Tuesday, February 22, 2011

Kuih Gonggok...


Ha ha ha..mesti macam nak gelak dengar nama kuih ni kan.Jangan nak gelak ye.Tapi apa saya nak buat makcik tu yang ajar dan beritahu nama kuih ni kuih gonggok.Saya belajar kuih ni kat Kelantan,tapi bila saya tanya orang Kelantan sendiri,diorang tak pernah lak dengar nama kuih ni.Habis tu cam ne?

Saya pun nak 'derhaka' (perkataan ala-ala Cik Mat Gebu ) jugak lah kat nama kuih dia.Saya bagi nama kuih ni kuih gulung goreng boleh?Apa pun nama yang hendak diberi terserah anda....

Meh kita tengok resepinya.

Bahan-bahan:(Inti)

5 ekor ikan selayang (ikan sardin)
1 labu bawang merah (besar) (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (diketuk je)
1 sudu cili kering (rata)
garam,aji dan sedikit gula

Cara-caranya:(Inti)
1.Rebus ikan dengan 2 keping asam keping dan 1 sudu garam.
2.Setelah masak,perisi ikan-(asingkan isi ikan dari tulang).
3.Hancurkan isi ikan.
4.Panaskan 3 sudu besar minyak masak.Masukkan bawang putih,kemudian bawang besar goreng hingga layu.Masukkan cili kering.Masak hingga cili masak.
5.Masukkan ikan.
6.Garam,aji,gula.Sesuaikan rasa.Masukkan dalam bekas.



Sekarang jom tengok macam mana nak buat dohnya pula.

Bahan-bahannya:

1/2 bungkus mauripan (atau 7 gram)
2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 sd bsr marjerin

Cara-caranya:
1.Masukkan air dan yis,kacau rata.
2.Tepung sedikit,marjerin,gaul rata,tepung lagi sehingga doh lembut tak melekat kat tangan dan bekas.(yang ni kena agak-agaklah tepung tu.)
3.Biarkan dalam bekas setengah jam,doh akan mengembang 2 kali ganda.

Setelah setengah jam berlalu:

Ambil sedikit doh.Bulat-bulatkan. Letak atas dulang.Buatkan sampai habis adunan doh tu.

Kemudian:

amik satu doh,canaikan...
amik sedikt inti letak memanjang...




gulung separuh..sebelum habis gulung buat 3 garisan guna pisau jangan sampai putus...
gulung habis...dia akan timbulkan garisan tadi..lepas ni biar doh mengembang lagi(dalam 10 minit gitu)..
dah tu,,goreng dengan minyak yang banyak...(malunya..kualiku hitam-tu tanda rajin masak tau)

tadaaa...dah siap...makan panas-panas memang syokkkk....
Kalau nak frozen kan,goreng sekejap,jangan sampai kuning,putih je..masukkan dalam plastik ,masuk peti sejuk beku.Apabila nak menggoreng keluarkan,nyah beku sekejap je...goreng sampai kuning.

Pesanan:Memang nampak remeh sikit nak buat,tapi kuih ni lembut dan sedap.Cubalah!

12 comments:

  1. assalam...uish tak pernah dgr lagi kuih nie...hu3.nampak besh, nak sepinggan...hu3

    ReplyDelete
  2. ohhh..
    kuih gonggok eh name die. hahaha

    ReplyDelete
  3. hish,,,lelaki komen resepi akak?...cam tak caya je...

    Adam-memang sedap..lagi-lagi makan panas-panas

    SyedGraphix-sebut betul betul..gonggggokkkkk...tau...suka kau ye...

    ReplyDelete
  4. Nama baru ni.. tak pernah dengar.. Mcm sardin roll juge la ye..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    ReplyDelete
  5. kak..kuih apa ni..heheh..dh la comel..geli plak akak kata kuih gonggok..tukar la nama lain..kuih kaki baby sbb ada kerat2 mcm kaki baby.hahaha

    ReplyDelete
  6. nur&mrsfaizal-ok lah tu...jangan tukar ..marah tuan dia kang...he he...

    ReplyDelete
  7. sudah tukar ka?!
    saya pernah makan ni.. suka sgt..
    saya panggil ja sardin gulung..
    tapi xpasti org panggil nama apa..he3 nt nak cuba la

    ReplyDelete
  8. @Sofya-kalau tak silap akak kuih gulung sardin tu keras sikit,akak penah beli kat KL...tapi kuih ni lembut tau...nanti dah cuba jangan lupa promote blog akak sekali yek...he he he

    ReplyDelete
  9. cik kak...bukan kuih gonggok.....ni kawe panggil kuih sardin gulung jah...x dok gonggok2 pong...patutlah set2 kawe x kenal.....adoyaiiiii...

    ReplyDelete
  10. sje2 je gtal pg tulis nme kuih ni cri..ade gak org tau kuih ni..memang ade yg panggil kuih ni gonggok..dlu penah jugak blaja cre buat dri sorang mak cik jual kuih..kalo tak silap die kte asal dri sarawak kuih ni n memang panggil gonggok kat sne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh asal sarawak ye...saya pun tak tahu...

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...