Friday, April 19, 2013

Bila sekali sekala berkumpul...(lawatan kejiranan)

Minggu ni,saya dah melawat 2 orang jiran.Jiran pertama saya keguguran.Usia kandungan dalam 3 bulan kalau tak silap.Dia telah pun melakukan D&C di hospital.Jiran kedua pula baru sahaja selamat bersalin anak ke 4.         

Sewaktu melawat jiran pertama,saya pergi ramai-ramai bersama 3 orang jiran yang lain.Biasanya kalau melawat jiran-jiran bersalin atau keguguran,memang kaum suami tak ikut sekali.Jadi bila kami berkumpul sekali sekala,macam-macam lah cerita tentang orang perempuan yang kami borakkan.

Masing-masing mulalah bercerita tentang pengalaman keguguran,keadaan di hospital,cerita hal jururawatnya,doktornya...macam-macamlah.Pengalaman jiran saya ni di hospital di sini,katanya perkhidmatan semakin baik.Doktor sangat ambil berat hal pesakit.

Dia menceritakan,diberi 2 pilihan sama ada bius separuh atau seluruhnya.Dia memilih seluruhnya.Setelah D&C dilakukan katanya pesakit tidak boleh bangun 6 jam selepas D&C dilakukan.Oleh kerana tiada siapa yang beritahu,dia bangun sebelum cukup jam,akibatnya kepalanya berdenyut sakit sehingga dia pulang ke rumah.Menurut katanya lagi,doktor marahkan jururawat di situ kerana tidak beritahu pesakit mengenainya.       

Kemudian selang beberapa hari,saya melawat pula jiran yang baru melahirkan anak ke 4.Sekali lagi hanya kaum perempuan je yang melawat.Bermulalah cerita masing-masing bertanyakan keadaan jiran,kemudian mulalah masing-masing berkongsi pengalaman bersalin.Macam-macam versi....hehehe..

Jiran saya ni pula,katanya bersalin awal beberapa minggu.Apabila dia dapati perutnya mengeras sehari suntuk,dia memberanikan diri ke hospital untuk diperiksa.Setelah ECG (untuk dengar denyutan jantung bayi)keatas perutnya dilakukan didapati denyutan jantung bayinya tidak berapa elok.Lalu terus dia ditahan,dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kontraksi dan dimasukkan ke bilik bersalin.

Menurut katanya lagi,setelah bukaan sudah semakin besar,jururawat menyuruhnya meneran jika rasa sakit.Tetapi dia tidak merasa sakit,jadi bagaimana dia hendak meneran.Katanya lagi dia tidak terasa seperti hendak melahirkan.Terpaksa jururawat membantunya dengan mengusik-usik sedikit perutnya,agar bayi turun cepat.Akhirnya bersalin juga.

Ada juga ye,dikalangan wanita tidak merasa seperti hendak melahirkan walaupun bukaan sudah besar.Saya buat andaian yang bayinya mungkin tidur ketika itu.Tetapi bahaya jika masih tidak keluar kan.Perlu bantuan bidan yang pakar.

Inilah antara aktiviti saya minggu ni.Masa nilah dapat berkumpul dan berbual lama sedikit dengan jiran-jiran.Maklumlah masing-masing sibuk.Ada yang jaga budak (macam saya),kerja cikgu (balik lewat),sibuk dengan urusan anak-anak dan macam-macam lagi.

Pesanan:Eloklah ziarah menziarahi untuk kenali jiran-jiran anda.Jangan lupa bawalah sedikit buah tangan.

14 comments:

  1. Replies
    1. sekali sekala...tak lah sampai bergosip..hehehe

      Delete
  2. hari ini hari dia, esok - esok hari kita pula...
    bila kita melawat jiran ni, berseri mukanya...
    sambil tu bole bertukar cerita...

    ReplyDelete
  3. Xtau nak komen apa...(kisah org pompuan) Hmmm...
    Mcmne blog ni, dah Ok ke? Apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe...baca je heehehe..
      blog saya terpaksa loading lama masalah internet rasanya..slow sangat..terpaksa upload entry tanpa foto...takpelah...terima kasih prihatin..

      Delete
  4. ehem saling ziarah menziarahi mengeratkan hubungan sesama jiran..

    ReplyDelete
  5. seronoknya.. mesra bila berkumpul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok mia...nanti kalau jumpa mia...lagi seronok

      Delete
  6. assalamualaikum ... dgr pengalaman bersalin wat saya seriau jer ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...janganlah macam tu...lai orang lain rasa sakitnya...kadang-kadang cepat,kadang-kadang lambat...jangan risau..

      Delete
  7. ziarah menziarahi ni elok kan...xde la sampai x bertegur sapa ngan jiran sebelah...maklum sbuk kerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah antara cara-cara untuk kita kenali jiran kita kan..

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...