Friday, December 03, 2010

Apa Anak-anak Saya Buat Cuti Ni?

Ha, apa anak-anak saya buat sepanjang cuti sekolah Nov-Dis 2010. Dulu bolehlah suruh duduk rumah je. Main gamelah, main komputerlah,main kat luar rumahlah. Boleh tengok tv,goyang-goyang kaki.Amboi! Banyak cantik muka anak-anak umi ni.

Sekarang lain, sebaik je saya baca dalam suratkhabar tentang wujudnya kem-kem motivasi untuk budak-budak sekolah ni,teruja nak hantar mereka-mereka yang berkenaan. Lagipun anak-anak makin membesar. Yang sulung nak masuk menengah. Kena beri motivasi sikit. Jadi, Ajwad yang sulung saya hantar ke Kem Tahfiz dan Motivasi Insan Cemerlang. Lokasinya di Sungai Congkak, Hulu Langat,Selangor. Bermula 28 November-12 Disember. Ha! Duduklah 2 minggu kat sana.


Riak muka ajwad waktu mendaftar

Programnya sangat bagus. Ada ceramah, teknik menghafal Quran, muhasabah diri,adab dan hafal doa,Qiamulail,ujian dan macam-macam lagi. Amat berbaloi. Bayaran pun boleh tahan juga.

Yang kedua ada kelas tambahan 2 minggu di sekolahnya. Yang ketiga saya hantar ke kem solat seperti yang dianjurkan oleh abang saya. Yang keempat,duduk di rumah dengan saya jaga adik. Yang kelima duduk kat rumah Wa dengan maksunya. Yang keenam paling bongsu duduk dengan sayalah. Mana boleh tinggal jauh-jauh,nanti siapa nak menyusu diakan.

Jadi yang sebenarnya duduk dengan saya sepenuh masa hanya 2 orang anak sahaja. Hebatkan. Dari 6 orang tinggal 2 orang je.

Pesanan: Jangan bimbang jika ada ramai anak...lihat saya....he he he

4 comments:

  1. tu aku nengok muka cam ceria jer?? hahaha
    ko tu jer yg takut.. anak dah besar panjang bukan umur macam zulfadhli tu.....hahahaha


    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  2. memanglah ceria..sebab masa nak amik gambar tu tengah suka-suka,waktu kitaorang nak balik je muka dia berubah...tak sempat nak amiklah...

    ReplyDelete
  3. yg kena bayar rm250 tu ye.. itu le terlepas..rasa rugi je tak hantar.

    ReplyDelete
  4. Adzriel AB-bukan RM250...kem lain kot...yang ni RM400...lebih kepada hafaz al-Quran

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...