Saturday, October 05, 2013

Mentega SunBear sinonim dengan Suria FM

Kalau pulang ke kampung suami di Kelantan pasti selalunya hujung minggu,biasanya hari Jumaat petang bertolak tengah malam baru sampai.Jadi selalu jugalah saya buka siaran radio SuriaFM.Memang lagu-lagunya syok kalau dengar masa duk dalam kereta.Kena pulak buka tingkap,angin menerpa masuk,saya bayangkan seperti dalam video klip gamaknya...hahahaha (berangan)



Biasa kalau sebelah petang DJ Linda Onn lah selalu berkumandang dalam segmen nya Ceria Petang Di Suria. Celotehnya yang bersahaja dan pertuturan yang lancar,memang sedaplah mendengarnya.Bila tiba tang iklan,selalu sangatlah saya dengar iklan tentang mentega kacang SunBear ni.Kadang-kadang saya dan suami saling berpandangan sambil tersenyum.Kami tak berkata apa-apa.Entahlah biarlah diri kami sendiri yang mentafsirkan dalam hati masing-masing.Yang mana pernah dengar iklannya,boleh tahu kot.Takde apa-apa pun yang pelik tau.Saja je..



Dek kerana saban hari kalau terbuka je siaran ni,ada je iklan ni,semalam saya terpengaruh juga nak pergi mencarinya di pasaraya rumah saya.Hasilnya saya beli perasa terbaru mereka mentega kacang bercoklat tu.Anak-anak memang suka apatah lagi kami mak ayahnya.hehehe...Memang sedaplah.Rupanya iklan yang keluar banyak-banyak kali ni,antara penyebab orang ramai nak mencuba produk mereka ni.Betul tak?

Yang bagusnya tentang SunBear ni ianya ada tanda Halal Jakim dan juga pengeluar produk ini iaitu Syarikat Delima Oil Products Sdn Bhd dimiliki oleh orang Islam.Kalau bukan kita orang Islam nak sokong siapa lagikan.Siap ku promote lagi ni.

Ok cerita lagi pasal SuriaFM.Satu lagi siaran SuriaFM yang saya dan suami suka dengar pada tengah malam bila berada di dalam kereta ialah Suria Cinta bersama Dj Lin.Tak boleh tahan dengar suara Dj Lin yang mendayu-dayu dan romantis pada tengah-tengah malam tu.Heheheh,kadang-kadang dengar celoteh pendengarnya yang meluahkan masalah pun buat saya dan suami saling berpandangan dan senyum-senyum.Macam-macam rupanya masalah cinta diorang ni.

Panjang betul entry ni ye,korang skip je lah kalau malas nak baca.Tak de penting mana pun.

Pesanan: Laju roti rumah ni habis dek penangan mentega sunbear...hahahaha...



11 comments:

  1. berjaya lah kiranya taktik pengiklanan sunbear nih sampai dpt promosi free drp ummi yg baik hati ... sesekali nak try dgr suria lah . saya suka dgr pengalaman cinta org ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...FOC tau...hehehehe cubalahh dengar waktu tengah malam...

      Delete
  2. Bagus...ada juga produk orang islam buat mentega kacang. Boleh beli nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check juga,kadang-kadang nama jenama ala-ala Melayu,tapi bukan orang Islam punya...

      Delete
  3. Ada keluar dalam rancangan tv kat astro ceria dulu, dia tunjuk kilang sunbear ni. Proses nak buat peanut butter ni. Tapi dah lupa tajuk rancangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak tengok iklan kat tv tu Lyd..terlepas pandang kot..

      Delete
    2. ada tunjuk kilang sunbear ke? kilang dia kat mana tu? berminat plak nak tau..nama SUNBEAR dah ala-ala western kan hahah

      Delete
  4. hehe kak jangan lupa sebelum makan selain baca doa makan kena nyanyi2 skali tau hik3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyolah....kang peliklah anak akak tengok kang..hahaha

      Delete
  5. Myra petang2 balik keje wajib buka suria kalau dengar suara Linda, memang best :)
    Klau bukan Linda myra akan switch radio lain..hehee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...