Tuesday, February 22, 2011

Kuih Gonggok...


Ha ha ha..mesti macam nak gelak dengar nama kuih ni kan.Jangan nak gelak ye.Tapi apa saya nak buat makcik tu yang ajar dan beritahu nama kuih ni kuih gonggok.Saya belajar kuih ni kat Kelantan,tapi bila saya tanya orang Kelantan sendiri,diorang tak pernah lak dengar nama kuih ni.Habis tu cam ne?

Saya pun nak 'derhaka' (perkataan ala-ala Cik Mat Gebu ) jugak lah kat nama kuih dia.Saya bagi nama kuih ni kuih gulung goreng boleh?Apa pun nama yang hendak diberi terserah anda....

Meh kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:(Inti)

5 ekor ikan selayang (ikan sardin)
1 labu bawang merah (besar) (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (diketuk je)
1 sudu cili kering (rata)
garam,aji dan sedikit gula

Cara-caranya:(Inti)
1.Rebus ikan dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu garam.
2.Setelah masak,perisi ikan-(asingkan isi ikan dari tulang).
3.Hancurkan isi ikan.
4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak.Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar goreng hingga layu.Masukkan cili kering.Masak hingga cili masak.
5.Masukkan ikan.
6.Garam,aji,gula.Sesuaikan rasa.Masukkan dalam bekas.



Sekarang jom tengok macam mana nak buat dohnya pula.

Bahan-bahannya:

1/2 bungkus mauripan (atau 7 gram)
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sd bsr marjerin

Cara-caranya:
1.Masukkan air dan yis,kacau rata.
2.Tepung sedikit,marjerin,gaul rata,tepung lagi sehingga doh lembut tak melekat kat tangan dan bekas.(yang ni kena agak-agaklah tepung tu.)
3.Biarkan dalam bekas setengah jam,doh akan mengembang 2 kali ganda.

Setelah setengah jam berlalu:

Ambil sedikit doh.Bulat-bulatkan. Letak atas dulang.Buatkan sampai habis adunan doh tu.

Kemudian:

amik satu doh,canaikan...
amik sedikt inti letak memanjang...




gulung separuh..sebelum habis gulung buat 3 garisan guna pisau jangan sampai putus...
gulung habis...dia akan timbulkan garisan tadi..lepas ni biar doh mengembang lagi(dalam 10 minit gitu)..
dah tu,,goreng dengan minyak yang banyak...(malunya..kualiku hitam-tu tanda rajin masak tau)

tadaaa...dah siap...makan panas-panas memang syokkkk....
Kalau nak frozen kan,goreng sekejap,jangan sampai kuning,putih je..masukkan dalam plastik ,masuk peti sejuk beku.Apabila nak menggoreng keluarkan,nyah beku sekejap je...goreng sampai kuning.

Pesanan:Memang nampak remeh sikit nak buat,tapi kuih ni lembut dan sedap.Cubalah!

Sunday, February 20, 2011

Blog adik comel ni review blog saya lah..


Terima kasih pada adik ni NUR AISYA HUMAIRA yang telah me'review' blog akak buat rujukan mereka-mereka yang memerlukan.Rajin betul adik kita ni.

Akak kau ni terharu betul bila ada juga orang nak toleh-toleh walaupun tak toleh banyak-banyak pada blog yang tak lah seberapa ni.Tapi ada ilmu itu yang penting. Tapi tak banyak juga tips yang diberi,sekadar menulis apa yang ada sahaja.

Saya ni bila ingat-ingat balik,taklah sampai nak suruh siapa-siapa untuk review blog ni waktu mula-mula berblog.Tapi bila ada yang sudi menghulur tangan,saya tak lepaskan.Ini yang kali kedua blog ini direview selepas direview oleh blog jomsantaisekejap.

Terima kasih daun keladi,
Sila datang lagi.

