Monday, November 28, 2011

Kenduri Kahwin di Kuantan

Saya memang sangat sibuk dalam minggu ni.Selepas selesai satu urusan di Kelantan,saya pulang ke Kuala Lipis kemudian menghadiri kenduri kahwin di Chegar Perah pula sabtu 26/11.Esoknya saya ke Kuantan pula menghadiri perkahwinan sepupu di Jalan Bukit Setongkol.Selesai disitu,saya bergegas ke Temerloh pula menghadiri satu lagi majlis perkahwinan adik kepada jiran saya.Fuh!Memang perjalanan yang letih.

Saya ingin bercerita tentang perkahwinan sepupu saya iaitu anak kepada arwah abang mak saya.Saya memang harus menghadirkan diri,kerana sepupu saya sudah bergelar anak yatim sejak kecil lagi.Arwah pak long saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Kini yang menguruskan anak-anak adalah mak long.

Sudah kebetulan di Kuantan saya tergerak hati untuk menghantar mesej fb kepada blogger yang di Kuantan macam kak ni-arianasstorys.blogspot.com.Tapi bukan rezeki agaknya,mesej saya tak berbalas.Takpelah mungkin lain kali.

Jomlah tengok sebahagian gambar kahwin sepupu saya.

Sepupu saya yang lelaki..katanya pasangannya juga orang Pahang.

Saya pun turut bergambar di meja pengantin.


Antara kenalan dan saudara mara yang hadir

Cuti sekolah bermula walaupun hujan tak menentu,kenduri tetap berjalan.Kena plan betul-betul biar tak bertindih hari dan waktu majlis kahwin yang sama.

Pesanan:Kalau sesiapa rasa nak jumpa saya hantar je kat email saya.Bolehlah berjumpa kalau kebetulan kita di tempat yang sama.

4 comments:

  1. Sallam Ida,

    Penat yee, banyak jalan2,
    tapi seronok kan dapat bertemu saudara mara dan rakan2.

    Baru tengok butik Ida, cantik2 baju
    kat sana ye..

    ReplyDelete
  2. sibuknya ummi dgn majlis..maklumlah sekarang tgh cuti sekolah..semua org sibuk mengadakan majlis..he2x..tahniah buat sepupu ummi..semuga berkekalan selamanya..amin..

    ReplyDelete
  3. musim cuti sekolah memang penuh dengan jadual kenduri..

    pssstttt..dkna dah pos cheese akak..lambat sampai sebab posmen bercuti pergi kenduri kawen...heheeee

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...