Thursday, January 12, 2012
Sambal Ikan Kembung Goreng
Masakan ni semua sedia maklum.Mudah dan ringkas.Tetapi kepada yang ingin mencuba bolehlah lihat resepi yang mudah dan ringkas ini.
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 biji labu bawang merah besar (ditumbuk kasar)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 sudu besar cili kering yang sudah diblender
1 keping asam
garam dan aji
Cara memasaknya:
1. Goreng ikan yang telah dilumur garam dan kunyit.
2. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak,tumis bawang dan cili kering.
4.Goreng seketika,masukkan asam,garam dan aji secukupnya.
5. Ini adalah gorengan kering,tidak memerlukan air.Jika sudah sedikit garing boleh diangkat dan dicurahkan ke atas ikan tadi.
6. Hidangkan bersama nasi panas dan sedikit kicap manis.
Pesanan:Jika dimakan nasi putih dengan satu lauk itu bersama kicap sahaja sudah mencukupi bagi saya.Tak perlu lauk lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
minggu lepas dkna p makan kat kedai menu yang sama..nak masak, malas!! :)
ReplyDeletetapi kalau kat kedai dia ada letak daun yang hijau..dkna tak sure daun apa..tapi bukan daun sup/bawang..maybe akak tau kot nama daun tu...
ReplyDeletedicincang lebih kurang sama dengan daun sup/daun bawang.
Dkna-setakat Dkna makan sorang...makan kedai je lah ye..banyak pilihan..tapi daun apa ye,bukan daun pudina ke?he he he akak pun tak tau kalau tak tengok sendiri..
ReplyDeletesalam..la ni ikan kembung mahal di Penang sekilo RM 12.00 ..kalau di kedai makan sekor RM 3.00
ReplyDelete@abu luqman-betul tu...sini pun lebih kurang gitu gak harganya...padahal bandar kecik je Kuala Lipis..
ReplyDeletesy suka masak sambal segala jenis lauk. hehe. tp kalau sy masak mest xde sape makan :(
ReplyDeletememang buat akak lapor nasi la tgk lauk ikan sambal ummiarissa ni...sedappp..hehe
ReplyDeletekalau masak mahu bertambah
ReplyDeletetapi lama tak msk sbb anak2
tak tahan makan pedas :)
@adarnadzmie-ala simple je tu kak..
ReplyDelete@Ati Masrif-kak kurangkanlah cili..boleh kot..
kalau tak mkn ikan spt mama ni..tukar dgn ayam pun bolih kan?..hu2x..
ReplyDelete@mama aini-tak makan ikan ye...ikan kembung ni sedap lemak manis....tukar ayam pun boleh..tak de masalah..
ReplyDeleteIkan kembong is my favorite.
ReplyDelete@lydsunshine-my feveret too..
ReplyDelete