Adik ni yang berasal dari Terengganu ni dan sebagai pelajar juga anak remaja dan muda.Saya follow anak-anak muda termasuklah adik NUR AISYA HUMAIRA ni bukan apa,saya mempunyai anak dara dan anak teruna,maka saya ingin mengetahui apa yang diinginkan oleh anak muda ni.Apa aktiviti mereka lakukan,bagaimana mereka menyelesaikan sesuatu masalah,apa masalah yang biasa mereka hadapi dan macam-macam lah.Maka tugas saya melihat secara logik dengan akal yang waras,untuk mengambil mana yang elok dan cuba melihat secara positif perkara yang tak elok bagi memberi saya panduan untuk mendidik anak-anak dengan lebih baik.Jadi tidak salah saya follow anak-anak muda kan.

Bolehlah jenguk blog dia ye kalau ada masa.

Pesanan:Lebih baik ramai berkawan dari mempunyai ramai musuh.

Saturday, February 19, 2011

Kari Sardin mudah je..


Menu tengah hari ni nak makan apa?Dah habis idea?Meh kita cuba masak kari sardin.Saya baru pertama kali cuba terus menjadi.

Kari Sardin

Bahan-bahannya:

1 tin sederhana sardin
1 biji bawang besar merah
3 ulas bawang putih
santan dari 1/2 biji kelapa (sekali blender je)
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kering
garam
sekeping asam keping

Cara-caranya:
1.Bawang yang ditumbuk,tumis dengan sedikit minyak.
2.Agak-agak layu,masukkan cili kering,goreng sebentar masukkan serbuk kari.
3.Masukkan santan.Nak pekat ke nak cair ke,kita sesuaikanlah airnya.
4.Kacau-kacaukan sebentar,masukkan 1 tin sardin(dengan sosnya sekali).
5.Masukkan asam keping,garam.Rasalah,sesuaikan.
6.Dah mendidih masak.Siap

Sardin tu jangan dikacau kuat-kuat,nanti hancur isinya.Kacau-kacau manja je.

Ada lagi resepi mudah nak bagi.Paling mudah dan sedap.Macam dalam gambar tu.

Hati dan Pedal Ayam Masak Sos.

Bahan-bahannya:

Semangkuk hati dan pedal ayam
1 biji bawang besar(dihiris)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
kicap sedikit

Cara-caranya:
1.Hati dan pedal ayam digoreng tanpa minyak dahulu.Biar hingga kering airnya.
2.Selepas itu masukkan sedikit minyak,goreng terus hati dan pedal ayam.
3.Masukkan semua sos dan kicap.Kacau.Sesuaikan rasa,nak tambah sos lagi pun boleh biar pekat lagi.
4.Masukkan bawang.Goreng sekejap.Angkat.Siap.

(ni resepi dari Cikgu Niena)

Dalam gambar tu ada sayur kan.Tak payahlah bagi resepi.Tu resepi campak-campak je.Semua pandai.

Jadi hidangan tengah hari anda sudah siap,makan dengan nasi panas-panas,buat air sirap bandung ais.Hmmm...sedapnya...

Pesanan:Menu tengah hari ni dah lama buat baru update je.Memang sedaplah.


Friday, February 18, 2011

Amalan-amalan Sunat Mengikut Takwim Islam


Amalan Sepanjang Masa

a)Solat fardu berjemaah di masjid,surau atau di rumah.

b)Mendirikan solat sunat Rawatib.

c)Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya sunat Tahajud,Witir,Isyrak,Duha,Awwabin,Tasbih dan lain-lain.

d)Membaca zikir ma'thurat selepas solat Subuh.

e)Membaca al-Quran.

f)Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah,kelas agama dan sebagainya.

g)Puasa sunat pada hari Khamis dan Isnin atau pada 13hb,14hb dan 15hb mengikut bulan takwim Islam (dipanggil hari-hari bulan cerah), pada 28hb,29hb dan 30hb (dipanggil hari-hari bulan gelap).

h)Membaca segala wirid/doa harian.

i)Bersedekah.

j)Mengerjakan umrah jika mampu,khususnya pada bulan Ramadan.

k)Memelihara mulut,mata,telinga dan anggota-anggota lain daripada perbuatan maksiat dan keji.

l)Mengingati MATI dan menziarahi saudara/sahabat yang sakit dan yang mati,solat jenazah dan menghantarnya ke kubur.

m)Menziarahi sahabat handai,saudara-mara lebih-lebih lagi orang-orang alim,para ulama dan tuan-tuan guru.

n)Amar maaruf dan nahi mungkar.

