Tuesday, April 30, 2013
Soal Jawab Agama - Kampung Halaman Ialah Mukim?
Soalan:
Saya sudah menetap,berkeluarga dan bekerja di Kuala Lumpur selama 10 tahun.Setiap kali saya balik ke kampung di Johor pada hujung-hujung minggu,saya mengqasarkan solat di rumah orang tua saya.
Hanya baru-baru ini saya ditegur oleh salah seorang saudara saya.Dia mengatakan bahawa saya tidak boleh mengqasarkan solat di kampung kerana ia tempat asal saya.Saya dikira seorang yang bermukim di sini.Skarang ini saya keliru.
Jawapan:
Memang ada pandangan sedemikian dan kita menghormatinya.Namun saya secara rendah hati berpendapat pandangan tersebut kurang tepat.Di sana sepatutnya ada perincian.
Sekiranya saudara sudah berniat untuk menjadi warga tetap di Kuala Lumpur serta tidak berhasrat pun menjadi warga tetap di kampung asal, maka saudara dikira seorang musafir apabila pulang ke kampung.Jadi boleh solat qasar.Tentulah dengan syarat,saudara tidak merancang untuk berada di kampung selama empat hari atau lebih (menurut mazhab Syafi'i).
Namun sekiranya saudara merancang untuk berada di Kuala Lumpur untuk beberapa tahun sahaja sebelum pulang menetap di kampung asal,maka saudara tidak boleh mengqasarkan solat di kampung.Ini kerana kampung itu mukim saudara.
Sememangnya ada pendapat yang menetapkan bahawa status bermukim di tempat asal kita tidak berubah selagi ada sanak saudara yang tinggal di situ,biarpun kita sudah menetap di tempat lain.
Bagaimanapun pendapat ini tidak ada sandaran nas tertentu yang jelas.Ia ijtihad ulama yang lebih berdasarkan prinsip ihtiat (sikap berhati-hati).Tambahan pula,ada hadis yang membawa pemahaman sebaliknya.
Hujah:
Imran bin Husain r.a. meriwayatkan: "Aku bersama Rasulullah semasa Pembukaan Makkah.Baginda tinggal di Makkah selama 18 hari hanya dengan melakukan solat secara dua rakaat-dua rakaat (solat qasar).
Baginda bersabda yang bermaksud:
"Wahai penduduk negeri (Makkah)!.Solatlah empat rakaat kerana kami orang musafir." (Riwayat al-Timizi dan Abu Daud).
Sumber:Majalah al-Ustaz -Solat Jamak Qasar Sedekah Daripada Allah
Pesanan: Elok tanya Ustaz berdekatan jika ada kemusykilan,ini umum sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Insyaallah, Che Mid berpegang kepada jawaban yang diberi. Memang itu yang Che Mid amalkan selama ini.
ReplyDeletekalau was-was baik bertanya...
ReplyDelete