Tuesday, May 31, 2011

Mee Hoon Goreng Sosej


Menu apa pagi ni?Peti ais di rumah dah lama kosong.Bahan mentah dah habis.Hanya ada sosej sahaja.Itupun beli cadang nak buat roti pizza.Tak juga buat.

Masak mee hoonlah pagi ni,dari takde apa nak makan.

Bahan-bahan:
1/2 bungkus mee hoon (rendam air)
5 batang sosej(potong kecil)
2 sdb cili kering (yang dah dikisar)
1 biji telur
1 labu bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sayur sawi
garam dan perasa
sedikit kicap manis

Cara-caranya:
1.Panaskan minyak,masukkan bawang yang ditumbuk
2.Kemudian masukkan cili kering.Masakkan sekejap cili tu.
3.Masukkan sosej.Gaullah sebentar.
4.Masukkan garam dan perasa,pecah kan telur kacau sikit.
5.Masukkan mee hoon dan sayur.Kacau hingga sebati.
6.Sedikit kicap manis.
7.Sudah siap.

Pesanan:Sedap je.Asalkan cukup masin manisnya,kira jadi lah tu.

Monday, May 30, 2011

Donut di mana?

Posing dahulu sebelum makan

Semalam juga saya dan anak-anak cuba makan donut di Big Apple and Donut di Jusco Setiawangsa.Budak-budak ni termasuk maksu diorang dah tertahan melihat bermacam-macam jenis topping yang menarik di atas donut tersebut.

Saya dah biasa buat,tak lah teringin sangat nak makan,cuma saya sempat melihat secara dekat bagaimana corak topping di atas donut dibuat.Bolehlah cuba buat nanti.


Tak tertahan hati lihat macam-macam jenis topping kat atas donut ni...

ni yang jenis ala-ala Jepun..apa ek namanya..tak ingat dah..
Apa yang penting HALAL....
Antara donut yang dibeli...saya marah kat anak-anak sebab beli jenis yang sama sampai 3...beli lah lain-lain boleh rasa sikit sorang....

Pesanan:Yang seronoknya makan kat sini...ada orang belanja...he he he sape lagi kalau bukan maksu dia....kita makan je lah....

Sunday, May 29, 2011

Bergambar dengan 3 artis dalam sehari...

Hari ni ajak anak-anak dan adik selaku driver berjalan ke Jusco AU2 Setiawangsa.Maklumlah cuti sekolah sudah bermula.Mereka ingin melihat dari dekat rumah kaca Akademi Fantasia yang sering mereka lihat di kaca TV.

Bergambar di hadapan pusat membeli-belah...



Mula-mula berjumpa Aznil @ Pak Nil.......



Anak-anak juga turut bergambar bersama....
Kemudian dihadapan rumah kaca Akademi Fantasia.......


Kemudian sewaktu nak balik rumah,terserempak Johan sedang shooting,kami patah balik dan berhenti semata-mata untuk bergambar.Nasib kami baik,tidak menganggu shooting mereka,sebaliknya mereka tolong ambilkan gambar kami.


Anak-anak bergambar sekadar je.....

Yang ni pula,setelah Shahir digosipkan dengan Rozita Che Wan,kini digosipkan dengan wanita dibawah ni pula....oppsss...terlebih sudah...cite tipu je...amik jugalah walaupun sekadar patung tak bernyawa...
Ni artis ke-3 lah ni...he he he

Puas hatilah berjalan-jalan sambil makan donut sedap.Dimana donut sedap tu?Nantikan entry seterusnya.....

Pesanan: Anak-anak saya boleh lihat sahaja AF 9 sebagai hiburan sampingan,tetapi untuk meniru gaya hidup mereka ditegah sama sekali......



Sosej Masam Manis

Sosej Masam Manis

Bila dah habis lauk kat peti sejuk,tinggal sosej je dalam peti.Jadi saya cipta je resepi sendiri.Jom tengok.

Bahan-bahan:

10 batang sosej (dipotong 3)
2 biji ubi kentang (dipotong bulat nipis)
5 biji tomato kecil yang comel
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sdb cili kering (yang sudah dikisar)
5 sdb sos cili
2 sdb sos tomato

Cara-cara Memasaknya:
1. Goreng sosej dan ubi kentang dahulu,ketepikan.
2. Masuk sedikit minyak dalam kuali,tumis bawang tumbuk,masuk cili kering,goreng masak sekejap.
3.Masukkan sos cili dan sos tomato, bawang besar.Gaul sekejap,tambah air sedikit jika ingin berkuah.
4.Masukkan ubi dan sosej,gaul sebati,taburkan secubit garam,tomato comel,gaul sekejap.Angkat.