Pesanan:Lihat semula diri kita..kita mudah lupa..adakah kita amalkannya..marilah sama-sama kita amalkan dan ingat mengingati.

Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab Hamid.

Thursday, February 17, 2011

Mereka sangat istimewa...

Kak Sham dan suami Affendi bersama dua orang anak mereka...

Berat mata memandang .berat lagi bahu yang memikul.Begitulah perkara yang dialami oleh kawan suami saya juga merangkap kawan saya.

Terpanggil untuk bercerita mengenai keluarga mereka.Saya hanya mengenali kawan ini yang saya namakan Kak Sham,melalui sekolah suami.Sementelah suaminya kawan sekerja dengan suami saya.Tetapi kini mereka sudah lama berpindah dari Kuala Lipis ke Kajang.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan anak-anak mereka.Mereka mempunyai dua orang anak perempuan.Kedua-dua orang anak mereka adalah insan istimewa,mempunyai sejenis penyakit yang dipanggil CEREBRAL PALSY(Lumpuh Otak) with MITOCHONDRIAL DISEASE.

Jadi cuba kita bayangkan anak-anak kita sihat,sedangkan ada kita terfikir tentang anak-anak yang kurang bernasib baik.Sebab itu kita harus sentiasa bersyukur atas nikmat yang kita dapat,berbanding orang lain.Saya tidak dapat berjumpa terlalu kerap dengan mereka,tetapi baru-baru ni saya mendapat jemputan melalui blog ini untuk berkunjung ke rumahnya.(Blog menyambung silaturahim yang sudah lama putus.)

Memang seperti tahu-tahu sahaja saya akan ke Kuala Lumpur sama tarikh seperti yang dijemput.Lama juga kami tidak berjumpa.tidak sangka anak sulungnya sudah menjangkau 10 tahun.Bayangkan Anissa anak sulungnya masih tidak boleh berjalan,hanya terbaring di atas kerusi roda.Begitu juga adiknya An-Nur, 8 tahun sehingga kini disuap nasi dan diberi minum susu oleh ibubapanya.Mereka tidak dapat berdikari seperti anak-anak normal yang lain.

Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa mereka dalam membesarkan mereka.Kita tidak tahu apa cabaran yang mereka hadapi dalam membesarkan anak-anak mereka.Entah berapa ramai orang yang menghina atau mencaci,simpati atau prihatin?

Sewaktu berkunjung ke rumah mereka,saya turut membawa kesemua 6 orang anak-anak saya.Saya terangkan serba sedikit keadaan anak kawan saya itu kepada anak-anak saya.Saya katakan kita harus bersyukur dengan keadaan kita yang sihat dan normal ini.Kasihan kepada mereka.Nampaknya anak-anak memahami.Lantas turut meminta untuk bergambar bersama insan-insan istimewa ini.

Jika ada masa datanglah melawat blog mereka dan ayah mereka.Mereka tidak minta simpati,tetapi kita perlu prihatin dengan nasib mereka. Jika nampak lambang oku dimana-mana,silalah berikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan.Contohnya tempat letak kereta,tandas awam,di dalam bas awam dan sebagainya.Jangan ambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.
Bersamalah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka di dunia dan di akhirat.Yang pastinya mereka sangat istimewa !

Anak-anak bergambar bersama....
Lihat mereka sedang beristirehat...
kakak berbaju biru(Anissa),adik berbaju merah(An-Nur)..mereka sedang tidur ni..


Pesanan: Tiada yang lebih besar selain daripada pengorbanan ibubapa kita.Dan kita jangan terlalu angkuh dengan kehebatan fizikal diri kita.Bila-bila masa sahaja kita akan mengadap Pencipta kita.Fikirkan dan renungkan.

