Wednesday, August 15, 2012

Pemandangan Biasa Menjelang Hari Raya



Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.Cuti dah beri awal,jadi tak perlulah tergesa-gesa pulang.Memandulah dengan hati-hati,jangan pentingkan diri sendiri.Orang lain pun nak sampai cepat.

Pemandangan ni saya ambil di kawasan rumah saya di Benta-Kuala Lipis,Pahang.Patutlah KL lengang,habis pakat-pakat balik belaka ke pantai timur,barat, utara ,selatan.

Semoga semuanya selamat dalam perjalanan.Di kesempatan ini,saya memhon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog saya,blogger2 dan kawan2 semua jika ada tersalah silap.

Selamat Hari Raya...Maaf zahir batin...

Kereta saya mungkin juga antara kereta-kereta yang akan menyesakkan jalan-jalan ke Kota Bharu,sebab tahun ni giliran kampung suami!!he he he...senyum sokmo!


Pesanan:Maaflah kalau komen tidak dibalas,jejak tidak di cari...mungkin sibuk sedikit...tapi akan dilawati kemudian....

Friday, August 10, 2012

Bazar Ramadan lagi....

Suasana bazar ramadan di luar perkarangan Stadium Sultan Mohammed ke IV,kota Bharu,Kelantan. Macam-macam jenis makanan dijual,tak lupa juga kuih-kuih tradisonal orang Kelantan.

Jom terjah!










Pesanan:Harga pun boleh tahan juga...saya lebih suka beli juadah di kampung-kampung je,murah sikit.Sedap dah gerenti.

Thursday, August 09, 2012

Nurul Syuhada sudah berhijrah?


 Cantik dan manis pengacara MHI TV3 bertudung.Semoga perubahan yang dilakukan ini akan kekal selamanya.Kita hanya mampu berdoa dari kejauhan.

Yang sempat saya snap...

Pagi tadi saya menonton Malaysia Hari Ini,terlihat pengacara berlesung pipit ni memakai tudung lengkap,bukan sekadar melayangkan selendang ke bahu sahaja,malah menutup keseluruhan rambutnya.Alhamdulillah.Orangnya cantik,bila bertudung bertambah cantik.Alangkah bertuahnya suami disisinya.




Mungkinkah ini hijrahnya di Bulan Ramadan ni.Ini yang ditweet di twitternya:



Tweet ni muncul sejurus selepas dia selesai mengacarakan rancangan MHI.Mungkin menjawab segala soalan atau harapan dari peminatnya di twitternya.

Pesanan:Semoga ramai lagi umat Islam berhijrah ke arah kebaikan.

Monday, August 06, 2012

Tempahan Biskut Raya Untuk Diedar

Saya mengambil kesempatan bulan puasa ni mencari rezeki lebih dengan menjual biskut raya.Orang lain menjahit baju raya,langsir raya,jual pinggan mangkuk,saya pula bersama Cikgu Niena berkerjasama untuk menjual biskut raya.Biskut raya ini adalah hasil tangan dari sepupunya yang tinggal di Kuala Lumpur.Jadi dapatlah kami dengan harga yang murah.

Alhamdulillah banyak tempahan yang kami terima setakat ini.Beratus-ratus bekas tempahan yang kami terima.Tak banyak mana pun,cukuplah dapat untung sedikit.Setakat ini kami hanya mengambil tempahan di sekitar perumahan kami dan guru-guru sekolah sahaja.Itupun masih banyak lagi tempat dan perumahan yang kami tidak sempat lawat.Letih nak naik turun tangga.


 Ini dia tokey biskut raya.Orang kat kuarters ni kenal sangatlah dengan muka tokey ni.Ini kat rumah Cikgu Niena.Kami sedang sibuk mengasingkan tempahan mengikut nama.Asingkan,letak harga dan senarai biskut yang ditempah.Barulah senang nak kira untung....he he he



 Raut wajah yang keletihan (letih-letihpun duit masuk wooo)setelah berjaya mengasingkan tempahan dari pelanggan.Kami niaga kecik-kecik je.Jadi bungkusan pun biasa-biasa je.Maklumlah peniaga kecil.Teringat pula saya sewaktu sudah habis menempah biskut raya pelanggan,terlupa untuk menempah biskut raya sendiri.Barulah terhegeh-hegeh nak tempah semula.


