Sunday, May 20, 2012

Gelagat penyokong Kelantan

Mesti meriah kat tempat-tempat lain kan gelagat penyokong yang menonton perlawanan malam tadi. Seperti yang telah dijanjikan,entry semalam bersambung hari ini.Boleh tengoklah suasana di tempat saya,mereka yang menonton perlawanan ni semalam.Semua sudah tahukan Juara Piala FA jatuh ke pasukan Kelantan yang mengalahkan pasukan Sime Darby 1-0.Itu pun sebab dapat sepakan penalti.he he he...

Kalau ikutkan Sime Darby pun pasukan yang kuat.Kalau tidak masakan pasukan Kelantan masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol pada babak pertama.Lagi satu,gol Kelantan pun sebab penalti kan,kalau tak dapat penalti kemungkinan untuk 0-0 hingga akhir perlawanan mesti ada. Apa-apapun mari kita layan gambar-gambar dibawah ini:


Ini sebelum penyokong mengambil tempat duduk,masing-masing sedang solat Isyak berjemaah di surau.Semua sudah tersusun.Siap ada makanan dan minuman tau.

Ini suasana setelah penyokong mengambil tempat.Tikar di depan tu khas untuk kanak-kanak.Tapi kanak-kanak ni banyak makan dari menonton bola.Masa ni lah saya dengar sorakan kuat tiap kali bola berada di kawasan lawan.Ingatkan boleh gol...tu yang bertempik kat bawah tu.

Ini setelah selesai acara.Tinggallah beberapa orang menyelesaikan segala-gala yang ada.Pekerja tak bergaji ni.Sempat lagi nak berbual-bual di bawah tu.Sudah-sudahlah,balik rumah pulak sambung tengok tv.

Suasana Kelantan meraikan kemenangan mereka di stadium.Cukup meriah!Memang penuh stadium dengan penyokong Kelantan.

Tahniah!

Pesanan:Malam tadi remote control di tangan saya,saya bebas menukar channel yang disukai,sebab suami menonton bola di bawah...he he he

13 comments:

  1. alahai diorg ni demi bola...sanggup buat apa jer..hehe

    ReplyDelete
  2. bagus penyokong2 nie kann
    mereka x lupa solat
    alhamdulillah , atas doa yg di tadahkan mereka menang ! .. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu,cuma ada sebahagian yang tak berapa elok attitudenya..main laser2 pulak...itu yang kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

      Delete
  3. oohh..patut la sunyi sepi, tak nampak bayang pun semalam..ini kojonya ehh..( tulis blog) hehe.. daripada:Jiran rumah bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh cik anon...awak pun sunyi sepi je...tengok bola ke tido..saya lalu umah awak sunyi je...he he he

      Delete
  4. saya malam tadi tak sempat tengok TV ..

    ReplyDelete
  5. demi bola..kalo da minat xleh wat ape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi bola...nanti kita bagi makan kek bola..he he he

      Delete
  6. Replies
    1. tahniah ore Kelate...saya tumpang gembira je..

      Delete
  7. sy xtgk plak smlm.. pe2 pun, tahniah kelantan :-)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...