Hmm...sudah siap.Hidangan mudah dan ringkas juga moden.Cubalah!

Pesanan:Anak-anak suka sangat makan ni...


Thursday, May 26, 2011

Kebakaran Kecil Berlaku di Sana

Berita dari Cameron Highlands.

22Mei2011 (Ahad)

Sekumpulan peserta Motivasi Kem Slim yang sedang asyik membakar ayam sebagai hidangan teristimewa di akhir sesi motivasi tidak menyedari bahawa jaring yang digunakan untuk membakar ayam terbakar akibat api yang marak.

Menurut saksi kejadian, mereka ternampak api yang tiba-tiba menjulang naik yang menyebabkan jaring itu terbakar.Walau bagaimanapun tiada kehilangan nyawa dilaporkan.Tetapi terdapat sedikit kecederaan hitam legam di beberapa tubuh beberapa ketul ayam yang sedang dibakar itu.Jaring tersebut tidak disiram air.Menurut cikgu yang terlibat,jika air disiram ia tidak akan memadamkan api,sebaliknya memarakkan api.(????)Lantas dengan kecekepan peserta disitu, jaring tersebut hanya dialihkan di atas rumput berdekatan dengan harapan api terpadam.


Beginilah keadaan cemas sewaktu jaring membakar ayam terbakar.

Kemudian mereka meyambung semula membakar ayam sehingga selesai.

Inilah ayam bakar sebelum kejadian jaringnya terbakar.

Begitulah laporan khas dari Berita Tidak Bernama.

Pesanan:Ok...ok...habis dah cite Cameron Highlands...takde dah...janganlah marah...

Kem Motivasi di Cameron Highlands

Kem Motivasi memang sangat sesuai dilakukan di Kem Slim yang terdapat di Kg Taman Sedia,Cameron Highlands.Ini kerana selain dari memotivasikan diri untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma ia juga menguatkan fizikal kita dimana cabaran menghadapi kesejukan di tanah tinggi dari segi emosi.

Itulah yang telah dilakukan oleh sekolah suami dalam memotivasikan anak muridnya,malahan kedatangan kami sekeluarga juga memberi peluang juga kepada anak-anak kami sendiri untuk memotivasikan diri mereka juga.

Boleh berkhemah juga disini.Tapi pelajar-pelajar sekolah suami tidak berkhemah sebaliknya tinggal di sebuah rumah.

Ha, nilah pelajar-pelajar yang turut serta.Mereka nampak begitu semangat sekali.Tetapi displin tetap dijaga.

Antara motivator yang dijemput. Ha,bukan senang nak jemput motivator pun.Jauh nun dari Terengganu datangnya.

Ini giliran suami pula.Semangat je mendengar tu.Faham ke tidak tu?


Anak-anak masa babanya ceramah,sibuk jugalah disitu.Nasib baik kawasan luas.Jadi tidak menganggu babanya.


Kawasan rumah yang dikhaskan untukdijadikan sidang dewan makan bersila. Disamping bersolat disini.


Macam mana?Seronok tau.Bolehlah sesiapa yang bercadang nak berkhemah ke,nak buat program apa-apa ke,ha, pergi je ke Kem Slim.
Tetapi kenalah berurusan dengan Pejabat Tanah di sana dulu kot.Ikut prosedur.

Pesanan: Walaupun dah banyak kali ke Cameron Highlands,kami tak pernah masuk ke Kem Slim tersebut.Ada kem sebegini bolehlah kami masuk melihat keadaan sekitarnya.


Wednesday, May 25, 2011

Penginapan di Cameron Highlands

Di Cameron Highlands kami telah dibahagi-bahagikan kepada 2 kumpulan untuk 2 apartment.2 keluarga dan bujang satu apartment.Keluarga saya dan sebuah lagi keluarga kawan suami dan 2 orang bujang wanita ditempatkan di Apartment Lily yang terletak di Tanah Rata.

