Sunday, December 26, 2010

Tip mudah Atasi Stres

senyum dan ketawa untuk mengatasi stres

Ini lah antara maklumat berguna yang diperolehi oleh anak perempuan saya yang mengikuti kem solat baru-baru ni. Oleh kerana saya terbaca risalah yang dia dapat,saya ingin kongsikan bersama anda.Antara tip-tipnya adalah:

KETAWA

Tiada cara yang paling mudah dan berkesan selain daripada ketawa. Ketawa merupakan terapi paling berkesan bagi mengurangkan kesan stres pada siri anda. Malah,ketawa juga membuat hati anda lebih tenang dan lega. Bukan itu sahaja, melihat anda ketawa juga menyenangkan hati orang disekeliling anda. Oleh itu,jangan malu untuk ketawa atau sekurang-kurangnya senyum.

URUTAN SENDI

Kadangkala bebanan kerja yang banyak membuatkan otot-otot badan tegang.Menghadap komputer seharian juga mungkin boleh mengakibatkan anda pening. Lakukan sendiri urutan pada sendi-sendi and bermula pada titik-titik akupuntur, sekitar hidung dan ditepi mata bagi menghilangkan rasa tidak selesa dan letih. Rehat seketika dan urut secara lembut sehingga rasa pening dan tidak selesa hilang.

BERJALAN

Tubuh badan yang stress membuat anda rasa keletihan dan tidak bermaya.Cuba berjalan sekurang-kurangnya selama 10 minit jika anda rasa tubuh badan anda tidak bermaya dengan berjalan,anda dapat mengurangkan tekanan pada seluruh bahagian tubuh badan ketika bekerja.

DOA

Ketika anda stress kelenjar adrenalin tubuh badan mengeluarkan bahan kimia yang berfungsi meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah serta menurunkan kekebalan tubuh. Doa merupakan satu cara yang lebih berkesan untuk menghilangkan stress dan sekaligus dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pesanan: jangan stress waktu menaip..saya tengah stress ni waktu menaip entry ni...tapi dah okay..

6 comments:

  1. lor stress ke? ce ketawa skit..hehe

    ReplyDelete
  2. akmafaizal- okay dah..sebab waktu menaip tu anak-anak tengah bising-bising..

    ReplyDelete
  3. klu stress je.. balik rumah tgk muka anak2 hilang rasanya..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. nice...

    ada beberapa perkara lg yg tertinggal:

    1.ambik wuduk
    2.solat sunat
    3.baca quran
    4.zikir
    5.luahkan pd mukmin yg dipercayai

    ReplyDelete
  5. SoutulMujahid- terima kasih atas penambahan tersebut...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...