Thursday, January 06, 2011

Perbualan ringkas dengan anak berumur 4 tahun


Main sorok-sorok ye..

Pagi ni, kat Lipis hujan. Renyai-renyai je. Sejuk. Kalau duduk saja tak buat apa,asyik makan je lah. Macam mana nak mencapai target untuk menurunkan berat badan barang sekilo dua.

Ini yang saya buat. Menemuramah anak sendiri yang berumur 4 tahun.

Umi: Adik nak pegi sekolah tak?

Adik: Nak.

Umi: Adik nak buat apa kat sekolah?

Adik: Adik nak minum air.

Umi: Takkan nak minum air je. Yang lain?

Adik: Nak makan kuih pulak.

Umi:Nanti kalau adik nak kencing nak cakap macam mana kat cikgu?

Adik: Nak cakap, cikgu nak tenting. (kencing)

Umi: Kalau sakit perut nak cakap macam mana kat cikgu?

Adik: Tak tau lah. (sambil tekan-tekan handphone kat tangan dia)

Umi:Eh! mana adik ni? (sambil menaip)

Adik: Adik dah hilam.(hilang).

Rupa-rupanya bawah meja dengan si kecik.

Umi: Adik suka pengantin tak?

Adik: Suka pengamtim zahid.( pengantin, shahir(merujuk penyanyi af tu)

Umi: Adik nak tinggalkan umi ke?

Adik: Kat mana?

Umi: Ye lah. Adik kan nak pergi sekolah,nak tinggalkan umi ke?

Adik:Ye lah. (sambil main kotak pulak).

Umi: Adik tak sayang umi ke?

Adik: Sayamlah.(sayang),tapi adik nak main-main.

Umi: Dahlah malas nak cakap dengan adik.

Adik: Kenapa umi tak nak cakap?sebab adik buat apa?

Umi : Dahlah malas dah umi.

Adik: Kenapa umi?kenapa umi tak nak cakap?

Umi: Umi nak pegi memasaklah.

Adik: Butam masak,buat teje.(bukan masak buat keje).

Begitulah lebih kurang bercakap dengan budak pelat ni. Sebab tu saya tak hantar pergi sekolah lagi, walaupun dah dapat surat tawaran tabika. Biarlah dulu. Nanti tahun hadapan 5 tahun bolehlah hantar. Lama sangat kat sekolah jemu pula nanti.

Pesanan: Adik merujuk pada Anis.Dia bukan yang bongsu,anak ke 5,tapi sudah terbiasa membahasakan dirinya adik.

10 comments:

  1. siapa loghat "adik" ada skali..
    eheheheee

    ReplyDelete
  2. kadangkala bila mendengar perbualan anak-anak ni mengingatkan kita semasa kita kecil2 dulu.. bila pelat tu siap ada yang mengejeklah dan macam-macam lagi...hari ni bukan budak kecik, penyanyi kita pun ada yang pelat jugak sebab nyanyi siap nak slang-slang

    ReplyDelete
  3. mie-adik tetap adik..

    jomsantaisekejap-slang ngan pelat sama ke? penyanyi tu sengaja meng'slang'kan perkataan..tu yang slang-slang tu..he he

    ReplyDelete
  4. kalau anak tu aktif ok lah tu. sebab bila dah masuk tadika nanti dia leh ikut kawan-kawan je.

    ReplyDelete
  5. Hahahaha...pandai buat lawak. Memang pelat dgn slang tak sama. Cuma sebutan dia kita katogerikan sama jugalah sebab tak bercakap dengan bunyi yang betul... ada betul?

    ReplyDelete
  6. Syarih-anak saya ni kuat menangis juga..biarlah dia tak sekolah lagi..tahun depan dah matang sikit..kot2 lah

    jomsantaisekejap-betul!betul!betul!(upin ipin cakap)...he he he

    ReplyDelete
  7. cute...munna suka layan budak2 yg pelat ni...seronok

    ReplyDelete
  8. munna-mujurlah anis tak pelat sepenuhnya...sesetengah perkataan je..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...