Semua peralatan memasak disediakan,termasuk pinggan dan cawan.Jadi mudah bagi kami untuk memasak di ruangan yang disediakan.Kami hanya menyediakan bahan mentah sahaja.Peti sejuk ada tau!Lengkap seperti rumah.
Apartment yang dimiliki oleh sepenuhnya penduduk beragama Islam ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Saya telah memilih bilik utama yang mempunyai bilik air didalamnya memandangkan mempunyai ahli keluarga yang ramai.Toto dan bantal tambahan juga disediakan.Memang selesa dan amat memuaskan hati.Sejadah dan arah kiblat juga disediakan.
Ini ruangan makan.Tak perlu besar-besar mejanya,ini pun sudah cukup.
Tv disediakan bersama dekoder astro,tetapi kad astro kita bawa sendirilah.Ruangan isitirehatnya cukup selesa,walaupun nampak kecil.
Amat mudah untuk ke bandar dari tempat tinggal saya itu.Tak sampai 5 minit.Jadi pada sesiapa yang teringin ke Cameron Highlands bolehlah cuba menempah apartment ni yang sesuai untuk keluarga besar seperti saya.Boleh jimat wang sedikit dengan memasak sendiri.Nak makan banyak-banyak pun boleh.


Untuk menempah(promote lagi) bolehlah cuba hubungi no tertera di bawah:

012-5065795(En Azizi).

Harus diingat setiap kali kita menginap dimana-mana pun kebersihan perlu diutamakan.Elakkan pembaziran air dan elektrik walaupun kita kata kita dah membayar sewa rumah tersebut.Kebiasaan kami menginap dimana-mana sama ada di hotel atau di apartment,kami pastikan keadaan sama seperti sebelum kami menginap.Sampah-sampah kami buang.Bilik-bilik dikemas,tapi tidaklah sekemas sebelumnya.Tetapi sekurang-kurangnya kami mengemas sedikit.

Bagaimana?
Okaylah enjoy percutian anda!

Pesanan:Orang menilai anda dari ekspresi perlakuan anda yang pertama...betul ke?


Monday, May 23, 2011

3 hari 2 malam di Cameron Highlands

Kami datang lagi! Dah entah berapa kali dah kami bercuti di Cameron Highlands. Kali ni kami sekeluarga dan keluarga cikgu-cikgu yang lain, ke Cameron Highlands membawa pelajar-pelajar kelas mereka Kem Motivasi di Kem Slim,Kg Taman Sedia di Cameron highlands.Fuh!Jenuh menghafal nama kem tersebut.Memang slim lah saya nanti ni.he he he...Slim apanya,sejuk-sejuk kat sana makan tak berhenti,boleh slim ke???......


Kami hanya mengambil masa tak sampai 2 jam dari Kuala Lipis ke Cameron Hihglands melalui laluan Sg Koyan. Cepat je sampai berbanding ikut laluan Gua Musang.Bolehlah pergi selalu dah ada jalan baru.

Satu bas bawa budak sekolah, cikgu pula 4 buah kereta bersama keluarga masing-masing.Ada yang sudah bertolak pagi jumaat lagi dengan bas,manakala saya dan selebihnya bertolak selepas sekolah.

Macam biasalah ke pasar malam Brinchang, macam-macam ada merah-merah belaka...macam strawberi warnanya...tapi sori...yang ni tak boleh beli...sebab kat umah dah banyak dah...
Sayur wajib beli...Rm10...10 barang...beli jangan tak beli...
Baru je tahun lepas ambil gambar kat sini...ambil lagi...sementara huruf dia tak tertanggal lagi...
Hujan baru berhenti waktu ni...sejukkkk....tak pakai pun baju sejuk...
Bergambar dengan sahabat baik Pn suhaila dan anak-anak...di replika sayur-sayuran dan buah-buahan...Lucu pula bila anak dia kata "Ibu,agaknya diorang baja beratus-ratus kali,sebab tu buahnya besar"...lebih kurang gitulah ayat dia.He he he...lawak betul lah..

Cerita sikit-sikit dulu...ada lagi...kita simpan dulu...nanti kita story lagi ek...

Pesanan:Sewaktu di sanalah,kami juga mengetahui dari berita tv,tentang tanah runtuh di Hulu Langat yang mengakibatkan kematian anak-anak yatim.Al-Fatihah untuk mereka yang sudah pergi.

