Monday, April 29, 2013

Hari Jumaat-Berbaju Kurung di Jepun

Hari ini hari Isnin...jangan keliru ye kawan-kawan...

Kalau hari Jumaat,biasa wanita-wanita yang bekerja mesti berbaju kurung kan.Saya pun pernah bekerja dulu di Kuala Lumpur dan Kelantan.Saya pun pastikan hari Jumaat berbaju kurung.

Hampir kesemua pekerja di tempat kerja saya dulu berbaju kurung.Itu waktu kerja di Kuala Lumpur.Namun demikian sewaktu saya bekerja di Kelantan,kebanyakannya pekerja berbaju kurung hampir setiap hari.Cuma sesekali nampak berseluar.Namun demikian kalau majlis rasmi mesti berbaju kurung.

Kawan-kawan nak tahu,dulu sewaktu saya di Jepun dulu pun,saya pun berbaju kurung jika tiba hari Jumaat.Kalau hari biasa saya pakai berseluar biasa.Seronok rasanya berbaju kurung ketika itu.Memang ada juga mata yang merenung lama.Maklumlah saya pula bertudung.Naik densha (train) turun densha,kemudian berjalan kaki  ke tempat kerja mesti ada yang memandang.Tapi taklah jakun sangat..

Sehinggakan pertama kali saya berbaju kurung ditempat saya bekerja di Jepun semua tanya baju apa yang saya pakai.Saya pun jawablah baju tradisional masyarakat Melayu.Okaylah tu jawapan saya.

Kalau kebetulan sejuk cuaca ketika itu pun,tak terasa sejuknya,sebab kain baju kurung tu tak nipis kainnya.Sedang elok je.

Jom tengok sikit gambar saya berbaju kurung di Jepun:




Kalau lihat gambar di atas,saya ditugaskan bekerja disamping sahabat baik saya,namun terpaksa saya blurkan gambar beliau,kerana kini beliau sudah bertudung.Saya menjalani latihan di syarikat pelancongan Nippon Express.Saya lupa tempatya di mana,tapi masih di kawasan Tokyo.

Untuk lagi cerita saya di Jepun boleh klik SINI

Pesanan:Dimana sahaja kita berada,jangan dilupa agama Islam dan budaya Masyarakat Melayu

14 comments:

  1. Nampak manis berbaju kurung walau di mana kita berada kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...corak baju sekarang pun lawa-lawa kan..

      Delete
  2. Bestnya sis..nmpk muda keremajaan gitu..hehe

    ReplyDelete
  3. Berbaju kurung di luar negara...pasti terasa bangga. Bangga dgn budaya kita. Istimewanya baju kurung ianya baju tradisonal tapi sesuai dipakai dimana sahaja tidak seperti baju tradisional negara lain yg payah di pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah BM...saya pun rasa begitu,baju kita sangat sesuai untuk semua majlis rasmi dan keramaian...

      Delete
  4. saya pula selang seli dengan pakai seluar...
    bangga bila dapat pakai baju kurung ni...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ... ayat yg sedap didengar ... pakai baju kurung kat negara sejuk nih wat kita rasa x sejuk ... heheheee

    ReplyDelete
  6. Bagus akak, memartabatkan tradisi baju kurung di negara orang ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti!kalau MJ ke luar negara pun mesti buat camni...

      Delete
  7. waktu entry ni ditaip mesti akak sedang rindu suasana kat jepun kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu sangat dkna...kalaulah boleh ku putarka kembali waktu itu...hehehe

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...