 Inilah antara pembungkusan kuih raya yang sudah siap untuk diedar kepada pelanggan by hand tau!.Maknanya kena turun naik tangga lagilah ni.Selain turun naik tangga,turun naik kereta pun ada.itu untuk yang tinggal jauh sikit.Special delivery ni.


Inilah contoh-contoh kuih raya yang kami jual.Kami menggunakan strategi print gambar kuih je.Tak beri pun rasa.Sebab kami hanya menjual kuih yang gerenti sedap dan murah.Tak perlu diragui,sebab kami dah makan dulu sample nya...he he he.

Nak tunggu gaji kakitangan awam ke 2 keluar 13 hb Ogos ni,baru nak edar.Sebab diorang dapat gaji lagi...mudah nak kutip duit...he he he Lagipun yang beli ni terdiri dari isteri-isteri cikgu dan cikgu-cikgu sekalian.ha ha ha kayo makcik!

Pesanan: Banyak rezeki boleh diperolehi jika rajin berusaha.


Friday, August 03, 2012

Puding Roti


Resepi Puding Roti:

4 keping roti
1 tin susu cair
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
sedikit kismis

Cara-caranya:

1.Masukkan telur,gula dan esen vanila,kacau sebati.

2.Masukkan susu cair,kacau lagi hingga sebati.

3.Sapukan butter pada roti dan potong kecil,disusun dalam loyang.

4.Tuangkan adunan atas susunan roti dan tabur kismis.

5.Kukus api sederhana 20-25 minit.

Selepas dikukus sejukkan dalam peti.

Nota:saya dah lupa siapa empunya resepi ni,jika tahu beritahulah saya ye,sebab saya salin-salin je semua resepi dalam buku resepi.Maaf ye
.
Pesanan: Saya punya nipis sebab loyang saya besar,kalau loyang kecil mungkin dapat tebal sedikit.

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam sekolah suami mengadakan jemputan berbuka bersama keluarga cikgu cikgi.Jadi kami tak melepaskan rezeki yang Allah beri ni.Maknanya tak bersilat sangatlah kat dapur petang semalam.Cuma buat puding roti sahaja.Takkan lah nak lenggang kangkung je kan pergi berbuka sana.

Inilah sajian ringkas dan tidak membazir yang disediakan di sekolah suami.


Antara menunya ialah kari ayam,sayur campur telur dadar dan pisang.Lauk dan kuih muih yang lain dibawa oleh keluarga cikgu cikgi untuk memeriahkan lagi meja makanan.Diorang pun bawa sikit sorang jadi dapatlah merasa pelbagai menu.Kalau dah duduk kat Pahang,memang tak sah kalau takde lauk ikan patin masak tempoyak.Sedap pula tu.Cikgu mana lah yang bawa tu ye.


Tak ramai sebenarnya guru-guru yang hadir,mungkin ada anak kecik-kecik,payah agaknya nak berbuka.Mungkin lebih baik berbuka di rumah.Sebab saya tengok kebanyakan yang hadir anak-anak dah besar belaka dan dah boleh berjalan kalau yang kecik pun.Termasuklah saya anak dah besar belaka,tak perlu didukung dah,nasi pun suap sendiri.he he he..Saya pun boleh makan dengan tenang.

Waktu macam ni lah baru nak kenal mana ahli keluarga cikgu cikgi,kalau tak  jika berselisih bahu pun tak kenal.Saya juga berkesempatan bergambar dengan kawan yang paling lama saya bersahabat sejak saya duduk di Kuala Lipis,Pahang ni.Masa ni juga lah kalau nak berjumpa dan berbual mesra,biasa pun hanya melalui telefon je.Hampir 10 tahun persahabatan kami,masih utuh lagi,tak pernah bergaduh langsung!

