Monday, January 30, 2012

Jangan mengeluh bila sakit..


Cuti ni,dah seminggui tak sihat.Ni gara-gara sakit perut mungkin kerana makan makanan yang sangat pedas.Saya tak pasti apakah sakit yang sebenarnya.Kadang-kadang sakit menyucuk di dalam perut.Kadang-kadang masuk angin mengakibatkan perut kembung terik dan sakit yang amat.

Memang sudah ketentuan Allah menguji saya dengat kesakitan ini dan saya redha.

Ke klinik sudah apabila badan rasa lemah tak bermaya dan hasilnya ubat yang berlambak dan suntikan di tangan.Gastrik dan cirit-birit antara ubat yang diberi,5 hari kemudian saya cuba juga gagahkan diri untuk menghantar anak pulang ke asrama di Kelantan.Dan pada hari tersebut dalam perjalanan ke Kelantan,sakit saya bertambah hingga saya hampir pitam setelah terlalu lama di bilik air,mujur sempat keluar dari bilik air,lalu dipapah suami di dalam kereta.

Usaha mencari klinik pada hari Jumaat petang dari Kuala Krai ke Kota Bharu menjadi buntu apabila hampir kesemua klinik ditutup.Apabila tiba di Kota Bharu terus ke klinik swasta yang dibuka dan barulah mendapat perkhidmatan sewajarnya.Lama saya menahan sakit di dalam kereta dan suntikan menahan sakit diberikan.Baru lega seketika tetapi badan sudah teramat lemah.Terpaksa berbaring sebentar sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah mertua.


Apa yang saya fikirkan sewaktu sakit?Macam-macam.Semua saya fikirkan....anak-anak,keluarga.amal ibadat saya...

Jadi tingkatkanlah amal ibadat kita,hargailah kesihatan yang diberi Allah dan fikirkan sedikit kesakitan kita itu sekadar secebis luka untuk membersihkan dosa-dosa silam.Alhamdulillah!

Sayidatina Aishah berkata bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:


"Tidak menimpa ke atas seorang mukmin suatu kecelakaan,biarpun satu duri atau yang lebih teruk daripada itu,melainkan Allah mengugurkan dengan kecelakaan itu satu dosa."

Pesanan:Allah sudah merancang segalanya dengan baik,kesakitan dialami sewaktu cuti seminggu dimana suami dan semua anak-anak  ada di rumah untuk membantu mana yang patut.Alhamdulillah!


Wednesday, January 25, 2012

Bantal dan Astro

Piring Astro yang kedua tu yang saya maksudkan.

Lucu pun ada nak ketawa kuat pun ada.Macam mana tak ketawa,sedang enak berehat di atas katil,dapat panggilan telefon tengah hari semalam dari jiran atas rumah.

Jiran: Kak ada jemur bantal kat  luar ke?


Saya:Takde,kenapa ye?


Jiran:Cuba kak tengok kat luar bilik.


Saya pun berlari-lari ke bilik sebelah(bilik anak).Saya pun terus terjenguk ke bawah.


Saya:Ha'ah,ada bantallah.Tak tahu siapa jemur sini,budak2 ni kata takde jemur bantal.(saya pun terus ambil bantal atas piring Astro tu,sambil tu jenguk kat atas jiran sedang menjenguk juga).


Jiran:Saya pasang Astro tak dapat siaran.Ingatkan tak bayar kena potong ke.Bila tengok kat luar rupanya ada bantal atas tu.(sambil ketawa).


Saya:ha ha ha...(kami berdua tertawa)

Tak lama tu saya pun telefon semula jiran untuk bertanya sama ada dapat tak siaran Astro.Katanya dah dapat dah.Saya minta maaf banyak-banyak.

Saya ceritakan pada suami.Dia tahan gelak.Rupanya kerja dia.Dia nak baling terus bantal tu dari bawah terus masuk dalam bilik itu melalui tingkap yang terbuka.(bantal tu dari dalam kereta).Tapi tak sampai terus jatuh atas piring Astro tu.Kononnya naik nanti nak ambil semula,tapi terlupa.Hmmm...kesian jiran saya,mujur kebetulan cuti ni saya ada di rumah.Kalau tak seminggulah tak dapat siaran Astro.