Wednesday, February 16, 2011

Jom tengok...

Kenduri kahwin yang dibuat 2 hari berturut-turut telah menyebabkan kami suami isteri jatuh demam.Tetapi setelah makan ubat sudah pun beransur pulih. Maklumlah perjalanan yang jauh,menyebabkan keletihan yang amat melanda diri kami.

Berikut sambungan kenduri kahwin sepupu lelaki yang telah diadakan di sebelah pihak perempuan dan keseokan harinya di sebelah pihak lelaki.Waktu kat sebelah pihak lelaki ni lah saya rasa letih sangat,kerana tak putus-putus jemputan yang hadir,maka saya pun terkejar ke sana-ke mari menyelesaikan masalah tempat duduk yang penuh.

Tema merah hati di sebelah pihak perempuan...(buat di PPR Cochrane,KL)


ada silat
makan beradap

cenderahati
yang kecik tadi cawan kecil,yang kotak besar tu..ni ha...kek marble..


Ni sebelah lelaki tema Jawa style...(buat di Dewan Semenyih,Selangor)


Cantik gak pakaian Jawa ni

Makan beradap..

cenderahati...yang kecil tu ada telur...yang kotak tu..isi gula-gula dan cokelat air vitagen dan buah pala kering...

Pesanan:Perut kenyang senang hati,badan letih tiada siapa yang tahu...

Tuesday, February 15, 2011

Menjana Sifat Cemerlang-Part 2


5.Seseorang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan-seseorang yang cemerlang tidak mengeluh apabila ditimpa sesuatu kemalangan,musibah,terdapat kekurangan pada dirinya.Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan dirinya serta orang lain. Napoleon yang kecil dan rendah selalu dipermainkan oleh sahabat-sahabatnya di maktab tenterta tempat ia belajar.Tambahan pula Napoleon iaitu berasal dari Pulau Corcisa,pulau yang tidak dipandang,tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.Kerana itu,Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia lebih baik daripada mereka.Dia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh.Akhirnya beliau menjadi Maharaja Perancis menakluki tiga suku benua Eropah.Kekurangnya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

........orang lain boleh..kitapun boleh..asalkan berusaha bersungguh-sungguh......

6.Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dahulu pendapat orang lain-orang-orang yang cemerlang tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya,misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah.Tetapi,ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak.Perlu diingat bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya.Kadang-kadang daripada kecaman orang lain,kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

........bila orang tegur kita,jangan cepat melatah!renungkan dulu........

7.Orang yang cemerlang sentiasa berusaha untuk bangun apabila terjatuh-boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali,malah beberapa kali tetapi mereka ni dapat bangun semula daripada kejatuhan.Begitulah kehebatan orang-orang yang mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam diri mereka.

......ini bila gagal sekali..kita dah rasa gagal untuk selama-lamanya..salah tu!....

Jadi ambil lah mana-mana yang relevan dengan kehidupan kita.

Pesanan: Ilmu yang baik elok disebarkan-sumber -ilmu daripada kem solat anak di Kuala Lumpur.

Monday, February 14, 2011

Menjana Sifat Cemerlang-Part 1


1. Orang yang bersikap cemerlang semakin tercabar,semakin kuat seseorang yang cemerlang berperibadi kuat seumpama besi waja,semakin dibakar oleh keadaan,semakin menghadapi cabaran hidup,semakin teguh melayari kehidupan.Seseorang yang berperibadi lemah laksana lilin,apabila terkena api,hancur lebu.Apabila menghadapi cabaran sahaja,mudah pula mengaku kalah.

..... saya sangat-sangat setuju fakta di atas...