Friday, May 20, 2011

Petua:Membersihkan Botol Susu

Seringkali setiap kali kita nak membasuh botol susu terdapat keladak-keladak yang tidak terjangkau oleh jari-jemari kita untuk dicapai.Kecuali menggunakan berus khas untuk botol susu.

Bagi yang tidak ada alat tersebut,cara yang mudah adalah memasukkan sedikit beras ke dalam botol dan sedikit air,goncangkan botol tersebut. Akan hilanglah segala kekotoran pada botol tersebut.

Untuk mengelakkan pembaziran,gunakan semula beras tersebut,jangan dibuang,simpan.Basuhlah seperti biasa nanti.

Saya pula kebiasaan akan sumbatkan semua span(span kecil),ke dalam botol dan ambil lidi tolak-tolakkan hingga kedasar botol,bersih juga.Kemudian masukkan air sabun,goncang dan bilas semula dengan air bersih.Terpulang pada kecergasan otak masing-masing cara hendak mencuci botol susu atau apa-apa botollah.He he he

Selamat Mencuba!

Pesanan: Jarang sangat beli berus botol tu,asyik tertinggal je kalau dibawa ke mana-mana.

Thursday, May 19, 2011

Kaitan Penyakit Dengan Makanan

Ikan dalam kolam tak cukup zat pun boleh mati tau!

Saya nak berkongsi artikel di dalam majalah Mingguan Wanita keluaran Jun 2007.Majalah yang masih dalam simpanan saya itu,baru semalam saya membelek-beleknya,sekadar memenuhi bahan bacaan yang kurang di rumah.Keh keh keh...

Mari kita baca:

Anda mungkin mudah diserang penyakit,mudah berasa letih dan lemah, namun masih bingung mengenai puncanya.Kini,tidak perlu bimbang lagi kerana terdapat cara yang cepat dan mudah untuk mengatasinya.

  • Jika tubuh anda sensitif terhadap lebam, ini adalah petanda anda kekurangan vitamin C.Untuk mengatasinya amalkan minum segelas jus oren atau tomato.Atau,anda boleh cuba memakan mentah hirisan strawberi yang cukup kaya dengan vitamin D.Ini cukup membantu anda mengelakkan kesan lebam pada kulit anda.
(Perkara ni sering terjadi pada saya,kalau kita garu-garu tangan macam ada kesan calar puti-putih tu,orang kata kurang vitamin C,lagi satu kadang-kadang terdapat lebam-lebam di paha,orang kata kena sedut hantu-ish yang ni mangarut sikit,rupanya kurang vitamin D).

  • Jika anda mudah lelah,keletihan atau kelihatan pucat,anda mungkin kekurangan zat besi.Untuk mengatasinya,tambahkan sedikit jumlah pengambilan daging merah,daging putih seperti ayam dan sayur bayam di dalam makanan anda.Tubuh anda pasti kelihatan segar,fit dan anda tidak mudah berasa lelah lagi.

(Ha,biasa kita ni nampak pucat sebab orang kata tak ambil makanan pagi lah tu,atau kadang-kadang tak bermaya kita kata lah yang kita ni makan sikit je tengah hari tadi,padahal kurang zat besi).

  • Berhati-hati jika anda sering mengalami kekejangan otot. Keadaan ini menunjukkan anda sebenarnya kekurangan potassium.Oleh itu,anda cuba amalkan memakan pisang,kekacang atau kentang.

(Sebut pisang ni, eloklah kita makan lagi-lagi yang sembelit tu).

  • Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius,kulit sering mengalami ruam kemerahan atau bintik keputihan dikuku jari tangan,bererti anda kekurangan zink.Untuk mengatasi masalah ini,banyakkan memakan daging merah,sayur kacang buncis dan makanan hasil gandum.
(Dulu-dulu saya pernah dengar putih-putih kat kuku tu tanda rezeki,entahlah ler dengar kat mana,hmmm rupanya kurang zat daa...).

Jadi mana-mana yang boleh makan tu kita makan lah,demi kesihatan kita.

Pesanan:Semua makanan yang disebut di atas kegemaran saya.