Lucu betullah kalau diingatkan balik!

Pesanan:Rupanya kalau ada benda menghalang piring Astro tu,tak dapat siaran juga ye.Kena check lain kali ni.

Thursday, January 19, 2012

Anda berdengkur?

Suami anda berdengkur?Atau anda sendiri berdengkur apabila tidur.Susah nak tidur kan kalau dengar orang sebelah anda tidur berdengkur?Pernahkah rakan sebilik anda tidur berdengkur dengan kuat hingga menyebabkan anda menutup telinga dengan menyumbat kapas.Wah!Teruk tu!


Gambar ehsan google..

Menurut MedikTv.

"Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas,apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat.Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Ada kaedah dan cara mengatasinya.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

1.Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

-berlebihan?ish...susah jugak ni kalau kita ni hantu makan...makan sampai tak henggat!

2.Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.

-arak konpem tak ambik sebab HARAM!..ubat yang mengantuk tu biasa macam ubat batukkan atau selsema..sebab mesti kat sampul ubat tertulis "Awas!ubat ini boleh menyebabkan mengantuk jika ada kesannya jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin.Elakkan minuman keras".....kan kan kan...

3.Cegah pengambilan tranquilizer,pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.

-dah boleh tidur,apa kejadah nak amik pil tidur kan...

4.Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam,sebelum berehat.

-sekali lagi arak HARAM! tak yah ngada-ngada nak amik!Makanan berat tu macam nasi,mee hoon kan..yang ringan tu macam cekedis kan...hmmm boleh ke tak amik ni...ish..ish perut ni bukan boleh baca apa dia hendak kan?nampak sedap je...hmmm terliur pulak!

5.Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

-kalau tak de anak kecil atau masih bujang.boleh je kan tidur pukul 9 malam setiap hari...hmmm kalau sibuk pun tak tetap juga tidurnya...kena set masa ni..tidur...tidur...tidur...

6.Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

-he he he posisi tidur ni tak menentu biasanya ..mula-mula terlentang...kang 1/2 jam berikut mengiring ke kiri,jap lagi ke kanan...ish...macam mana ni ye...ha! sendal bantal kat belakang badan..jadi tak?

7.Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

-kalau katil rumah kita tak leh kot buat macam tu...biasa kita tambah bantal je kan..kalau katil hospital bolehlah ye kan...

p/s:sila utamakan pembacaan anda pada ayat-ayat yang di BOLD kan aje,yang lain tu sekadar penambah perisa je...he he he

Selamat Mencuba!

Pesanan:Sekadar berkongsi pendapat dan info,ingin info lebih lanjut lawatlah www.facebook.com/MedikTV

Monday, January 16, 2012

Buat Waffle sendiri di rumah.

Sebelum nak buat waffle kena beli pembakar waffle dulu.Banyak dah jual di pasaraya.Harga pun murah-murah je.Semua mampu beli.Biasa di pasaran harga mengikut jenama dalam RM60 ke atas.

Ini contoh pembakar waffle yang ada,berbentuk bunga.



Non stick-tak melekat le tu...


Lihat di dalamnya,bentuk bunga kan?  
Dituangkan 3 senduk kecil,Tunggu dalam masa 3 minit.Angkat,sapu mentega/strawberi lipat dua.
                

Ini hasilnya setelah disapu mentega dan jem strawberi atau apa sahaja perisa yang disukai.Lipat 2,susun dalam pinggan.Sedap dimakan panas-panas.

Resepi Waffle

3 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 cawan susu segar/susu cair
3 sd(b) marjerin
2 cawan air suam
2 sd(b) gula
1 sd(t) yis
1/2 sd(t) soda bikarbonat
1 sd(t) esen vanilla

Cara-caranya:
1.Blender telur,esen dan gula hingga kembang.

2.Tambah tepung,mentega,air suam.Blender lagi.

3.Tambah susu,yis,soda,blender hingga sebati.