2.Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan-orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan.Tetapi orang yang cemerlang dapat melihat peluang keemasan sekalipun dalam suasana kegawatan.Aristotle Onassis,seorang jutawan Greek doi Argentina,asalnya seorang budak miskin.Ia berpindah ke Argentina dari Greek untuk membina penghidupan baru.Umurnya waktu itu 17 tahun.Selepas perang dunia kedua,dunia menghadapi kemelesetan ekonomi.Banyak syarikat muflis.Tetapi,Onassis telah nampak suatu peluang,kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang.Ia telah membeli kapal perang;kapal-kapal tidak digunakan untuk berperang.Dia telah membeli kapal tersebut dengan harga murah.Setelah membuat sedikit pindaan,kapal tersebut sudah boleh digunakan.Dia telah menggunakan kapal tersebut untuk mengangkut barang-barang dan minyak untuk diperdagangkan.Onassis telah mendapat peluang dalam kegawatan.Manakala,orang yang lain lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

...yang ini juga antara fakta menarik....

3.Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.Kita perlu membuat dua perkara:
-tetapkan satu matlamat besar
-mencapainya dengan penuh keberanian!

.....berani jangan takut!

4.Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri-Peter Drucker,seorang profesor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata:
Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada diri sendiri,apakah yang dia boleh buat,bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia.Orang yang berfikiran positif sentiasa bertanggungjawab kepada diri sendiri serta tindakan-tindakannya.Dengan bersikap positif seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya.Bukannya berharapkepada orang lain untuk memperbaiki kehidupannya.

.....yang ini memang realiti...perlu dihayati....

bersambung....

Pesanan:Ilmu yang baik elok disebarkan.

Saturday, February 12, 2011

Kenduri Kahwin sepupu lagi..

Sekarang ni saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu lelaki.Maka pada hari ini saya dan keluarga sudah siap seawal jam 7 pagi lagi untuk bertolak ke Kuala Lumpur dari Kuala Lipis.

Awal juga kami sampai.Sekarang ni sedang berkumpul di rumah pengantin lelaki untuk menghantar rombongan pihak lelaki ke rumah pengantin perempuan di PPR Cochrane.Katanya selepas Zohor.

Nantikan sambungannya.



Ni gambar sewaktu bertunang. Tengok...anak muda sekarang,baru bertunang je dah bergambar berdua...atau gambar superimpose ni...he he he(saya amik gambar ni kat komputer dia..)

Pesanan:Esok kenduri rumah lelaki pula...lepas tu terus balik ke Kuala Lipis....banyak kerja nak buat..waaa....

Friday, February 11, 2011

Pelajaran Dari Imam Al-Ghazali-Pesanan


Ini sebahagian lagi ilmu yang dapat dikongsi yang didapati daripada kem solat anak perempuan saya,cuti sekolah tahun lepas.

Imam Ghazali:Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1:Orang tua
Murid 2:Guru
Murid 3:Teman
Murid 4:Kaum kerabat

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185)


Imam Ghazali:Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?

Murid 1:Negeri Cina
Murid 2:Bulan
Murid 3:Matahari
Murid 4:Bintang-bintang

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama Islam.

Imam Ghazali:Apa yang paling besar didunia ini?

Murid 1:Gunung
Murid 2:Matahari
Murid 3:Bumi

Imam Ghazali:Semua jawapan itu benar,tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU.
(Suraj Al Araf:179.Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali:Apa yang paling berat didunia?

Murid 1:Baja
Murid 2:Besi
Murid 3:Gajah

Imam Ghazali:Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH.
(Surah Al-Azab:72)Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali:Apa yang paling ringan di dunia ini?

Murid 1:Kapas
Murid 2:Angin
Murid 3:Debu
Murid 4:Daun-daun

Imam Ghazali:Semua jawapan kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali:Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid-murid dengan serentak menjawab:Pedang

Imam Ghazali:Itu benar,tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Pesanan:Sama-samalah kita renungkan untuk kebaikan bersama.

Thursday, February 10, 2011

Budak itu tidak seksi lagi.....tapi....

Sebelum ni entry pasal budak kecik yang seksi ni dah buat dulu.Kini budak kecik ni tak seksi dah.(rujuk sini pada yang tak tahu).Sebab dia dah pakai baju.Tapi kali ni,dia buat lagi aksi yang nakal.

