Sunday, May 06, 2012

Perlawanan Hoki Paling Menarik Semalam

Pertama kali menonton perlawanan Kejohanan Hoki Remaja Asia ke 7,Malaysia lawan Korea semalam. Sebelum ni asyik menonton perlawanan sukan badminton dan bolasepak.Tergerak semalam untuk menonton perlawanan hoki Malaysia lawan Korea.Aksi permainan yang mendebarkan dan sangat menarik. Memang berbaloilah menontonnya.

Dulu zaman sekolah dulu pernah juga mewakili sekolah rendah lawan hoki ni,tapi bila tonton semalam,dah tak tahu dah peraturan permainan hoki ni.Yang saya rasa menarik,kad hijau dikeluarkan oleh pengadil atas kesalahan dilakukan,pemain akan keluar dari permainan untuk beberapa minit.(nanti nak belajar sikit)

 Selepas menewaskan Korea semalam dengan 6-3,Malaysia akan bertemu Jepun pula pada 7 Mei ini.Katanya Korea lebih kuat dari Jepun,kalau Korea mudah sahaja ditumbangkan,harapan kita agar Jepun juga boleh ditewaskan.


Aksi pemain merayakan gol yang dijaring....

Sesiapa kenal tak pemain hoki ni?Pemain hoki yang saya kenal dulu hanyalah Minarwan Nawawi.Pemain baru sekarang tak kenal,tapi semalam kenal mereka menerusi nama yang dicetak di baju pemain.

Yang menjaringkan gol:
1)Faizal Saari
2)Ahmad Farid Ahmad Fuzi
3)Muhammad Noor Faeez


Sumber:Berita Harian Online | Faisal ledak hatrik

Pesanan:Tak sabar menonton perlawanan seterusnya.Memang lajulah diorang pukul bola.Takut!

10 comments:

  1. game hoki ni, zmn sek, sy tkt nak main sbb takut terpukul dgn kayu hoki..hihii

    p/s : oo yg selipar merah tu bukan loceng emas tp manik emas.. kalau awk nak yg tu, sy blh je bg.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takutkan kayu je,bola berat dia lagi bahaya,tak hati-hati kena kepala naya je..

      p/s:oh manik emas....ok jadik ..nak yang tu..

      Delete
  2. Syok eh hoki? Saya jarang tgk sukan. Kehkeh. Kalo suami tukar channle sukan, saya mesti buat keja lain. Menjahit le, baca surat kabar le. Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena ngan game yang menarik..memang syok tengok...

      Delete
  3. yana kureng sikit hoki ni..tak pernah layan game dia..tak tahu kenapa tak minat nak tengok..hehe..tapi mirnawan nawawi tu memang kenal..heee..

    happy nya header k.ida..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala yana..g lah tengok sekali...semalam tu akak tengok syok banget!

      header blogger www.mialiana.com buatkan...cantikkan..

      Delete
  4. salam umiarissa:)

    hee best ke hoki?x penah tgk pun plawanan hoki sbb x minat hehehehe pape pun tahniah malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. best...game semalam lawan Jepun pun hangat gitu...sekali sekala sokong jugak game hebat seperti hoki ni..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...