Wednesday, May 18, 2011

Petua:Menajamkan Bilah Pengisar

Sila kongsi bersama-sama:

Bagaimana untuk menajamkan bilah pengisar?Cara-caranya adalah, Air batu ketul dipecah kecil-kecil.Masukkan dalam pengisar.Kisar seperti biasa.Biar sampai hancur.Buatlah kalau dah rasa pengisar tu dah tak tajam lagi.

Jangan lak memandai-mandai letak air sekali pula.Kemudian nak lagi best letak aiskrim dengan air berperisa pula.Haru tu...tu dah jadi ais blended..he he he...

Cubalah.Tak cuba mana tau.Dah cuba baru percaya kan?

Pesanan:Biasa dah kisar oren, kemudian letak ais batu letak gula dan sedikit air...sedap juice orange lah jadinya....

Tuesday, May 17, 2011

Hadiah Hari Guru


Selamat Hari Guru.....
Sampaikan tak cukup muat tempat....
Semalam hari guru dapatlah juga tempahan cupcake dari sekolah suami.Maka bertungkus lumuslah saya menyiapkannya selama dua hari.Lebih dari 150 cupcake saya buat dengan pertolongan anak-anak.
Ini gelagat guru-guru di sekolah rendah anak.Ha,bila lagi nak ketawakan guru...he he he

Entah apalah yang sedang dibincangkan oleh murid-murid nak pekenakan guru-guru mereka tu...

Pesanan:Biarku menjadi lilin,memberikan cahaya......

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru.....Cikgu!

Hari ni pasti kebanyakan blog menulis tentang hari guru yang memang disambut setiap tahun pada 16 Mei.Apa yang pasti siapapun kita,jasa-jasa guru tidak patut dilupakan.Memang terlalu banyak pengorbanan guru dalam mendidik kita.

Sememangnya rumah saya dikelilingi dengan guru-guru,sebab saya tinggal di Kuarters Guru...ha ha ha....





Anak-anak memang saya latih hargai guru dengan memberi sedikit hadiah sebagai tanda penghargaan,walaupun hanya dengan sebatang pen.Tapi disebabkan saya pandai buat kek,cupcake menjadi pilihan hadiah untuk guru mereka tahun ni. Juga tak lupa khas untuk suami tercinta "Selamat Hari Guru",semoga bertambah naik gaji guru.Adakah anak-anak ingat kat bapa mereka yang juga seorang guru...kita nantikan...He he he he...

Pesanan:Selamat Hari Guru untuk Cikgu Niena dan semua guru-guru Malaysia.

Sunday, May 15, 2011

Cokelat oh cokelat...

Sekarang ni selain dari cupcake,cokelat juga menjadi pilihan masa kini.Cokelat yang di bentuk dalam acuan khas,sangat menarik hati sehingga dijadikan antara barang hantaran.

Saya pun tak lepas juga untuk mencuba membuat cokelat sendiri.Saya memang gilakan cokelat.Anak-anak pun sangat suka makan cokelat ni.Saya beli cokelat compaund dan bekas acuan cokelat dan hasilkan cokelat untuk dimakan.

Antara hasilnya,buat untuk makan sendiri....


cokelat batang macam lollypop..
Berbagai bentuk dan rupa bekas acuan yang terdapat di kedai-kedai kek..

Pesanan: Cuba mencari yang terbaik....

Saturday, May 14, 2011

Ayam goreng kunyit pun sedap....


Kalau dah malas sangat nak masak,masak ayam goreng kunyit je.Tu pun kira rajin lagi tu.Sesuai untuk kanak-kanak.

Cikgu Niena bekal ayam mentah dah siap potong kecil-kecil untuk dimasak bagi anak bongsu kesayangannya makan.Katanya anaknya suka makan ayam.Saya pun lumur kunyit dan garam,potong bulat bawang besar,letak carrot sikit buat penyeri warna.Hmmm simple dan sedap.

Caranya,saya panaskan minyak,masuk ayam goreng-gorengkan kejap,masuk bawang besar,kemudian masuk carrot,agak-agak dah masak carrot tu,angkat je.Dah siap boleh makan.Habis semangkuk saya suapkan makan budak-budak tu dengan nasi panas.

Pesanan:Dah pening fikirkan lauk yang nak dimasak hari-hari...

Thursday, May 12, 2011

Tiada Lagi Dengkuran...