Sedia untuk dimasak.Mudah kan.Saya dapat dalam 10 keping untuk satu bancuhan ni.

Pesanan:Memang sesuai untuk saya yang ramai anak ni,tak terdaya nak beli banyak-banyak.

Friday, January 13, 2012

Sekadar renungan di pagi Jumaat

Ha begitulah..nampak ceria sikit!


Anis hanya berusia 5 tahun dan hanya bersekolah di prasekolah di sebuah sekolah kerajaan.Jadi dia bukan di sekolah agama.Sepanjang sesi persekolahan dia tidak pernah lagi menanggalkan tudungnya.Sedangkan rakan-rakan perempuannya tidak seorang pun bertudung.Dia tidak pernah bertanyakan kenapa kawan ini tidak bertudung,kenapa dia pula bertudung.Seolah-olah dia ingin mengamalkan gaya hidup sebegini dari kecil.

Lihatlah anak sekecil ini tidak pernah mengeluh kepanasan akibat bertudung.Sebagai ibu,saya tidak pernah memaksa memandangkan dalam lingkungan usianya,memang dia tidak wajib bertudung.Tetapi dia menurut sahaja apabila dipakaikan tudung,mungkin dia melihat kakak-kakaknya bertudung sewaktu di luar dari rumah.Tidak perlu dipertikaikan berapa jam tudung melekat dikepalanya,tetapi fikirkan kecintaannya kepada prinsip gaya hidup Islam yang sebenarnya.

Anis juga seperti kanak-kanak lain berada di luar rumah bermain dengan rakan-rakan sebaya tanpa bertudung.Tetapi dia mahu dipakaikan tudung apabila ke sekolah.Mudahkan kalau melentur buluh dari rebungnya.

Benarlah kesedaran sivik dan pendidikan agama bermula dari rumah.Kalau bukan kita yang lenturkan siapa lagi nak diharapkan.Inilah peluang yang kita ada selagi masih bernyawa.Inilah juga antara bekalan yang dapat menyelamatkan kita di sana nanti.

Allah Ta'ala turut menegaskan kewajipan bertudung dalam Al-Quran al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai nabi (Muhammad),suruhlah kepada isteri-isteri kamu,anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka(semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dan ingatlah 3 amalan/perkara yang akan dibawa selepas mati adalah:

1. Sedekah Jariah

2. Ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain

3. Doa anak yang soleh-yang berdoa untuk kita


Doa anak kepada kedua ibubapanya sama ada anak itu soleh atau tidak adalah baik dan berguna.Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.


Tak mahu rebutkah peluang yang ada itu?Renung-renungkanlah...

Pesanan:Anak saya sebagai contoh kecil sahaja,masih ramai lagi para ibubapa di luar sana yang sudah mulai mendidik anak-anak menerapkan gaya hidup Islam dengan memulakannya dari berpakaian sejak kecil lagi.

Thursday, January 12, 2012

Sambal Ikan Kembung Goreng



Masakan ni semua sedia maklum.Mudah dan ringkas.Tetapi kepada yang ingin mencuba bolehlah lihat resepi yang mudah dan ringkas ini.

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
1 biji labu bawang merah besar (ditumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kering yang sudah diblender
1 keping asam
garam dan aji

Cara memasaknya:

1. Goreng ikan yang telah dilumur garam dan kunyit.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang dan cili kering.
4.Goreng seketika,masukkan asam,garam dan aji secukupnya.
5. Ini adalah gorengan kering,tidak memerlukan air.Jika sudah sedikit garing boleh diangkat dan dicurahkan    ke atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi panas dan sedikit kicap manis.

Pesanan:Jika dimakan nasi putih dengan satu lauk itu bersama kicap sahaja sudah mencukupi bagi saya.Tak perlu lauk lain.

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #2-Bunga Loceng

Ini ialah bunga loceng.Ianya terdapat merata di Tanah Tinggi,Cameron Highlands,Pahang.




Mungkin bentuknya seperti loceng,maka dinamakan bunga loceng.


Kringgg!!!!Loceng dah berbunyi.

