Thursday, July 25, 2013

Kenali jenis-jenis tepung dan kegunaannya

Tepung bahan utama untuk membuat kek dan kuih muih.

Antara tepung yang biasa kita gunakan ialah:

Tepung naik sendiri/tepung kek:

Tepung naik sendiri juga dikenali tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikot soda penaik.Tepung jenis ini banyak dijual di pasar raya>namun jika tiada ,anda boleh membuatnya sendiri dengan mengayak  250gm tepung gandum dengan 1 sudu besar (rata) serbuk penaik.Hasilnya tetap sama.

Tepung ros:

Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh meranggupkan biskut.Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi sedia ada.Dikatakan hasilnya lebih baik daripada tepung gandum.

Tepung berprotein tinggi:   

Tepung berprotein tinggi sesuai digunakan untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi dan akan menjadi sempurna setelah diadun dengan yis.

Tepung ubi:

Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat biasa juga menggantikan dengan tepung sagu.

Tepung berprotein rendah

Lebih sesuai untuk dibuat pau.
Tepung beras pulut:

Tepung ini mempunyai seratus peratus beras merah asli,maksud beras merah,bukanlah beras itu berwarna merah,sebaliknya beras yang tidak dibuang bahagian merah pada mata padinya.Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna,pengidap kencing manis dan ibu mengandung sesuai mengamalkannya.

Sumber:SAJI Mei 2007

Ini adalah sebahagian je.Banyak lagi boleh diketahui jika kita rajin membaca.Jika kita dah kenali jenis tepung-tepung dan kegunaannya mudahlah bila kita nak buat kek atau kuih muih.

Pesanan: Penting juga tahu,pernah sekali ikut resepi dalam buku,kuih tak menjadi,rupanya salah buku tu,dia taip salah tepung.


6 comments:

  1. Saya memang ada simpan notamacam ni. Senang nak refer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak,kejap-kejap belek majalah tu kalau nak refer...

      Delete
  2. senang kalau dah tahu...
    perlu simpan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi...tapi saya letak sebahagian je..

      Delete
  3. Payah juga nak kenal tepung2 ni kalau tanpa label...
    Kalau saya... langsung le xboleh nak beza! Ummi mesti teror deh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tengok label juga BM...tak lah pandai pun..heheheh

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...