Mesti semua pernah menangis.Kita menangis kerana sedih atau gembira.Juga ramai yang menangis kerana merasa insaf di atas sesuatu perbuatan yang telah dilakukan.Rasa puaskan bila dapat meluahkan perasaan dengan mengeluarkan air mata.
Biasa kita dengar ayat ini:" Jangan menitiskan air mata,air mata itu sangat berharga".
Mungkin maknanya jangan menangis di atas perkara yang sia-sia,sebaliknya disimpan untuk keadaan yang benar-benar perlu.
Airmata sangat sinonim dengan bayi dan kanak-kanak juga mereka yang bergelar perempuan.Tengok drama sedih sikit dah mula mengalir air mata.Bagi yang sensitif,kena marah sikit dah mula sayu.Tak kurang juga yang mengupas bawang pun mengeluarkan air mata sebab pedihkan.Ada juga mata masuk habuk pun keluarkan airmata.Itu pun pedih mata namanya.Tapi tak kisahlah Siapa yang tak menangis bila hati dah tersentuh oleh sesuatu kan?
Lelaki pun ada yang menangis.Walaupun tak ramai yang mudah mengalir air mata,tetapi unsur-unsur sedih yang amat sangat akan meruntun juga hati dan jiwa mereka yang bergelar lelaki.Akhirnya menangis juga.
Jangan terlalu bersedih,kerana ada berita gembira untuk mereka yang menangis.Cuba baca ini.
Kajian dijalankan menunjukkan bahawa tubuh manusia akan mengeluarkan segala jenis kimia toksik terkumpul yang menjadi sebahagian pengalaman-pengalaman pahit ketika kita sedih.Oleh itu menangislah sepuas hati ketika anda sedih kerana ia akan memberikan kelegaan pada tubuh dan minda.Jangan tahan air mata sedih kerana ia baik untuk kesihatan.
Sumber:Majalah Rapi Disember 2009.
Macam-mana?Nak menangis ke lepas ni?he he he..boleh je..
Pesanan:Kalau baca sms bab nak gambarkan menangis biasa akan keluar tulisan macam ni kan...huhuhu..@.sob sob sob.@.huaa...huaa..@.waaa....waaa..