Pesanan:Jangan petik bunga di taman bunga awam atau persendirian.Awas!Anda diperhatikan.

Tuesday, January 10, 2012

Menangis juga baik untuk kesihatan

Mesti semua pernah menangis.Kita menangis kerana sedih atau gembira.Juga ramai yang menangis kerana merasa insaf di atas sesuatu perbuatan yang telah dilakukan.Rasa puaskan bila dapat meluahkan perasaan dengan mengeluarkan air mata.

Biasa kita dengar ayat ini:" Jangan menitiskan air mata,air mata itu sangat berharga".
Mungkin maknanya jangan menangis di atas perkara yang sia-sia,sebaliknya disimpan untuk keadaan yang benar-benar perlu.

Airmata sangat sinonim dengan bayi dan kanak-kanak juga mereka yang bergelar perempuan.Tengok drama sedih sikit dah mula mengalir air mata.Bagi yang sensitif,kena marah sikit dah mula sayu.Tak kurang juga yang mengupas bawang pun mengeluarkan air mata sebab pedihkan.Ada juga mata masuk habuk pun keluarkan airmata.Itu pun pedih mata namanya.Tapi tak kisahlah Siapa yang tak menangis bila hati dah tersentuh oleh sesuatu kan?


Lelaki pun ada yang menangis.Walaupun tak ramai yang mudah mengalir air mata,tetapi unsur-unsur sedih yang amat sangat akan meruntun juga hati dan jiwa mereka yang bergelar lelaki.Akhirnya menangis juga.



Jangan terlalu bersedih,kerana ada berita gembira untuk mereka yang menangis.Cuba baca ini.

Kajian dijalankan menunjukkan bahawa tubuh manusia akan mengeluarkan segala jenis kimia toksik terkumpul  yang menjadi sebahagian pengalaman-pengalaman pahit ketika kita sedih.Oleh itu menangislah sepuas hati ketika anda sedih kerana ia akan memberikan kelegaan pada tubuh dan minda.Jangan tahan air mata sedih kerana ia baik untuk kesihatan.

Sumber:Majalah Rapi Disember 2009.

Macam-mana?Nak menangis ke lepas ni?he he he..boleh je..

Pesanan:Kalau baca sms bab nak gambarkan menangis biasa akan keluar tulisan macam ni kan...huhuhu..@.sob sob sob.@.huaa...huaa..@.waaa....waaa..

Monday, January 09, 2012

Yang menarik,tertarik dan the boom..

Mari saya kongsikan sesuatu yang mungkin anda ingin tahu..

Lihat gambar.Keterangan di bawah gambar.

Ada lima botol bedak yang berlainan jenama.Antaranya  Pureen,Anakku,Johnson&Johnson,Carrie Junior dan Safi Balqish.Inilah pilihan bedak para ibu yang mungkin sesuai untuk anak mereka pada pandangan mereka sendiri.


Ada lima botol sabun mandi dan jenama Carrie Junior mendapat pilihan yang terbaik setakat ini.Sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan mempunyai kulit yang halus.

Terdapat juga 4 keping lampin pakai buang yang berlainan jenama juga.Ada Drypers,Pet-Pet dan Hey Baby.Bergantung kepada size kanak-kanak ada size M,L dan XL.Kesesuaian jenama adalah mengikut keupayaan lampin tersebut menakung basahan untuk kanak-kanak itu sendiri.Drypers antara yang paling diminati oleh para ibu.

Ada 3 botol juga berlainan jenama.Tidak dapat dikenalpasti secara tepat.Yang pasti ada 3 orang kanak-kanak masih menikmati susu di dalam botol.

Akhir sekali, susu yang tidak diketahui jenamanya amat popular dimasukkan kedalam bekas berjenama popular iaitu Tupperware.Sungguh cermat ibu-ibu ini,kerana untuk memastikan kualiti susu masih elok maka jenama Tupperware menjadi pilihan ramai.

Ok,Motif semua ni.Tak de motif-motif.Sekadar nak beritahu kesemua barang-barang di atas ada tuannya.Dan jika ingin kenal dan lihat tuan-tuan punya barang itu.Nah!...saya berikan sekeping gambar untuk menggambarkan kegembiraan kanak-kanak ini yang terpaksa berpisah sementara dengan ibubapa demi mencari sesuap nasi.

