Memang dah lama dalam tahun 2010/2011 kalau tak silap(saya tak ingat!),baru nak bawa keluar gambar-gambar ni.Lagi pula kebetulan tahun ni ada pelancaran dua HotFm di Kelate dan Terengganu.Jadi saya pun nak tumpang hangit sikit.
Untuk pengetahuan,saya bertolak dari Kuala Lipis tau nak ke Kuala Lumpur tu.Nasib baik rumah mak kat sana.Jadi tak ada masalah.
Jom lihat gambar-gambar yang sempat dirakam...
Sesi bergambar yang penting tau...Ni dengan Faizal Ismail (FBI)..memang peramah mamat ni...macam-macam lawak lah dia buat.Sebaya usia dengan saya ni.Memang tak rugi kenal dengan Faizal.Dia manusia biasa juga,ada masa serius ada masa buat lawak.
Ni dengan Fara Fauzana(FAFAU)..Masa ni rambut dia pendek lagi..tak make up pun.Ni muka original lah ni..Memang cekap minah ni kat Konti HotFm...happening betul! Memang dia suka mengusik Faizal.Asal kata kita nak bergambar,dia tak tolak punya.
Sebelum nak pulang tu,bertemu pula Tini,sebab lepas tu segmen dia.Apalagi bergambar sakan lah saya.Bukan selalu dapat jumpa mereka ni.Tini pun tak sombong.Saya pun tak sombong tau!
Yang ni pula sesi bergambar beramai-ramai,ada Suraya juga.Yang dua orang tu rasanya pelatih Uitm.Baju hijau tu pun memang lawa in person..tak ingat namanya.
Sewaktu segmen Am Krew ke udara adalah artis jemputan. Artis dalam filem Susuk..kalau tak silap.Bersama Diana Rafar.
Juga tak ketinggalan bersama Ida Nerina.Sewaktu di konti juga saya sempat merakam mereka berlakon seolah-olah Ida Nerina sedang menyertai The Amazing Race(Asia) dulu...gamat konti HotFm kala tu.Kecoh gitu!
Bila sebut HotFm Kelate ada seorang blogger juga terpilih menjadi penyampai radio di Kelate nu.Saya pun kenal dia melalui blog dulu,sebelum menyertai HotFm Kelate.Boleh lah jalan-jalan baca blog Shazwanie di sini
Sekarang dah mula popular dengan segmennya sendiri Segmen Dedikasi 11 pagi hingga 2 petang.Hati Berbisik pukul 2 hingga 3 petang .Siarannya Isnin hingga Jumaat.Penyampai yang lain adalah seperti Renny,Fizie dan Farid.Boleh layari di HotFm Kelate
.
Ini penyampai Shaz dan Renny di konti HotFm Kelate.Beruntung orang-orang Kelate dan Ganu ada special HotFm untuk mereka.Kalau balik kelantan kena dengarlah.Tapi kalau luar Kelantan dengar online jer kat HotFm.
Okaylah.Ada satu lagi gambar saya di konti HotFm KL nak kongsi.Yang ni penting,sebab Fara ada bagitau macam mana segmen AmKrew beroperasi,boleh tengok macam mana cara mereka bekerja.
Ada satu lagi rahsia,bila lagu sedang on air,memang senyap sunyilah konti tu.Waktu tu diorang buat kerja masing-masing.Waktu suara diorang on air barulah riuh.
Cuba tengok saya duduk kat mana?Ha tu lah tempat Fara duduk untuk godek-godek pelbagai mesin dan komputer kat depan dia.Ingat senang boleh duduk situ.Sekejap pun jadi lah.Macam artis lak saya kan.. keh keh keh...
Pesanan:Peluang datang sekali,harus direbut!Dapatlah sedikit cenderamata dari mereka buat kenang-kenangan..
nasib baik tk kena panggilan hangit ye.hehhe
ReplyDelete@abah khalisha-..ha'ah..tak kena lagi..tak de apa pun nak dikenakan pun..he he he
ReplyDeletebestnya pengalaman akak...
ReplyDelete@Dkna-best tau Dkna...kalau kenal dulu ngan Dkna boleh ajak sekali gi.
ReplyDeletebestnya ada pengalaman macam ni...
ReplyDeletebestnya dpt berkunjung ke HOT FM !!!.. beruntungnya ummi..mama memang slh seorg peminat mereka..dan mama tak buka siaran radio yg lain selain HOT FM..he2x..
ReplyDeleteSallam Ida,
ReplyDeleteSeronoknya berada di konti, Jumpa artis dan penyampai radio. Saya minat sangat dengan Fafau dan FBi, ari tu dapat juga bergambar dengan FBI, Fafau tak sempat jumpa.
Tak sempat dengar lagi rancangan yang dikendalikan oleh Shaz...
@zie fauzi-best kan..
ReplyDelete@mama aini-bagus mama...teruskan mendengar hotfm
@kak lipis lady-oh kak jumpa FBI juga ye...okaylah tu..
besh r akak.. huhu.. bukan senang.. pengalaman yg besh..
ReplyDeleteJom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html
L-best..sekali kot seumur hidup..
ReplyDeletewahhhh..kellasss ahkak
ReplyDeletelebih dulu masuk konti KL dari sy rupanya ye....hihihiiii
@Aku Ibu Muda-Wanie...saja je peram gambar tu..he he he nak kuarkan time hot-hot jer...okay kan..kena pada masanya..
ReplyDelete