Tuesday, May 15, 2012

Cuba Diet Ala Timur Tengah Pula

Ramai yang berat badan berlebihan sibuk nak mengurangkan berat badan.Ada juga berat dah okay pun,sibuk nak 'maintain' lagi biar kurus lagi.Ada pula yang kurus nak naikkan berat badan.Itu lagi senang rasanya.Macam-macam karenah manusia ni kan.

Ni ada saya nak sharekan tips untuk diet tapi ala Timur/Mediterania lah.Mungkin berhasil jika dicuba.Baik untuk kesihatan pula tu.


Kajian menunjukkan  bahawa diet ala Timur Tengah yang dilakukan selama 3 bulan mampu mengurangkanrisiko gangguan jantung sehingga 15%.Manakala kajian dari Faculty of Medicine Timone Marseille Perancis mengatakan bahawa diet ini lebih kepada makanan yang kaya biji-bijian,buah-buahan,sayuran,kekacang dan minyak zaitun.


Sayuran yang terdapat dalam diet mediterania mengandungi antioksidan dan beta karoten,menurunkan risiko serangan jantung dan mengurangkan risiko kanser paru-paru.




 Gambar cik google

Tomato pula mengandungi likopen yang mampu melindungi tubuh daripada pelbagai jenis kanser.Orang perempuan khasnya mesti gembira dengan fakta ini kan.Eloklah kita banyak mengamalkan makan sayuran dan tomato.

Bagi anda yang ingin mengamalkan diet ini perlu mengambil makanan segar dan elakkan daripada mengambil daging merah,telur dan gula.-Boleh ke kita ni tak makan daging atau telur sehari?Gula?Hai,nak buat air mesti pakai gula kan.Boleh ke ni?

Manakala minyak zaitun,kacang,minyak ikan dan keju perlu diambil dalam jumlah yang sedikit.-Ha,yang ni bolehlah kalau tak ambil langsung,tak masuk list makanan seharian pun.

Antara menu diet mediterania:



  • Karbihidrat:Gandum,beras dan kekacang
  • Buah-buahan: Anggur,lemon dan asam
  • Sayur:Sayuran hijau
  • Minyak masak:Minyak zaitun
  • Protein:Telur,ikan atau makanan laut,yogurt rendah kalori.
Ha amacam?Boleh cuba tak?Tekak tu memang pantang tengok makanan sedap-sedap kan?Saya selalu macam tu lah,diet 2-3 hari,makan balik cam biasa lepas tu.Habis macam mana?He he he...

Sumber:Majalah Rapi Disember2009

Pesanan:Hmmm nak cuba juga,tapi 3 bulan?Aik boleh ke ek?


19 comments:

  1. as salam..gud info..tq sharing

    ReplyDelete
  2. Ummi arissa, saya sempat diet tak makan nasik dan amik makanan2 yg sihat seperti sayur dan buah-buahan tak sampai sebulan pun. Heheh. Tak tahan la tak makan nasik. Perut melayu jawa dah takleh nak buat apa la nih. Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang melayu tekaknya nak nasi jugak...tu yang tak tahan tu...kan..kira ok lah tu diet gitu..

      Delete
  3. nak naikkan brt bdn semudah org lain sangka... susah kak.. sy ni haaa duk underweight lg walaupun peknen.. sian kn.. hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tahu awak tengah sibuk nak naik berat badan..saja je usik2..amik sikit lemak kat akak ni ha..banyak sangat ni..he he he

      Delete
  4. hnmmm duk diet.. tapi..dalam sehari.. saya mesti nak mkn telur.. hehe

    menu diet saya selalu hancuss.. sebab org ajak mkn kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak leh tahan kan...camne nak dapat badan cam bini david bekam ni...

      Delete
  5. munna nak diet sokmo....tapi baru je 2-3 hari dah down ...kalah dgn nafsu makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ngan saya munna...tak lama bertahan..

      Delete
  6. tomato tu sedap..kalau la boleh diet makan tomato jer kan best.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga makan tomato je iza..boleh diet juga..tapi tak kenyanglah kan..

      Delete
  7. boleh kalau kuat semangat,.. akak time x da anak memang makan sup ikan ngan tomato dan cuka epal jer, kalau lapar tambah mee hoon sup dan memang x makan nasi, gerenti boleh kurus punya tapi la ni x disiplin lagi, badan pun seram nak tengok ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat tu yang penting kan kak...saya kalau suami pun sama nak diet okay jugak..ni dia main makan je semua makanan yang sedap2...terliur jugak..tapi mee hoon memang jadi pilihan kedua selepas nasi..

      Delete
  8. ummi..terima kasih dengan info tentang sink tersumbat tu..dn memang iza dh buat yg jirus dengan air panas tu cuma x letak garam jer..dan Alhamdullilah dah ok ..

    salam kenal ya..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ..ok...takpe..ada ilmu kita share2...kalau nak jalan-jalan jangan lupa singgah sini ye..

      Delete
  9. thanks share info2 begini.. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...