Sedang saya sibuk didapur,dalam beberapa minit saya toleh ke depan,tengok-tengok budak kecik ni dah masukkan kepalanya dalam almari kabinet tv.Kebetulan memang dah lama cermin sisi almari tersebut pecah.Dah lama,cuma tak de masa nak ganti baru. Jangan bimbang takde serpihan langsung.Cepat-cepat saya....keluarkan dia?Takkkk...saya amik kamera saya snap setiap detik.Dan ini hasilnya.....


mula-mula kepala kat dalam tu...(habis bersepah barang perhiasan dalam tu)

Kemudian saya tengok dia cuba keluarkan kepala...

selepas berjaya keluarkan kepalanya,terus dia tersengih tengok saya.....geram kan?

Pesanan:Genap 5 Mac ni genap setahun umurnya.Tapi sekarang sedang rajin belajar berjalan.Malam tadi dah berjaya melangkah lebih banyak tapak.

Wednesday, February 09, 2011

Kawan baik tempah kek harijadi suami

Semalam kawan baik saya menempah kek khas untuk harijadi suaminya. Sebagai orang baru dalam pembuatan kek ni,saya amat berharap dia dapat komen rasa dan rupa kek yang telah saya buat.

Walaupun kawan baik,tak semestinya dia akan puji sahaja.Kami sudah lama mengenali antara satu sama lain,memang saya pasti dia akan bercakap jujur.Bukan niat hendak mengambil hati saya.

Dan saya pula sebagai orang baru harus menerima setiap kritikan walaupun kadang-kadang menyesakkan dada.

Ini antara tempahan yang saya terima minggu ni...tak banyak pun he he he..
Tempahan Cik La..(kawan baik)

Tempahan dari cikgu sekolah anak...cokelat moist?

Sesiapa nak terliur..close up je gambar tu...(tak baik kan cakap macam ni)

Pesanan:Setiap usaha yang kita lakukan dengan hati yang ikhlas akan membawa hasil yang baik...lupa nak bagitau..terima kasih lagi kepada Cikgu Niena...(siapakah Cikgu Niena ni?)tungguuu...akan dibongkarkan satu masa nanti...

Tuesday, February 08, 2011

Anak saudara yang belajar di Mesir sudah selamat tiba di Malaysia

adik beradik yang setia menanti...

Setelah mendengar siaran berita yang mengatakan sebahagian pelajar Malaysia dari Mesir sudah selamat tiba di Malaysia tadi,saya terus menghantar mesej kepada kakak ipar bertanyakan anaknya.Boleh rujuk entry ini dan ini.

Tiba-tiba telefon saya berdering dan yang menalipon adalah anak saudara suami saya sendiri.Maknanya dia sudah selamat tiba di rumahnya di Kelantan bersama suaminya.Terkejut saya.Sampai pukul 4 petang tadi.Alhamdulillah.Saya berbual ringkas sahaja dengannya bertanyakan khabar keadaan sebenar di sana.

Menurut katanya, kejadian berlaku hanya berdekatan dengan tempat tinggalnya.Katanya dia pun pergi dekat ke Dataran Tahrir.Dah dekat sangat.Balai polis dibakar pun dia dapat tengok.Kereta kebal lalu lalang.Ish...mencemaskan betul pengalaman dia ni.

"Ada ambil gambar tak?" tanya saya.
"Tak.Tak bawa kamera." jawabnya pula.
"Rugilah,kalau tak boleh masuk blog makcik." kata saya lagi sambil ketawa kecil.

Menurutnya,dia hanya keluar rumah dengan beberapa helai baju sahaja.Barang-barang yang lain semua ditinggalkan di rumah sewanya.

Tiba-tiba telefon putus!Kenapa ye? Putuslah sebab bateri dah lemah. Ish teruk betul bateri handphone saya ni. Bukan boleh cakap lama-lama.

Takpelah,dah selamat tiba di rumah dan dah tahu keadaannya pun dah lega yang amat sangat.
Entah bila pula mereka ni dapat sambung belajar semula.Menurut katanya lagi kalau ikutkan ahad ni dah mula belajar.

