Saturday, October 20, 2012

Mesti gamat malam ni!


Malam ni sangat mendebarkan!Pasukan yang cuba merebut menjadi juara Piala Malaysia antara ATM dan Kelantan adalah pasukan yang bagi saya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bagi yang tak dapat pergi stadium,tengok kat TV pun dah memadai.Ada juga yang menontonnya melalui layar gergasi bersama penyokong-penyokong lain.Ha macam kat tempat saya ni lah.Mereka seawal lepas solat Asar dah mula berkumpul dan bergotong royong untuk memasang khemah dan layar gergasi kat bawah tu untuk menonton dan bersorak ramai-ramai sekaligus menyokong pasukan mereka.

Kebanyakan guru-guru kat sini ramai dari Kelantan,jadi setakat nak kumpul penyokong Kelantan kat sini pun dah ramai.Beria-ia saya tengok gelagat mereka sanggup panjat tangga nak pacak bendera Kelantan.hmmm..semangat betul!

Tapi ada juga berita yang mendukacita tentang penyokong Kelantan seperti yang tersiar di Berita Harian.Kemalangan motorsikal yang terbabas berlaku di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis,dekat tu dengan tempat saya.Seorang maut,seorang cedera parah.Berhati-hatilah wahai pengguna jalanraya semua.

Takziah kepada keluarga mangsa.Semalam hari Jumaat,kawan lama suami saya sempat singgah di rumah untuk tumpang solat.Katanya,masjid,surau,stesyen minyak juga hentian penuh dengan ramai orang.Mereka kebanyakannya semua nak ke Shah Alam.Alhamdulillah,bola bola juga...solat jangan tinggal.

Apa-apapun jadilah penyokong yang berhemah!no laser-laser...no baling-baling botol air and no bakar mercun!no ! no! no!

Selamat Berjuang!Kalah menang adat perlawanan.

Pesanan:Saya tak kisah pun siapa menang,saya tumpang gembira je.Tak sabar nak tunggu malam ni!


8 comments:

  1. assalam UA..Al-Fatihah buat arwah..ehem betul semuga semuanya berjalan lancar..mama tak minat bola..hu2x..tapi tgk keputusan kat berita je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama...semalam nampaknya berjalan lancar..dari segi penyokongnya lah...

      Delete
  2. Replies
    1. saya bukan orang kelantan tapi suka permainan mereka..menang juga ye

      Delete
  3. wahhhh gomo kelate gomooo menang....hehe saya dua dua bleh..atam bleh kelantan punnnn bolehhh hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...