Kelihatan si sulung sedang menjadi imam (yang sikecik mengikut je)
Anak yang sulung semasa awal cuti sekolah saya sudah menghantarnya ke kem solat di Sg congkak Hulu Langat. (Sila baca entry apa anak-anak saya buat cuti ni).Maka terisilah dengan segala ilmu selama 2 minggu di sana.
Pulang semula ke rumah, nampak sedikit perubahan yang ketara. Maka saya biarkan dia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di rumah agar apa yang dipelajari dapat di praktikkan di rumah. Sehingga entry ini ditulis dia masih lagi menjadi anak yang baik dan abang yang baik kepada adik-adiknya.
Antaranya dia sudah boleh melakukan kerja-kerja di rumah tanpa disuruh seperti menyapu dan membasuh pinggan, seterusnya mengajak adik-adik mengerjakan solat berjemaah sementara dia menjadi imam. Okaylah tu!(ala-ala kakak Siti).
Tetapi biasalah manusia ini tidak pernah sempurna sepenuhnya,maka ada juga ketika saya perlu menyuruhnya,biasalah adatnya manusia begitulah. Sedar hanya seketika. Jadi saya perlu mengingatkannya latihlah diri sendiri mengikut jadual yang berdisplin. Masih banyak ruang untuk memperbaiki kesilapan diri.
Pesanan: Bersyukur dengan kurniaan Allah. Anak-anak yang membahagiakan.
Seronok tgk pic mcm ni :)
ReplyDeleteini sebahagian je Shaheila..ada lagi malas nak update..internet sloww..
ReplyDeletealhamdulillah.. dh kawen nnt sy hrp dpt family camni.. (^_^)
ReplyDeletejue--boleh jer..sesiapa pun berhak berbahagia..
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeleteanis ke yg kecik tu...hikhik. comel jek!
ReplyDeletehe he he..anis yang paling kelakarnya..boleh cakap-cakap lagi waktu solat..lagi best dia selesai dulu..
ReplyDeletealhamdulillah.. sejuk mata memandang...
ReplyDeletelihat betapa ramai anak2 muda meninggalkan solat....
lihatlah betapa ramai org lelaki x solat berjamaah... alangkah ruginya..
alaaaaaaaaaa...abg jwad yg hensem dah jadi anak yg soleh!
ReplyDeleteSoutulMujahid-sungguh rugi mereka itu yang meninggalkan solat berjemaah..
ReplyDeleteInoue-Ajwad sejak naik menengah dah ramai yang minat...hu hu hu