Friday, August 03, 2012

Jemputan pertama berbuka di luar

Semalam sekolah suami mengadakan jemputan berbuka bersama keluarga cikgu cikgi.Jadi kami tak melepaskan rezeki yang Allah beri ni.Maknanya tak bersilat sangatlah kat dapur petang semalam.Cuma buat puding roti sahaja.Takkan lah nak lenggang kangkung je kan pergi berbuka sana.

Inilah sajian ringkas dan tidak membazir yang disediakan di sekolah suami.


Antara menunya ialah kari ayam,sayur campur telur dadar dan pisang.Lauk dan kuih muih yang lain dibawa oleh keluarga cikgu cikgi untuk memeriahkan lagi meja makanan.Diorang pun bawa sikit sorang jadi dapatlah merasa pelbagai menu.Kalau dah duduk kat Pahang,memang tak sah kalau takde lauk ikan patin masak tempoyak.Sedap pula tu.Cikgu mana lah yang bawa tu ye.


Tak ramai sebenarnya guru-guru yang hadir,mungkin ada anak kecik-kecik,payah agaknya nak berbuka.Mungkin lebih baik berbuka di rumah.Sebab saya tengok kebanyakan yang hadir anak-anak dah besar belaka dan dah boleh berjalan kalau yang kecik pun.Termasuklah saya anak dah besar belaka,tak perlu didukung dah,nasi pun suap sendiri.he he he..Saya pun boleh makan dengan tenang.

Waktu macam ni lah baru nak kenal mana ahli keluarga cikgu cikgi,kalau tak  jika berselisih bahu pun tak kenal.Saya juga berkesempatan bergambar dengan kawan yang paling lama saya bersahabat sejak saya duduk di Kuala Lipis,Pahang ni.Masa ni juga lah kalau nak berjumpa dan berbual mesra,biasa pun hanya melalui telefon je.Hampir 10 tahun persahabatan kami,masih utuh lagi,tak pernah bergaduh langsung!

Inilah keajaiban sesuatu majlis yang dibuat,mengeratkan lagi tali persaudaraan.Yang jauh kita dekatkan,yang dekat kita mesra-mesrakan...wah...macam pernah dengar je ayat tu...kih kih kih...Alhamdulillah!!,

Pesanan:Saya suka berkawan ramai tetapi akan mencari seorang sahaja untuk meluahkan perasaan.

13 comments:

  1. dni setakat ni belum berbuka kat luar lagi.. besok berbuka kat sekolah asben hehe

    ReplyDelete
  2. blm lg brrbuka kt luar..tggu akhir2 pose kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa pun akhir-akhir puasa banyak jemputan kan,,,

      Delete
  3. wahhh besttnya dapat berbuka ramai ramai mcm tu kannn ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best mak dara...jumpalah orang baru kenal dan member lama

      Delete
  4. eh, cikgu ke? saya pun...a ticer to be..hihi
    semalam pun berbuka kat luar...jemputan berbuka utk keluarga dan staf majlis daerah

    ReplyDelete
  5. Seronok macam dah raya pulak kakak tengok:)
    Kakak bulan ramadhan memang tak makan di luar tapi beli makanan di luar hari-hari sebab kakak cuti masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kakzakie..elok makan dirumah kebersihan terjamin...baru2 ni anak sedara kena keracunan makanan beli makanan kat luar ..habis anak beranak kena masuk wad kat spital...

      Delete
  6. meriah..makanan tu macam-macam ada..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka buat sajian utama 3 lauk je...yang lain2 tu keluarga cikgu bawa sikit2..

      Delete
  7. berbuka ramai2 mmg best.menu ringkas jadi sedap.disamping beramah mesra, dpt juga eratkan siraturahim kan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...