Sunday, April 11, 2010

Udang Masak Sos Cili


Menu apa lagi nak dikongsi. Menu tengah hari saya hari ni ialah udang. Saya jenguk ke dapur lihat apa yang ada di dapur. Sos cili,sos tiram, kicap dan serbuk kari.Mmmm cukup lah tu. Dah boleh buat satu lauk ni. Cuba ye.





Bahan-bahannya :



Udang sederhana besar ( buang kepala sahaja)

1 labu bawang besar(mayang)

1 ulas bawang putih (ketuk)

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar kicap manis

1/2 sudu besar serbuk kari

Daun kari (jika ada)

sedikit air



Cara-cara memasaknya:


  1. Goreng udang dahulu (lumur udang dengan garam dan kunyit) dan ketepikan.

  2. Tumis bawang besar dan bawang putih.

  3. Masukkan sos cili,sos tiram dan kicap.

  4. Masukkan serbuk kari dan daun kari

  5. Masukkan udang,goreng sebati.

  6. Nakkkan lebih kuah, masukkan sedikit air

Tadaaaa.... Siap dah.


Pesanan: Tak perlu bubuh garam.Sos tiram dan kicap dah masin. Cubalah,memang sedap.

2 comments:

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...