Pesanan: Kami pula bila lah dapat berjumpa anak saudara ni dan suaminya.Macam-macam nak tanya ni.

Jem ada dimana-mana

Sewaktu balik dari Kelantan ke Kuala Lipis selepas habis cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni, dalam keadaan jem yang teruk,suami singgah di Petronas untuk mengisi minyak.Suami suruh masuk ke dalam kedai Petronas nak keluar duit di mesin ATM.


Saya pun masuklah kad,selesai keluar duit saya terbaca satu notis ni.Betul-betul tepi mesin duit tu diorang tampal..saya bacalah dan saya amik gambar...ada sesiapa nak terjemahkan...



Beginilah keadaan di stesyen minyak Petronas.Nak isi minyak pun lama menunggu.




Jem siang...




Jem malam....




Akhirnya sampai di rumah jam 2.30 pagi....huuuu ngantuk bangat....letih dan sakit-sakit pinggang tak yah ceritalah...Tetapi dalam keadaan selamat.

Pesanan: Macam mana ye kamu semua bila balik kampung?

Sunday, February 06, 2011

Kenduri terakhir sebelum pulang....

antara hidangan yang disediakan..say no to catering...he he he

Memang cuti sekolah @ cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni,dihabiskan betul-betul menghadiri kenduri perkahwinan.Setiap hari dari hari khamis,jumaat dan sabtu memang makan di kenduri sahaja.Tak masak langsung!

Kenduri terakhir sebelum kami pulang semula ke Kuala Lipis adalah perkahwinan pengantin lama pakcik suami saya.Pengantin lama merujuk kepada perkahwinan antara duda dan janda yang telah lama hidup solo.

Seperti biasa kerja gotong royong rancak berjalan lancar dan kenduri pun sekadar menjemput saudara-mara terdekat sahaja.Maklumlah pengantin sudah berusia.Tak perlu besar-besaran.

kelihatan pengantin perempuan serta rombongan sedang menikmati hidangan..
kenduri di kampung masih mengamalkan kerja gotong-royong memasak sendiri..

Pesanan: Uniknya berkenduri di kampung,kerja gotong royong masih diamalkan,walaupun sudah ada sesetengah tempat hanya menggunakan khidmat katering...

Saturday, February 05, 2011

Selamat tiba di Jeddah

Saya masih berada di Kelantan,menghabiskan sisa cuti yang berbaki 2 hari lagi.Perkembangan anak saudara yang belajar di Cairo sentiasa saya nantikan daripada keluarganya yang berada di sini.(Kelantan)(rujuk entry sebelum ni)tag anak saudara,mesir.

Perkembangan terkini, sebahagian pelajar-pelajar Mesir sudah pun selamat berlepas dengan pesawat dan tiba di Jeddah dengan selamatnya. malam tadi.Ini temasuklah anak saudara saya dan suaminya.Selepas ini masih tidak dapat dipastikan ke mana mereka akan ditempatkan. Sama ada akan terus mengambil pesawat pulang ke Malaysia atau tidak.Menurut keluarganya mereka diberi cuti lebih kurang 3 bulan sehingga keadaan di Mesir tenang.Tetapi kalau mengikut perkiraan kita,keadaan yang bertambah runcing memungkinkan keadaan tegang akan berlarutan lama.Hanya kepada Allah kita mohon permudahkan segalanya.

Thursday, February 03, 2011

Kenduri Kahwin hari khamis?

sanak saudara berkumpul..

Saya sekarang berada di kampung suami bercuti selama 3 hari di Kelantan.Sebaik sahaja selesai majlis pertunangan adik saya,(rujuk entry ini)saya bergegas pulang ke Kuala Lipis.Kemudian pulang ke Kelantan hari rabu.

Hampir 99 peratus barang-barang dalam rumah lama telah selamat dipindahkan di rumah baru.Rujuk entry ini pula.Satu peratus lagi ialah belum menyerahkan kunci rumah kepada Pengerusi Kuarters.

