh ke FB Anna Delights.Boleh juga ke blog beliau di SINI

Selamat Menempah..

Pesanan:Keputusan PRU 13 memihak kepada BN,semoga semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka.

Sunday, May 05, 2013

Selamat Mengundi PRU 13/2013!Saya sudah...anda?

Selamat sudah.....

Kepada yang sudah menjalankan tanggungjawab terhadap negara.Syabas!Saya juga sudah menjalankan tanggungjawab saya.

Saya bersemangat sangat.Walaupun malam semalam,saya pulang ke rumah jam 1.30 pagi.1.30 pagi?haaaa tu lah,saya ke bandar Kota Bharu untuk melihat suasana  kempen-kempen terakhir,menjelang PRU13.

Pagi jam 6,saya sudah dikejutkan oelah panggilan telefon dari mak saya di Kuala Lumpur.Terkejut saya.Semangat lagi mak saya dari saya.Tapi nasib baik dia telefon,takut saya terlajak tidur pula.

Saya mengundi di Pengkalan Chepa Kelantan,di Sekolah Kebangsaan Cempaka.Waktu tu jam sudah pukul 8.30.Dah ramai beratur panjang.Ingatkan orang takde lagi.

Ini bukti saya sudah mengundi!

Ni dakwatnya dah mulai mencair di bahagian kuku ketika saya ambil jam 3.30 petang.Saya belum kenakan air lagi ni.Sebab baru je sampai rumah,setelah makan di luar.






Selamat Mengundi Rakyat Malaysia!

Pesanan: Selesai sudah!

Friday, May 03, 2013

7 Golongan yang mendapat naungan Arasy Allah

Jom tengok dimanakah kita?

7 golongan yang mendapat naungan Arasy Allah


  1. Pemimpin yang adil kepada rakyat.
  2. Pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah.
  3. Lelaki yang hatinya sentiasa berhubung dengan masjid.
  4. Dua orang hamba Allah yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
  5. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina,lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah".
  6. Seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya.
  7. Seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.


7 Golongan yang tidak dipedulikan Allah


  1. Pemimpin yang menzalimi rakyat.
  2. Pemuda yang lalai daripada beribadat.
  3. Lelaki yang jarang ke masjid.
  4. Dua orang hamba yang berkumpul dan berpisah kerana bermaksiat kepada Allah.
  5. Seorang yang suka menurut hawa nafsu dan tidak ada perasaan takut kepada azab Allah
  6. Seseorang yang bakhil dan kalau menderma pun kerana sesuatu kepentingan.
  7. Seorang yang berasa aman dengan dosa-dosa.
Rujukan :Hadis riwayat Abu Daud,Tirmizi dan Ibn Majah
Sumber:Majalah al Ustaz isu no 13

Pesanan:Jom sama-sama kita check diri sendiri.

Thursday, May 02, 2013

Jaga-jaga tutur kata kita



Pesanan: Semakin ramai yang berkata-kata dengan perkataan tidak elok tanpa memikirkan kesan jangka panjang...berhati-hatilah.

Wednesday, May 01, 2013

Wordless Wednesday # 24 - Cookies Besar


Cookies ni besar tapak tangan je.Dapat dari kenduri kahwin.

Pesanan;Sedap pula tu. Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2013.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...