Wednesday, April 17, 2013

Adab Makan dan Minum -Cuba jadikan kebiasaan..

Bila ada ceramah agama di kawasan perumahan saya,jika saya ada masa terluang,saya mesti pergi.
Maklumlah kerja rumah di rumah memang sentiasa ada.Tak pernahnya habis.Jadi elok bila ada masa terluang je saya mengisinya dengan mendengar ceramah agama.Hati dan jiwa menjadi tenang.

Antara yang dibincangkan adalah adab makan dan minum.Kita sering terlupa adab-adab ini.Cuba lihat apa yang sempat saya salin.Saya sudi untuk kongsikan.Oh ya satu lagi,kalau kita pergi mendengar ceramah agama ni,bawalah sedikit buku catitan,agar tidak mudah lupa.Catit seringkas yang boleh,sebab mereka bercakap laju juga.


Adab Makan dan Minum

1) Sunat Ambil Wudhu' dan basuh tangan.
Biasanya orang lelaki sentiasa menjaga wudhu' mereka.Mereka sentiasa berada di dalam keadaan berwudhu'.Kita pun perempuan mesti begitu juga.

2) Baca Bismilah

3) Baca doa makan
Ustaz kata bila baca doa,syaitan tak boleh makan makanan kita.Anak-anak sekarang semua dah pandai baca doa makan kan.Baca doa makan tu selalu kuat-kuatkan.hehehe...siap dengan maknanya lagi.

4) Makan makanan yang dekat dengan kita.Tetapi ustaz kata kalau buah jauh,boleh ambil dulu.Maknanya kita makan buahan dulu.Baru makan nasi.Pilihan pertama buah,kedua daging.Ustaz kata lagi dalam syurga kita makan buah sahaja.Makan pula dengan 3 jari.

5) Jangan mencaci makanan yang dihidangkan.Kalau suka makan,jika tidak suka tinggalkan.
Biasakan kalau seseorang tu rasa makanan tak sedap,terus sound direct.Tak bertapis langsung.Tak baik tau.

6) Jangan makan dalam keadaan berbaring.Nabi Muhammad s.a.w. duduk satu kaki diangkat.
Pernah tak lihat orang berbaring makan,saya pernah lihat.Sambil berbaring dia makan sambil menonton TV.

7)Makan boleh bercakap,tetapi ustaz kata janganlah sampai nampak makanan dalam mulut kita.Ini ada yang sampai menyembur-nyembur bila bercakap.Tak baik tu.

8)Sunat mendoakan orang yang memberi makan pada kita.
Berapa ramai yang mendoakan pemberi makan ni ye. Pasti tak ramai ni.Lepas ni kita doakan ye.

9) Kalau makan dengan orang tua,jangan mulakan sebelum orang tua makan.
Yang ni saya selalu ajar anak.Sebelum baba dan umi makan jangan makan dulu.Kemudian saya ajar lagi,hidangkan nasi untuk untuk umi baba atau orang tua dengan pinggan kaca.Jangan guna pinggan plastik.(rumah saya ada 2 jenis pinggan plastik dan kaca).Ini sebahagian cara menghormati orang tua.

10) Makan semua sekali,ada berkat.Ini kerana syaitan akan makan yang lebihnya.
Pernah tengok orang selepas habis makan menjilat semua jari mereka,ini bukan perkara yang menjjikkan.Ini kita tak mahu ada lebihan nasi di tangan dibuang begitu sahaja.Berkatnya mungkin di jari itu.Selalukan kita ajar anak-anak habiskan nasi,nanti nasi menangis.Anak-anak ikut kan.

11) Sunat minum 3 teguk air,kemudian berhenti.Kemudian sambung lah lagi 3 teguk lagi dan berhenti.Makruh minum dari punca.Contoh minum guna jug air besar tu.
Nabi kita tak makan makanan yang panas-panas dan pedas-pedas.Nabi juga melarang makan dan minum dari bekas emas dan perak.

Inilah sebahagian yang dapat saya catitkan.Semoga menjadi renungan kita bersama.

Pesanan: Benda-benda yang remeh ni lah membawa berkat dalam hidup kita.


11 comments:

  1. salam..banyak yg boleh kita amik iktibar dari entry ni..tq.

    ReplyDelete
  2. part ambil wudu' je sy tak pernah amalkan..so lepas ni dah tau boleh la buat :)

    ReplyDelete
  3. Banyak perkara yang kita nampak remeh tapi sebenarnya perlu di titikberatkan. Semoga kita berubah menjadi lebih baik dan sempurna...Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. perkara yang remeh tu lah yang penting sebenarnya...

    ReplyDelete
  5. selalu perkara inilah yang kita lupa...
    info yang bagus ni...

    ReplyDelete
  6. sangat elok jika kita dapat amalkan...

    ReplyDelete
  7. selalu dipandang remeh je adab makan dan minum...

    perkara yg nampak remeh ni laa ada baiknya kita amalkan...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua sudi singgah dan baca...semoga menjadi perkongsian bersama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kini ada masalah dengan blog saya...sama ada nak update entry atau nak reply komen...macam tak berfungsi...maaf ye..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...