Pada 4 dan 5 haribulan Disember 2010, saya telah diajak oleh ibu saudara (sepupu mak) untuk berehat sambil mandi manda di Hulu Dong, Raub. Memang tempat tu tidak asing lagi bagi penduduk yang tinggal sekitar Raub. Kami sekeluarga pun sering juga berkelah di air terjun di situ iaitu Pulau Chekas. Seronok sekali-sekala berehat sambil menikmati suasana sekitar air terjun di situ.
Yang paling bestnya, ibu saudara mempunyai kawasan privasinya sendiri siap dengan taman, sebuah rumah ala-ala resort, tempat memancing, kebun sayur-sayuran, pondok khas untuk berehat dan yang paling penting untuk anak-anak saya ialah kolam mandi. Maka kami tidaklah berebut untuk mandi-manda dengan orang luar, sebaliknya kami bebas dikawasan sendiri.Memang menarik tempatnya. Tetapi atas sebab keselamatan terpaksa saya rahsiakan kawasan tersebut secara lebih terperinci.Maklumlah dah namanya kawasan privasi.Kalau berkesempatan lagi,saya akan ke sana lagi.
Saya di hadapan rumah
Pondok untuk berehat.Kelihatan suami saya sedang tidur.
Ain sedang berposing di salah satu taman di situ.
Kolam memancing.Ada banyak ikan tau.
Kolam untuk mandi-manda
Sedang menikmati makan malam di dalam rumah.
Pesanan: Hujan tidak menghalang kami untuk mandi...
macam best je tempat tu..
ReplyDeleteheheheee
blh try dtg ni.
ReplyDeletemandi manda.
hehe
@ Mie @Zamdayz ..memang best tapi tempat tu privasilah..untuk keluarga sahaja.
ReplyDelete