Saturday, May 19, 2012

Semangat Betul Peminat Bola ni!

Semangat peminat bola Kelantan muncul di mana-mana.Bukan sahaja di stadium,di rumah-rumah,di restoran-restoran tapi hingga ke kedai-kedai makan kecil.Semangat yang ini adalah ingin kemenangan berpihak kepada mereka.

Yang ini semangat peminat bola di Kuarters Benta,Pahang.


Mula-mula pasang skrin besar dulu,kerjasama tu penting.Nak setakat mana letak ketinggian skrin besar.Sanggup tu dari selepas Asar dah mula bekerja.

Pasang pula piring astro.Entah sape punya piring  astro yang jadi mangsa ni.Game bola punya pasal ni.

 Dah mula angkut kerusi-kerusi.Macam nak buat kenduri kahwin je bunyinya.Budak-budak punay tugasan lah tu.tapi dengar-dengar ada makan-makan,minum-minum...siapalah yang sponsored tu ye...baik hati orang tu.


Ha,dah siap pasang skrin besar,mesti ada bendera negeri Kelate dan bendera 'Red Warrior'.Ini baru lagi naik semangat ni.Baru betul tengok bola macam kat stadium.Cuma takde banner semangat je,tak sempat buat.


Mula-mula budak-budaklah yang kerumun dulu.Maklumlah diorang tu rasa pelik je,macam nak adakan party je.Agaknyalah itu dalam fikiran diorang.Tak pun diorang ingat nak sambut harijadi sape-sape ke kat sini.Budak-budaklah paling suka kat sini.Tengok jelah orang dewasa buat kerja.


Ha,bila dah lama tu baru nampak orang-orang dewasa.Cheh...malu-malu kucing pulak!he he he..Malam ni lah kemuncaknya.Kalau nak tengok adegan seterusnya,bolehlah tunggu entry esok ye.Saya pun nak tengok bola juga malam ni,tapi kat rumahlah,takkan saya nak join dengan geng-geng lelaki kat bawah tu.Malulah nak bersorak kuat.he he he..

Pertama kali ni diorang pasang layar besar semata-mata nak tengok bola kat sini.

Pesanan:Tunggu ye sambunganya esok.

6 comments:

  1. assalam UA..meriahnya..hb mama kurang minat bola ni..he2x..dia selalau tgk keputusan kat tv siapa yg menang je..dan bukan penyokong pasukan mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah betul...tadi menjerit2 diorang...bestlah..

      Delete
  2. hehehe...memang meriah..!!! macam2 cara dia orang ni ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...siapa punya idea ni tak tahulah...ikutkan je..

      Delete
  3. mmg bersemangat betoi ni.. nsb menang..hihii

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...