Tuesday, May 10, 2011

Apa Menu Tengah hari?


Daging Paprik Ala Arissa

Bahan-bahan:

Semangkuk daging (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih(dititik)
1 labu bawang merah besar/bawang bombay (dihiris bulat)
1 sdb cili kering (diblender)
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
sedikit kicap
sebatang serai
daun limau purut

Cara memasak:
Mudah je:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak,masuk serai,daging.Goreng sebentar.
2.Masuk cili kering,goreng sebentar,kemudian masuk semua sos dan kicap.
3.Kacau hingga pekat,nak kuah tambah air,nak pekat lagi tambah sos cili.
4.Akhir sekali masuk daun limau purut dan bawang besar.

Dah siap!Kalau tengok gambar ada sayurankan,tambah ikut citarasa sendirilah.Campak-campakkan aje.Tak perlu letak garam dan gula.dah sedang elok je rasanya.

Nama daging paprik ni sempena nama si bongsu Arissa.Saja letak nama dia.Esok-esok dia mesti terkenang selalu.he he he..Hah!kalau nak gantikan ayam pun boleh,nak lagi sedap tambah sedikit belacan,Awas! Yang alahan macam resdung tu,jaga-jaga lah.

Selamat Mencuba!

Pesanan:Saya alahan makanan laut juga,tapi saya bedal juga...

3 comments:

  1. kesian anis....sejak arissa hadir ke dunia ni...dia tak lagi dipedulikan. takpe anis, maksu ada...weeeee

    ReplyDelete
  2. siapa kata tak ingat,sebab sentiasa ingatlah akak letak gambar dia dalam blog.

    ReplyDelete
  3. fa kalau wat paprik ni suka seafood. pastu letak macam2 sayur - carrot/bunga kobis/kacang. adoi, terliur dibuatnya ^__^

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...