Kek Chocolate Moist
Inilah antara mereka yang sempat menghadiri kursus membuat kek.Tak ramai tapi riuh juga.Lagipun rumah kosong tiada perabot,bergaunglah bunyinya.
Saya ni masa nilah,gatal kaki,ni gambar candid ni...anak perempuan jadi jurukamera.Jangan bimbang,kejap-kejap saya ke sinki basuh tangan.Kenalah bersih sikit.
Walaupun saya sudah boleh membuatnya,tetapi saya ingin memberi sokongan kepada program yang dijalankan.Dengan hanya bayaran serendah RM10,takkan saya nak lepaskan sahaja ilmu yang mungkin ada yang tidak saya ketahui.Adalah juga aktiviti tahun ni.
Ha,dalam loyang ni adunan kek yang sudah siap dibancuh oleh kami tadi.
Yang ini pula kek coklat yang sudah siap dikukus.Nak bubuh topping je atasnya.
Salam.
ReplyDeleteSioknya ada program macam ni.
Saya baru jer try tadi masak kuih, tak jadi pulak. Hehehehehe....
Daripada:
Ain Syuhada@Zezebel
zezebel.blogspot.com
waaa,bestnye kek coklat...feveret aisya ni...:)
ReplyDeletesalam...
ReplyDelete@BAJU KURUNG BUDAK DAN nur aisya humaira....ada satu-satu perkara kita kena buat hingga berjaya...jangan cepat putus asa...kek cokelat ni memang sedap...nanti akak bagi resepinya bila ada masa..