Mereka anak-anak yang baik.Mereka sangat bahagia!he he he...Chak!

Pesanan:Entry ini sekadar untuk suka-suka sahaja,tiada niat atau agenda tersembunyi okay..

Sunday, January 08, 2012

Tolong saya untuk bantu mereka...

Sticky post...sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...



Ini ialah adik Annisa
Ini ialah adik An-Nur

Baru semalam(khamis) saya menyaksikan rakaman dari Malaysia Hari Ini (TV3) mengenai dua beradik ini iaitu Annisa dan An-Nur berkenaan dengan harapan mereka untuk mengumpul dana untuk pembiayaan perubatan mereka iaitu penyakit Celebral Palsy(lumpuh otak) di China.Hari ini (jumaat) saya mendengar sekali lagi di MHI TV3 berkenaan dengan pemergian anak sulung kepada Cikgu Affendi dan Kak Sham pada pagi semalam juga.

Saya pun menalifon ibunya untuk mengucapkan takziah.
Menurut ibunya lebih kurang dua puluh minit rakaman cerita mereka di siarkan MHI,Annisa 10 tahun pergi mengadap Ilahi akibat sesak nafas.Beliau sudahpun selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan,Kajang,Selangor.Takziah kepada keluarga beliau.Al-fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya pernah bercerita tentang mereka di sini.Kali ini saya sekali lagi ingin bercerita tentang harapan mereka.Dulu mereka berdua,kini tinggal adik An-Nur seorang.Mereka melancarkan tabung Harapan Annisa dan An-Nur.Hope 2 Walk adalah satu-satunya peluang untuk mereka menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan intensif.

Saya menyeru orang ramai atau sesiapa sahaja yang membaca entry ini sudi untuk membantu keluarga ini menyumbang ke tabung Harapan Annisa dan An-Nur.Sudilah menjenguk mereka di blog mereka di sini dan menjayakan kempen Hope 2 Walk.Sila lawati blog http://www.hope2walk.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

Pesanan: Harap boleh sebarkan kepada yang lain untuk membantu keluarga ini.Terima kasih.Ingat!Hari ini hari mereka...hari kita???

Friday, January 06, 2012

Kenangan bersama HotFm...

Bila diingat kembali,memang suatu kenangan terindah.Dahlah baru pertama kali masuk pertandingan sms di 8TV,tiba-tiba terpilih apabila mendapat telefon daripda Hotfm sendiri.Ala siapa terpantas hantar jawapan sms di Chat@15,dia boleh ke konti Hotfm bersama penyampai-penyampai Hotfm di Am Krew HotFm..siapa tak nak kan?

Memang dah lama dalam tahun 2010/2011 kalau tak silap(saya tak ingat!),baru nak bawa keluar gambar-gambar ni.Lagi pula kebetulan tahun ni ada pelancaran dua HotFm di Kelate dan Terengganu.Jadi saya pun nak tumpang hangit sikit.

Untuk pengetahuan,saya bertolak dari Kuala Lipis tau nak ke Kuala Lumpur tu.Nasib baik rumah mak kat sana.Jadi tak ada masalah.

Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam...

Sesi bergambar yang penting tau...Ni dengan Faizal Ismail (FBI)..memang peramah mamat ni...macam-macam lawak lah dia buat.Sebaya usia dengan saya ni.Memang tak rugi kenal dengan Faizal.Dia manusia biasa juga,ada masa serius ada masa buat lawak.


Ni dengan Fara Fauzana(FAFAU)..Masa ni rambut dia pendek lagi..tak make up pun.Ni muka original lah ni..Memang cekap minah ni kat Konti HotFm...happening betul! Memang dia suka mengusik Faizal.Asal kata kita nak bergambar,dia tak tolak punya.

Sebelum nak pulang tu,bertemu pula Tini,sebab lepas tu segmen dia.Apalagi bergambar sakan lah saya.Bukan selalu dapat jumpa mereka ni.Tini pun tak sombong.Saya pun tak sombong tau!

