Thursday, December 30, 2010

Tahniah untuk Fahmi..


Gambar ambil disini

Hah! Tahniah! Untuk kemenangan Malaysia dalam perlawanan bola sepak menjadi juara Piala Suzuki AFF 2010. Jangan tak tahu pula,tiba-tiba saya ter'minat' nak tengok bola sepak. Dua perlawanan bola yang sempat saya tengok( sepenuh perlawanan) adalah Malaysia vs Vietnam dan perlawanan semalam Malaysia vs Indonesia. Dengan kemenangan 4-2.

Jadi saya juga tiba-tiba dah kenal nama pemain Malaysia kali ini. Kali terakhir saya kenal nama pemain ialah Azman Adnan. Lama dah kan.Yang sangat saya kagum kehebatan pemain Malaysia ialah penjaga golnya iaitu Khairul Fahmi Che Mat.(siap nama penuh lagi tu).

Tiba-tiba meledak namanya. Memang dia Hero Malaysia. Setiap kali dia dapat menyelamatkan bola yang menerjah untuk masuk ke gol kita, setiap kali itulah saya menjerit sambil memujinya. Wah! Tiba-tiba je kan saya minat tengok perlawanan bola sepak ni. Bukan tidak minat sebelum ni,tapi tak lah sesemangat semalam. Itupun lebih semangat sebab satu keluarga juga menonton perlawanan tersebut.

Okaylah. Banyak lagi blog yang memperkatakan tentang perlawanan ini. Jadi saya sampai sini sahaja.

Pesanan: Kejuaraan Malaysia Kebanggaan anak Malaysia.

8 comments:

  1. tu lah tiba2 je glamer mamat ni.. tapi mmg tahniahlah kat dia dan harimau malaya... gara2 mereka dpt cuti esok

    ReplyDelete
  2. Terbaiklah m'sia.. Barulah boleh dibanggakan di asia (belum international).. Harap2 suatu hari nnt akan sampai peringkat antarabangsa..

    ReplyDelete
  3. munna- kamu semua bolehlah dapat cuti..anak-anak dan suami memang tengah cuti..waaa...masih cuti sekolah lagi....tak aci..

    ReplyDelete
  4. de Crewz-ya betul tu..sokong awak..

    ReplyDelete
  5. Tahniah Malaysia!
    Bangga woo jadi rakyat Malaysia!

    Malaysia Boleh!


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    ReplyDelete
  6. Admiral Hafiz- Itulah semangat anak jati Malaysia.Tahniah juga pada awak!

    ReplyDelete
  7. memang saya pun baru kenal die kak. hehe. tapi memang terer ah die malam tu yg mase lawan kan indon. he's the man lah. tee hee :D

    ReplyDelete
  8. julietdeorange...ha'ah lah he's the man..sib baik dah ada gelpren...kalau tak nak wat menantu..hehehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...