Friday, January 13, 2012

Sekadar renungan di pagi Jumaat

Ha begitulah..nampak ceria sikit!


Anis hanya berusia 5 tahun dan hanya bersekolah di prasekolah di sebuah sekolah kerajaan.Jadi dia bukan di sekolah agama.Sepanjang sesi persekolahan dia tidak pernah lagi menanggalkan tudungnya.Sedangkan rakan-rakan perempuannya tidak seorang pun bertudung.Dia tidak pernah bertanyakan kenapa kawan ini tidak bertudung,kenapa dia pula bertudung.Seolah-olah dia ingin mengamalkan gaya hidup sebegini dari kecil.

Lihatlah anak sekecil ini tidak pernah mengeluh kepanasan akibat bertudung.Sebagai ibu,saya tidak pernah memaksa memandangkan dalam lingkungan usianya,memang dia tidak wajib bertudung.Tetapi dia menurut sahaja apabila dipakaikan tudung,mungkin dia melihat kakak-kakaknya bertudung sewaktu di luar dari rumah.Tidak perlu dipertikaikan berapa jam tudung melekat dikepalanya,tetapi fikirkan kecintaannya kepada prinsip gaya hidup Islam yang sebenarnya.

Anis juga seperti kanak-kanak lain berada di luar rumah bermain dengan rakan-rakan sebaya tanpa bertudung.Tetapi dia mahu dipakaikan tudung apabila ke sekolah.Mudahkan kalau melentur buluh dari rebungnya.

Benarlah kesedaran sivik dan pendidikan agama bermula dari rumah.Kalau bukan kita yang lenturkan siapa lagi nak diharapkan.Inilah peluang yang kita ada selagi masih bernyawa.Inilah juga antara bekalan yang dapat menyelamatkan kita di sana nanti.

Allah Ta'ala turut menegaskan kewajipan bertudung dalam Al-Quran al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:


"Wahai nabi (Muhammad),suruhlah kepada isteri-isteri kamu,anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka(semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dan ingatlah 3 amalan/perkara yang akan dibawa selepas mati adalah:

1. Sedekah Jariah

2. Ilmu yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain

3. Doa anak yang soleh-yang berdoa untuk kita


Doa anak kepada kedua ibubapanya sama ada anak itu soleh atau tidak adalah baik dan berguna.Tetapi doa anak yang soleh lebih diharap tentang makbulnya.


Tak mahu rebutkah peluang yang ada itu?Renung-renungkanlah...

Pesanan:Anak saya sebagai contoh kecil sahaja,masih ramai lagi para ibubapa di luar sana yang sudah mulai mendidik anak-anak menerapkan gaya hidup Islam dengan memulakannya dari berpakaian sejak kecil lagi.

11 comments:

  1. Dalam ayat dah jelas menyatakan supaya menutup aurat supaya tidak diganggu.. sesiapa yang betul-betul menutup aurat sahaja yang tahu nikmat dan hikmahnya..

    ReplyDelete
  2. betul tu akak...

    kadang-kadang dkna tengok orang diluar sana yang tak bertudung bila berjalan dengan mak ayah terdetik dihati 'tak pernah ke mak dia nasihatkan anak supaya bertudung sedangkan mak memakai tudung'...


    ermmm...alhamdulilah..dkna bertudung sehingga kini dan kadang2 terasa malu bila nak keluar rumah hanya sekadar untuk buang sampah tanpa tutup kepala.

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH.... SKRG NI TGK LATIH MEYA PAKAI TUDUNG SEBAB NAK SEKOLAH PASTI THN DEPAN....

    ReplyDelete
  4. @che mid-ramai juga kak yang mudah melatah bila ditegur...terpulanglah...

    @Dkna-Alhamdulillah. Dkna.kita hanya mampu agar Allah bukakan hati mereka untuk lebih mendalami agama Islam..

    @munna- akak harap jangan dipaksa-paksa sangat budak2...biar kita latih perlahan-lahan..takut anak-anak memberontak pula..

    ReplyDelete
  5. #Ralat# kita hanya mampu berdoa..(perkataan berdoa tertinggal)..

    ReplyDelete
  6. bagus anis ni.. mg dia mmbesar sbgai ank yg solehah n taat pd perintah Tuhan.. :-)

    ReplyDelete
  7. ehem..bagusnya ank ummi, kecil2 lagi dah pakai tudung !!..semuga anis jadi ank yg solehah..amin..

    ReplyDelete
  8. @Intan Berlian & @ mama aini-Amin!! Semoga berkat doa kalian dia akan menjadi seorang yang cintakan agama Islam.Amin!!!

    ReplyDelete
  9. Baby(mama amana)-sejuk lagi perut ibu mengandungkannya kan...semua ibu pasti merasa keadaan yang sama..

    ReplyDelete
  10. budak2 bertudung comel jer tengok..apalagi lah orang2 dewasa..tudung macam2 pesen sekarang tapi tak nak jugak pakai..huhu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...