Yang ni pula sesi bergambar beramai-ramai,ada Suraya juga.Yang dua orang tu rasanya pelatih Uitm.Baju hijau tu pun memang lawa in person..tak ingat namanya.

 Sewaktu segmen Am Krew ke udara adalah artis jemputan. Artis dalam filem Susuk..kalau tak silap.Bersama Diana Rafar.
Juga tak ketinggalan bersama Ida Nerina.Sewaktu di konti juga saya sempat merakam mereka berlakon seolah-olah Ida Nerina sedang menyertai The Amazing Race(Asia) dulu...gamat konti HotFm kala tu.Kecoh gitu!

Bila sebut HotFm Kelate ada seorang blogger juga terpilih menjadi penyampai radio di Kelate nu.Saya pun kenal dia melalui blog dulu,sebelum menyertai HotFm Kelate.Boleh lah jalan-jalan baca blog Shazwanie di sini


Sekarang dah mula popular dengan segmennya sendiri Segmen Dedikasi 11 pagi hingga 2 petang.Hati Berbisik pukul 2 hingga 3 petang .Siarannya Isnin hingga Jumaat.Penyampai yang lain adalah seperti Renny,Fizie dan Farid.Boleh layari di HotFm Kelate

.

Ini penyampai Shaz dan Renny di konti HotFm Kelate.Beruntung orang-orang Kelate dan Ganu ada special HotFm untuk mereka.Kalau balik kelantan kena dengarlah.Tapi kalau luar Kelantan dengar online jer kat HotFm.

Okaylah.Ada satu lagi gambar saya di konti HotFm KL nak kongsi.Yang ni penting,sebab Fara ada bagitau macam mana segmen AmKrew beroperasi,boleh tengok macam mana cara mereka bekerja.
Ada satu lagi rahsia,bila lagu sedang on air,memang senyap sunyilah konti tu.Waktu tu diorang buat kerja masing-masing.Waktu suara diorang on air barulah riuh.

Cuba tengok saya duduk kat mana?Ha tu lah tempat Fara duduk untuk godek-godek pelbagai mesin dan komputer kat depan dia.Ingat senang boleh duduk situ.Sekejap pun jadi lah.Macam artis lak saya kan.. keh keh keh...

Pesanan:Peluang datang sekali,harus direbut!Dapatlah sedikit cenderamata dari mereka buat kenang-kenangan..

Thursday, January 05, 2012

Tumpang lalu.....nak tumpang makan nasi tumpang.

Ha!Puas memikirkan tajuk cantik nak tulis.Nak menarik orang baca entry kita ni susah juga kalau tajuk ala kadar je.Che wah!Sejak bila saya ni dah pandai berkata-kata berlebih-lebih ni.

Saya mencari merata juga nasi tumpang ni.Sebab sepanjang saya berulang alik ke Kelantan tak pernah dengar nasi tumpang ni,apatah lagi memakannya.Ini pun disebabkan blogger  ni.Dak Dni yang bagitau melalui twitter dia.Saya ketinggalan rupanya.Sebab tak tanya suami saya yang memang sah-sah orang Kelantan.Dia pun tahu.

Tapi mungkin tersilap beli ke atau memang ada macam-macam lauk kot dalam nasi tumpang ni.Yang ni yang saya dapat.

Rupanya dibalut dengan daun pisang bentuk kon panjang.


Buka-buka ada lauk serunding dengan seekor udang..Nasi pun dah rupa nasi himpit.Saya rasa sedap juga tapi tak menepati seleralah.Mungkin ada lagi yang sedap,kebetulan kot beli yang tak berapa masuk selera saya.Saya tak makan habis pun.Nak cari nasi lain juga.

Apa-apaun saya dah tahu apa itu nasi tumpang.He he he...tumpang lalu ye...nak makan nasi tumpang ni.

Pesanan: Banyak lagi makanan Kelantan kena tahu ni..nanti bila dah duk sana senang sikit...hi hi hi.

Wednesday, January 04, 2012

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...