Thursday, January 19, 2012

Anda berdengkur?

Suami anda berdengkur?Atau anda sendiri berdengkur apabila tidur.Susah nak tidur kan kalau dengar orang sebelah anda tidur berdengkur?Pernahkah rakan sebilik anda tidur berdengkur dengan kuat hingga menyebabkan anda menutup telinga dengan menyumbat kapas.Wah!Teruk tu!


Gambar ehsan google..

Menurut MedikTv.

"Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas,apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat.Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.

Ada kaedah dan cara mengatasinya.

Petua untuk mengurangkan dengkuran:

1.Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

-berlebihan?ish...susah jugak ni kalau kita ni hantu makan...makan sampai tak henggat!

2.Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.

-arak konpem tak ambik sebab HARAM!..ubat yang mengantuk tu biasa macam ubat batukkan atau selsema..sebab mesti kat sampul ubat tertulis "Awas!ubat ini boleh menyebabkan mengantuk jika ada kesannya jangan memandu kenderaan atau mengendalikan mesin.Elakkan minuman keras".....kan kan kan...

3.Cegah pengambilan tranquilizer,pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.

-dah boleh tidur,apa kejadah nak amik pil tidur kan...

4.Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam,sebelum berehat.

-sekali lagi arak HARAM! tak yah ngada-ngada nak amik!Makanan berat tu macam nasi,mee hoon kan..yang ringan tu macam cekedis kan...hmmm boleh ke tak amik ni...ish..ish perut ni bukan boleh baca apa dia hendak kan?nampak sedap je...hmmm terliur pulak!

5.Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

-kalau tak de anak kecil atau masih bujang.boleh je kan tidur pukul 9 malam setiap hari...hmmm kalau sibuk pun tak tetap juga tidurnya...kena set masa ni..tidur...tidur...tidur...

6.Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

-he he he posisi tidur ni tak menentu biasanya ..mula-mula terlentang...kang 1/2 jam berikut mengiring ke kiri,jap lagi ke kanan...ish...macam mana ni ye...ha! sendal bantal kat belakang badan..jadi tak?

7.Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

-kalau katil rumah kita tak leh kot buat macam tu...biasa kita tambah bantal je kan..kalau katil hospital bolehlah ye kan...

p/s:sila utamakan pembacaan anda pada ayat-ayat yang di BOLD kan aje,yang lain tu sekadar penambah perisa je...he he he

Selamat Mencuba!

Pesanan:Sekadar berkongsi pendapat dan info,ingin info lebih lanjut lawatlah www.facebook.com/MedikTV

15 comments:

  1. assalam ummi..thanks share info2 ni..hb mama kadang2 tido berdengkur ..he2x..

    ReplyDelete
  2. memang mengganggu waktu tidur kalau pasangan kita berdengkur...ermmm...

    dkna yang bujang nie selalu tidur lewat...ni belu start sekolah lagi..heheeeeeeeee

    ReplyDelete
  3. @mama aini-waalaikumslm...betul ke mama...kena cegah ni...he he he

    @Dkna-jangan selalu tidur lewat tau..

    ReplyDelete
  4. bdengkur ni sbb hidung tsumbat pun ye kan..badan naik tu lg la tepat..whoaaaa, nak nangess

    ReplyDelete
  5. hehe sama2 ckp 'awak tido berdengkur' ngan ES... tp kalau pempuan berdengkur lg teruk kan? uhhhh hidung asek tesumbat jer.. kenalah bernapas kot mulot.. alih2 terbunyi lak ahaks

    ReplyDelete
  6. Ok... kakak ku..

    I dah buat REPLY TO COMMENT ni,....

    cer try test la yek..muahahaha

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  7. biasanya kalau penat sesangat tak sedar sampai berdengkur kan.. biasa tengok orang jadi cemni :)

    ReplyDelete
  8. BAGUS JUGA INFO NI.... KDG2 SELALU GAK TERGANGGU BILA EN ABG BERDENGKUR

    ReplyDelete
  9. @LidaRahimhe he he...saya tak pernah lagi ada kawan perempuan berdengkur...biasa dengar lelaki je tak kira lah ayah ke,abang ke suami ke ..kan...

    ReplyDelete
  10. @Sumijelly
    macam tak berapa best je lah reply komen cenggini...

    ReplyDelete
  11. @Ardini Humaira
    ha'ah..kalau penat sangat pun boleh berdengkur...akak pernah juga..husben bgtau..he he he..

    ReplyDelete
  12. @munna
    munna...kita cubalah petua ni..tak cuba tak taukan..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...