Inilah keajaiban sesuatu majlis yang dibuat,mengeratkan lagi tali persaudaraan.Yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesra-mesrakan...wah...macam pernah dengar je ayat tu...kih kih kih...Alhamdulillah!!,

Pesanan:Saya suka berkawan ramai tetapi akan mencari seorang sahaja untuk meluahkan perasaan.

Thursday, August 02, 2012

Ayat kena pedih...baru orang tu terasa...

Kalau setiap tempat jumpa ayat begini bagaimana?Teruklah masyarakat Malaysia ni tentang bab-bab buang sampah ni.Ikut suka hati je kan buang sampah merata-rata walaupun tong sampah tak sampai sekaki.Malas gamaknya. Memanglah bukan semua macam tu,tapi kebanyakannya begitulah.Kecik pun sampah juga.Besar lagi lah sampah namanya.

Saya jumpa ayat ni di sebuah stesen minyak di Kelantan.Saya rasa memang elok dah bahasa dia tu.Biar orang yang membaca kalau terkena kat batang hidung sendiri terasa.




Kalau masih tak terasa juga lagi.Memang dah takde perasaan lah tu.Mati dah hati tu.Islam pun menuntut kita menjaga kebersihan.Janganlah kat rumah kita kat persekitaran kita je bersih,pergi ke tempat orang lain kenalah juga jaga kebersihan.

Yang lagi sedap ceritanya tentang sampah ni,lagi kita letak amaran "Dilarang membuang sampah di sini. Denda RM500 ....lagilah banyak sampah berkumpul kat situ.
Rupanya ayat kena pedih,baru hati tersentuh.

Pesanan:Untuk ingatan saya juga ni,saya tidak terkecuali.


Wednesday, August 01, 2012

Juadah Berbuka Untuk 5 Keluarga

 Hidangan yang simple dan makan cara orang kampung je...

Tak habis lagi cerita berbuka rumah mak ayah baru-baru ni.Saya ada 5 orang beradik.2 lelaki dan 3 perempuan.Jadi bila kami pakat-pakat masak dan bawa lauk masing-masing dari rumah,maka setiap seorang tidak perlu masak banyak-banyak.Bila semua lauk dah bergabung,jadilah banyakkan.

Kalau 5 orang darab dengan pasangan masing-masing campur pula dengan mak ayah menjadikan dewasa berjumlah 12 orang.Cucu-cucu mak semuanya berjumlah 15 orang termasuk baby baru lahir.Kita kira yang budak besar yang makan banyak,ala ada lah dalam 8 orang.Yang lain-lain tu kecik,itupun ada yang tak puasa.

Jadi juadah yang kami sediakan sangat mencukupi.Tiada pembelian atau masakan yang membazirkan.Kalau beli pun kuih muih dan air buah atas permintaan anak masing-masing.Saya rasa kalau begini caranya kita dapat elakkan pembaziran makanan dan makan melebihi kemampuan.Seronok kan kalau kita masak,habis dimakan.

Jangan tak tahu,ada juga lebihan pula untuk makan sahur lagi.Jadi tak perlu memasak lain lagi untuk juadah sahur.Yang tinggal pun keluarga saya je lah kat rumah mak,sebab hanya saya saja yang tinggal jauh dari Kuala Lumpur.Adik beradik lain selepas bertarawih pulang semula ke rumah masing-masing di sekitar Kuala Lumpur ni.

Seronok melihat semua solat Maghrib berjemaah.Dapat lihat disitu satu kekuatan ikatan kekeluargaan yang memang susah untuk berkumpul serentak kalau bukan ada majlis-majlis tertentu.Sejuk hati memandang anak-anak turut serta berjemaah tak kira kecil dan besar.

Pesanan: Raya nanti lah kalau nak berkumpul semula.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...