Friday, May 11, 2012

Hoki-Malaysia Akan Bertemu Pakistan

Akhirnya Malaysia layak ke perlawanan akhir dalam Perlawanan Hoki Piala Remaja Asia  ke 7.Memang agak mendebarkan bila melihat perlawanan sengit antara Malaysia dan India lebih lagi pada 35 minit masa pertama apabila masing-masing belum menjaringkan sebarang gol.

Apabila bermula dengan babak kedua,Malaysia mula membangkitkan semangat apabila telah menjaringkan gol ketika mendapat 'penalty corner'.Kemudian bila lihat masa ada 20 minit lagi,berdebar-debar tatkala India asyik menyerang di kawasan gol Malaysia.

Akibat kecekapan penjaga gol,banyak jaringan gol dari pemain India digagalkan.Syabas.Dengan jaringan gol 2-0,Malaysia akan bertemu Pakistan pada 13 Mei 2012 ni.Jangan lupa ye saksikan sama ada pergi ke stadium Melaka atau menerusi kaca tv anda.

Risau juga,sebab hoki ni memang makanan Pakistan.Dia score gol pun banyak.tak pernahnya sikit-sikit.Saya mengharapkan Korea yang mara akhir,tapi sangkaan saya meleset.Tapi ingat Malaysia kan boleh.Semangat aura dari peminat sukan hoki ni akan bertiup terus ke pemain Malaysia.

Sekarang saya tahu dah sikit-sikit tentang kad hijau dan kad kuning yang dilayangkan pada pemain jika melakukan kesalahan.He he he...kad hijau pemain rehat selama 2 minit.Kad kuning pemain rehat selama 5 minit.Kesalahan lain biasa berlaku ialah bola kena kaki pemain,menghalang pemain dengan kayu hoki,bola di pukul tinggi,secara merbahaya...apa lagi ek..itu je lah yang saya ingat.

Rentetan perlawanan hoki yang saya tonton sebelum ni ada saya letak di entry saya di sini dan di sini.

Pesanan:Kebetulan agaknya,hampir ketiga-tiga perlawanan hoki yang melibatkan Malaysia yang saya tonton ,semuanya menang.Menang sorak juga saya di rumah.



2 comments:

  1. Kalo mcm tu, best la dpt kad kuning. Boleh rehat 5 minit. Kekeke. Mcm netball la kalo kena denda tu kan kena berdiri sebelah takleh main.

    Final dgn Pakistan ke? Erm... Pakistan hebat kan? Australia tak main ke? Eh, Ozzie tu asia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rehat,tapi kekurangan pemainlah dalam masa rehat tu,rugilah..kalau 2-3 orang kena..kalahlah...

      ha'ah..final ngan Pakistan...Australia masuk dalam Asia ke?ish..kena belek balik ni buku sejarah..he he he

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...