Monday, April 01, 2013
Majlis Pertunangan dan Pasangan Uzbekistan
Cuti sekolah banyak majlis.Baru-baru ni (Jumaat lepas)saya menghadiri majlis pertunangan anak buah suami di Kelantan.Majlis yang ringkas yang hanya di hadiri saudara terdekat sahaja.
Dan yang menariknya,majlis tersebut dihadiri sepasang warga Uzbekistan dan 2 anak mereka.Jadi memang dia ni jadi tarikan dalam majlis tersebut.Mereka sekeluarga adalah sahabat kepada ayah salah seorang wakil dari pihak lelaki.
Sewaktu dihidangkan makanan,dia hanya makan nasi kosong dan seketul ayam goreng je.Kasihan pula saya lihat dia tak makan kuah gulai daging.Bila ditanya dia kata tak makan pedas.Tapi habis juga sepinggan makan lauk begitu je.Dia tak pandai berbahasa Melayu,jadi berbahasa Inggeris je lah.
Putih dan cantik orangnya.Saya mengambil kesempatan bergambar bersama.Saya juga tak lupa bekalkan tapai kepadanya untuk dia rasa di rumah.Sebab waktu saya suruh rasa tu dia kata dah kenyang.Saya beritahu rasa tapai ni 'sweet n sour'.Betul tak?hehehehe...Bolehlah...
Dia juga mempelawa saya ke Uzbekistan.Alahai,tak tahulah bila dapat ke sana.Malaysia pun tak habis round lagi.
Pesanan:Ramai juga sibuk nak bergambar dengan pasangan ni.Cantik kalau tengok berdepan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya cuba komen di entry sendiri...sebab ada juga yang kata tak boleh komen....try testing!!!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteYang bertunang jadi terpinggir, kesian. Saya pernah hadiri majlis kahwin dimana Siti Norhaliza datang sebagai tetamu, kesian pengantin...orang dah tak pandang pun.
ha'ah...betul tu,bila ada yang lain yang menarik,tumpuan kepada tuan punya majlis pun takde
Deleteseronoknya dapat pelawaan ke Uzbekistan...
ReplyDeletekena simpan duit dulu....
Deleteyang mana satu wanita uzbekistan tu?
ReplyDeleteyang ada tanda anak panah kuning tu...
DeleteAssalamualaikum ... ada gak tpt nak tuju / guide klu gi uzbekistan ...
ReplyDeletewalaikumsalam...kalau g bolehlah...
DeleteAssalam ida..slmt bertunang buat ank buah ida tu ye..dpt amik gambar saat sdg menyarung cincin tu...saat nanis yg tak mungkin dilupa sampai bila2 kan..
ReplyDeleteNmpk mcm putih melepak org uzbekistan tu ye..org cntik biasalah menjadi tumpuan ramai..;)
walaikumsalam kak na..
Deleteada gambar depan,tapi saja tak nak tunjuk...
orang cantik memang dapat tumpuan kan..