Sunday, January 08, 2012

Tolong saya untuk bantu mereka...

Sticky post...sila scroll ke bawah untuk entry terbaru...



Ini ialah adik Annisa
Ini ialah adik An-Nur

Baru semalam(khamis) saya menyaksikan rakaman dari Malaysia Hari Ini (TV3) mengenai dua beradik ini iaitu Annisa dan An-Nur berkenaan dengan harapan mereka untuk mengumpul dana untuk pembiayaan perubatan mereka iaitu penyakit Celebral Palsy(lumpuh otak) di China.Hari ini (jumaat) saya mendengar sekali lagi di MHI TV3 berkenaan dengan pemergian anak sulung kepada Cikgu Affendi dan Kak Sham pada pagi semalam juga.

Saya pun menalifon ibunya untuk mengucapkan takziah.
Menurut ibunya lebih kurang dua puluh minit rakaman cerita mereka di siarkan MHI,Annisa 10 tahun pergi mengadap Ilahi akibat sesak nafas.Beliau sudahpun selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Sg Kantan,Kajang,Selangor.Takziah kepada keluarga beliau.Al-fatihah.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Saya pernah bercerita tentang mereka di sini.Kali ini saya sekali lagi ingin bercerita tentang harapan mereka.Dulu mereka berdua,kini tinggal adik An-Nur seorang.Mereka melancarkan tabung Harapan Annisa dan An-Nur.Hope 2 Walk adalah satu-satunya peluang untuk mereka menjalani rawatan, latihan fisioterapi dan program pemulihan intensif.

Saya menyeru orang ramai atau sesiapa sahaja yang membaca entry ini sudi untuk membantu keluarga ini menyumbang ke tabung Harapan Annisa dan An-Nur.Sudilah menjenguk mereka di blog mereka di sini dan menjayakan kempen Hope 2 Walk.Sila lawati blog http://www.hope2walk.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut.

Pesanan: Harap boleh sebarkan kepada yang lain untuk membantu keluarga ini.Terima kasih.Ingat!Hari ini hari mereka...hari kita???

10 comments:

  1. Al-Fatihah..salam takziah buat keluarga arwah..semuga tabah menghadapi ujian dr Allah..dan semuga ada insan2 yg sudi memberi harapan & menghulurkan bantuan kpd adik An.Nur.. !!

    ReplyDelete
  2. Che Mid tengok kisah mereka semalam di nasi lemak kopi o..bersyukur sangat sebab Allah bagi kesihatan baik pada ahli keluarga kita..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ye semua...semoga ada lagi insan-insan yang berhati mulia untuk membantu mereka ini...hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian...

    ReplyDelete
  4. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow
    lg 1 pakjoe dh tekan iklan dekat blog nie...pakjoe nk bg duit sikit kn dh nk bka kolah hahaha

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah dan sesunnguhnya dah syurga itu sudah pasti buatnya

    ReplyDelete
  8. Innalillah..

    insyaallah yna akan sebarkan nanti..

    ReplyDelete
  9. Al-Fatihah untuk keluarga arwah. semoga tabah menghadapi ujian hidup neh.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...