Tuesday, September 17, 2013

Gulai Lemak Ikan Merah yang sangat simple

Ada seketul ikan merah yang tersimpan dalam peti.Habis idea nak masak,masak kari dah sudah,goreng gitu je pun sudah.Jadi hari ni kita masak lemak cili api pula.Mesti sedap.





Bahan-bahan:
1 keping ikan merah (isi tebal ni)
1 labu bawang besar
9 biji cili api (nak pedas tambahlah lagi)
Sedikit kunyit hidup
2 batang serai (kalau besar 1 batang cukup)titikkan je
Santan (1/2 biji kelapa)
1 keping asam
garam dan aji secukup rasa.

Cara memasaknya:
1.Blender bawang,cili api ,kunyit,asam keping dan serai masukkan dalam periuk sederhana besar.
2.Masukkan santan.Panaskan periuk dan kacau-kacau selalu santan tu,nanti pecah minyak pula.
3.Agak-agak dah mendidih,masukkan ikan merah tu,curah2kan santan atas ikan sambil kacau santan.Api kecilkan.
4.Rasa ikan dah masak dalam 10 minit tu,bolehlah masuk garam dan aji,rasalah sesedap rasa.

Siap,makan dengan nasi panas.Lauk tu je hari ni.Tak sempat nak masuk dalam pinggan.amik dalam periuk je...

Pesanan: Masak simple,cepat boleh makan.

7 comments:

  1. kalo ada telur ikan sedap kan,,hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Kena pula dgn nasi panas...Ummi lalu depan mata pun saya xpandang dah! :)

    p/s: Permintaan anda bertuah le...sila lihatnya di relaks minda

    ReplyDelete
  3. sedapnya... klu gulai lemak munna suka pedas2

    ReplyDelete
  4. @tirah zain-saya tak pernah makan telurnya,sedap juga ye

    @Zawiah- lagi peda lagi kaw kan!

    @BM- memang sedap,kalau saya lalu depan mata jangan pandang,marah isteri awak nanti...heheheh
    p/s:saya dah jenguk dah tq ye..

    @munna- memang lagi pedas lagi sedap munna..

    p/s:saya tak tau kenapa reply saya tak berfungsi..huhuhu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...