Sunday, April 21, 2013

Gulai Telur Itik Bersama Belimbing Buluh

Gulai telur itik bersama belimbing buluh

Lauk tengah hari minggu lepas.Ada jiran beri saya 6 biji telur itik.Dah lama simpan dalam peti.Tak masak lagi.Kemudian ada  pasar pagi.Jalan-jalan nampak ada makcik tu jual belimbing buluh.Saya beli selonggok RM1.Dapat idea.

Saya pun beli kelapa dan parut di rumah.Sebiji kelapa harga Rm2.Rumah saya ada parut kelapa.Saya juga mahir memarut kelapa menggunakan mesin.Saya memang suka cabaran.Jadi mesin kelapa memang satu cabaran.

Akhirnya dapat semangkuk lauk dengan kos yang sangat rendah.Boleh makan hingga malam.Silapnya saya tidak rebus dulu belimbing tu.Saya terus masukkan,jadi air belimbing keluar menyebabkan kuahnya menjadi cair.huhuhu...Apa-apapun percubaan pertama saya ni bolehlah...

Inilah belimbing buluhnya.


Sambal hitam pun guna belimbing ni kan.


Pesanan: Belimbing ni macam-macam cara boleh masak.Saya tahu masuk dalam gulai je.

8 comments:

  1. Sedapnyalah masak lemak cili api telur itik dgn belimbing buluh, kecur air liur! Peberet nih!

    Belimbing buluh ni campur dalam asam pedas pun sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...ye saya baru ingat...masak dengan asam pedas...tq

      Delete
  2. assalamualaikum ... segan lak nak tanya . macam mana caranya nak masak telur itik nih nampak bulat aka tak berderai dalam periuk ya . saya klu masak lauk nih mesti telur tu berderai bila masuk dalam periuk . tak macam makan kat kedai , nampak bulat jer telur tuh ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...oh telur tu saya pecahkan dalam mangkuk lain dulu,kemudian bila santan dah masak baru saya masukkan sebiji sebiji...jangan kacau sangat..

      Delete
  3. Replies
    1. betul tu,satu lauk ni pun dah cukup kan..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...