Saya sampai ke Kelantan jam 12 tengah malam selepas bertolak dari Kuala Lipis jam 5 petang.Biasalah singgah makan dulu.

Menurut adik ipar saya ada kenduri hari khamis (hari ini) di Guntong,Terengganu.Biar betul kenduri kahwin buat hari khamis.Tapi memang betul.Sepupu suami (perempuan)berkahwin pada hari khamis.Ringkas dan meriah.


mesti nak bergambar dengan pengantin..

Pesanan:Majlis kahwin yang ringkas dan tidak berlaku pembaziran amat dituntut dalam Agama Islam.Macam tak percaya kenduri kahwin buat hari khamis,kebetulan semua sedang bercuti Tahun Baru Cina...jadi percayalahhhh...

Wednesday, February 02, 2011

Sambutan Harijadi anak Pak Arab

Pemilik restoran Mr Sulaiman dan anaknya Hanan..

Kek berbentuk princess

Kawan adik (yang nama Jun tu)yang kawin ngan orang Arab buat sambutan harijadi anak sulungnya Hanan.Kami sekeluarga dijemput.Memang murah rezeki kami minggu ni.

Kami dijamu makan nasi arab sesuai dengan selera pemilik Restoran Saba Mr Sulaiman orang Arab yang sudah lama bermastautin di Malaysia yang akhirnya bertemu jodoh dengan orang Malaysia juga.Memang sedap dan lazat makanan di restorannya.Restoran Saba yang terletak di Cyberjaya itu memang ramai pengunjungnya terutama di hujung minggu atau cuti sekolah.


Antara juadah arab yang dihidangkan
Antara kanak-kanak yang hadir (yang berbaju skirt pink "birthday girl")


permainan rebut kerusi(yang tudung hitam kat sudut tu Jun)

Pesanan:Selagi kita dapat menghadiri jemputan orang eloklah kita pergi.Kecuali atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.Nampak keceriaan di wajah tuan rumah dengan kehadiran para tetamu jemputan.

Tuesday, February 01, 2011

Pergolakan di Mesir..siapa mangsanya?

kami bergambar bersama di hari pernikahan mereka bersama ibunya

Mereka(rakyat Mesir) mahukan Hosni Mubarak meletak jawatan gara-gara melakukan penindasan, penipuan dalam pilihanraya yang menyebabkan rakyat Mesir amat tertekan,maka berlakulah demonstrasi.

Tetapi siapa yang menjadi mangsa?Rakyat Malaysia yang sedang belajar dan bekerja disana turut menjadi mangsa pergolakan di Mesir.Tidak ketinggalan anak saudara suami saya yang sedang mengikuti jurusan perubatan yang masih lagi belajar bersama suaminya turut terkena tempiasnya.Malam tadi saya cuba menelefon ibunya yang berada di Kelantan untuk bertanya khabar keadaan anaknya di sana.Katanya tengah malam nanti baru mendapat jawapan di mana mereka akan dipindahkan.Kalau tidak silap saya mereka (anak saudara dan suami) dan pelajar-pelajar yang lain berhimpun di dewan Malaysia.Memang mereka tidak dapat berhubung dengan kita,hanya kita sahaja yang dapat berhubung dengan mereka.

Akhirnya saya dapat mesej daripada ibunya mengatakan mereka selamat,mungkin tengah malam nanti akan dipindahkan ke Jordan atau mana-mana tempat selamat.Lega seketika.

Inoue dan suami yang sedang belajar di Cairo

Saya juga mendapat berita terbaru dari blog sufeenan tentang keadaan disana.Sungguh sedih mendengarnya.Betul katanya ramai yang tidak mengendahkan masalah pelajar kita di sana kerana menganggap bukan saudara mereka yang terlibat.Tolonglah sekadar yang mampu..

Juga berita terbaru dari blog ini.Banyak lagi blog yang memberi berita terbaru keadaan di Mesir.Harapan kita agar semuanya selamat.

Pesanan:Semoga kerajaan kita dapat bertindak dengan bijak.Selamat semuanya..hendaknya..

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...