Itu semua mereka lakukan dalam usia 4 bulan sehingga usia 5 dan 6 tahun dan ketika hendak tidur.Pernah saya menegur anak saya yang baru berjinak-jinak hendak berpuasa,dia boleh hisap jari,terus saya marahkan.
Tapi perkara itu tidak berlanjutan lama,akhirnya mereka berhenti dengan sendirinya.Mungkin ketika itu mereka dah merasa malu bila berjumpa kawan-kawan sekolah.
Ini baby saya jaga,dia pun hisap jari juga..
Kajian juga menunjukkan bahawa bayi memang suka
menghisap dan ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan. Bayi yang suka menghisap jari
atau tangan didapati lebih mudah
tidur malam kerana ia dapat membuatkannya selesa. Sesetengah bayi akan
menghisap jari apabila mereka berasa penat, bosan
atau perlukan belaian. Bayi anda bukannya lapar selepas menyusu.Kelakuannya itu adalah normal.
Janganlah risau. Tabiat ini akan berkurangan
apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya,tabiat sebegini
akan hilang apabila bayi mencecah umur sembilan bulan hingga setahun.
Menurut kajian yang
dilakukan oleh American Dental Association, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan
menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia
diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun.
Kajian mendapati antara 85
dan 99 peratus kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah
usia ini. Jadi, tiada apa yang perlu anda khuatirkan bukan?
Sumber: RITA RAHAYU OMAR (Kaunselor laktasi- rita@momlittleones.com)
Pesanan:Mujur 2 orang tu je...yang lain takde pulak yang hisap jari...
cheqna isap jari ke tak erk masa kecik2 dulu
ReplyDeletehehehehe
hahaha..cheqna hisap jari kaki kot...
Deletebila cakap pasal tabiat ni... teringat kat anak buah moon... sebelum tido... beliau nak meraba2 tangan mama dia dulu.... muahaha
ReplyDeletenak rasa tangan mama dia lah kan...macam2..
DeleteTak tahu la pulak masa kecil dulu isap jari ke idak... Tapi anak buah saya ada yg suka isap bucu bantal.
ReplyDeletewah tak geli ke,biasa orang gentel je bucu bantal tu...hehehe
Deleteerr...sy dulu kecik2 pun hisap jari gak...tp bila dah blaja puasa umur 5 thn..terus benti hisap jari :p
ReplyDeleteha ada juga ye...
DeleteTapi kalau perasan budak yg suka hisap jari biasa tak mudah menangis. Mudah dijaga dan mudah tidur..
ReplyDeletebetul tu kak,budak 2 orang tu mudah je dia tidur waktu kecil2 dulu..
Deletehehehe KA setuju gn Kakzakie..
ReplyDeletekan KA..
Deletecukup takut kalau anak-anak hisap jari dulu..
ReplyDeletetakut tak bole stop...
sedapnya dia dapat hisap jari...
tu lah...mujur mereka berhenti sendiri...risau juga..
Deletebaru tahu...tq for sharing...
ReplyDeleteok..
DeleteAnak akak yg sulung dulu baik sgt masa baby sbb dia hisap jari, tp bila dia dh sgk besar, jarinya jd berbonjol, dan giginya jd agak jongang, susah hati jg kami, jenuh jg lah nk berenti kan dia dr tabiat hisap jari nya tu..huhu
ReplyDeleteanak ida yang no 2 tu je ,leper sikit ibu jari dia..tapi dah besar ni nampak ok je lah pulak...
Deleteanak sy dua2 jenis x hisap jari...tp ade yg susah berenti kan kak?
ReplyDeleteada juga yang susah nak berhenti...saya teringat kawan lama,rasanya dia masih hisap ibu jari walaupun ketika itu sudah bersekolah menengah...
Deleteingatkan semua budak2 akan hisap jari. ada jugak yg tak hisap yea..hehe
ReplyDelete* tak ada pengalaman lagi.so tak tahu..hehe
normal tu,ada yang hisap jari ada yang tidak..
DeleteKhalish tak isap jari masa kecik dulu
ReplyDeleteok lah tu..
ReplyDeletetu la.. sofea dulu ada pernah musim hisap jari sekejap. nasib bila dah besar dah hilang tabiat tu..
ReplyDeletebila besar dia leka dengan banyak perkara...mungkin langsung berhenti hisap jari kan Mia...
Deletesaya punya masalah plak suka isap jari kaki teman sebilik sewaktu study dulu kak.apakah punca masalah dan cara mengatasinya :P
ReplyDeleteoh berat masalah ni...kena mandi bunga 44 malam ni...waa...teruklah zal...isap jari kaki kawan...uwekkkk!!
Deleteanak2 akak tak isap jari masa kecik2 dulu....
ReplyDeleteselamat ibu jari hehehe
Deleteyang ptg ia tidak memudaratkan kesihatan anak-anak terutamanya gusi n gigi. Tapi dlm sesetengah kes, terdapat juga yg berkekalan dgn tabiat ini dlm jangka masa yg lama. Dulu, member satu kelas dgn saya, walau dah berumur 14 tahun tapi masih kekal dgn tabiat menghisap jari n mengigit kuku.
ReplyDeletesusah ye nak ubah tabiat sebegini...rosaklah gigi dan kuku nanti..
Delete