Kasihan kat anak saya.Sekarang ni selsema.Malam pula cuaca berbahang.Macam nak hujan tetapi tak hujan.Kepala anak panas,kadang-kadang keluar taik mata kehijau-hijauan.Dia baru setahun lebih usianya,mana nak cakap sakit ke apa.Tahu-tahu dia menangis.

Pagi semalam,dia tidur,saya lihat mulutnya terbuka sedikit,mungkin bernafas melalui mulut akibat selsema,kemudian ada dengar dengkuran.Saya ambil satu breathe right kids,saya tampalkan ke hidungnya.Sekejap je berkesan.Mulutnya tertutup dan tiada lagi dengkuran kedengaran.Baru selesa tidurnya.Lama juga tidurnya.
Cantikkan warna khas untuk kanak-kanak,nampak ceria..


Ini pertama kali saya cuba pakaikan kat anak.Selalu tengok iklan kat tv je.Kali ni saya cuba pula.Kalau sesiapa ada masalah macam ni,bolehlah cuba.Lawat laman webnya,http://www.breatheright.ca/ untuk maklumat lebih lanjut.

Pesanan:Tak cuba tak tahu,dah cuba nak selalu.

Wednesday, May 11, 2011

Untunglah kau...



Anak saya pernah berkata kepada saya,"Umi,kawan kata untunglah kau mak kau pandai buat kek,tak payah beli,free je". Macam tu lah lebih kurang.

Anak saya juga pernah berkata kepada saya, "Umi,kalau kek birthday anak orang lain umi buat,tapi anak sendiri tak buat".Macam tu lah lebih kurang waktu mula-mula pandai buat kek.

Anak saya juga pernah berkata kepada saya, "Umi,tolong buat kek birthday untuk kawan,bagi diskaun sikit harganya boleh?".Macam tu jugalah tiap kali kalau kawannya yang menempah.

Anak-anak sekalian,benar kamu beruntung kerana umi pandai membuat kek,jadi belajarlah daripada umi nanti.

Benar umi buat kek birthday untuk anak orang lain,tetapi berbayarlah nak oii...bukan diorang amik free.Lagipun lepas tu umi buat juga kan kek untuk anak-anak.

Benar umi tak beri diskaun banyak-banyak, buat kek guna modal duit ler...jadi tak bolehlah diskaun lebih-lebih.Dahlah barang naik harga sekarang ni.

Macam mana? Ada lagi tak soalan cepu emas untuk umi?

Dalam diam tak diam semalam kawan anak tempah kek harijadi.Hah,saya dah bagi diskaun pun.Dahlah tak perlu ke kedai ambil kek.Kita yang terus bawa ke sekolah beri pada tuannya.Dia dah jimat duit minyak kerete atau tambang bas kan?

Pesanan:Jangan ambil kesempatan di atas kelebihan orang lain,boleh tak?he he he

Tuesday, May 10, 2011

Apa Menu Tengah hari?


Daging Paprik Ala Arissa

Bahan-bahan:

Semangkuk daging (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih(dititik)
1 labu bawang merah besar/bawang bombay (dihiris bulat)
1 sdb cili kering (diblender)
2 sdb sos cili
1 sdb sos tiram
sedikit kicap
sebatang serai
daun limau purut

Cara memasak:
Mudah je:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak,masuk serai,daging.Goreng sebentar.
2.Masuk cili kering,goreng sebentar,kemudian masuk semua sos dan kicap.
3.Kacau hingga pekat,nak kuah tambah air,nak pekat lagi tambah sos cili.
4.Akhir sekali masuk daun limau purut dan bawang besar.

Dah siap!Kalau tengok gambar ada sayurankan,tambah ikut citarasa sendirilah.Campak-campakkan aje.Tak perlu letak garam dan gula.dah sedang elok je rasanya.

Nama daging paprik ni sempena nama si bongsu Arissa.Saja letak nama dia.Esok-esok dia mesti terkenang selalu.he he he..Hah!kalau nak gantikan ayam pun boleh,nak lagi sedap tambah sedikit belacan,Awas! Yang alahan macam resdung tu,jaga-jaga lah.

Selamat Mencuba!

Pesanan:Saya alahan makanan laut juga,tapi saya bedal juga...

Monday, May 09, 2011

Program Biro Wanita Kuartersku

Kek Chocolate Moist

Hari ni bertempat di salah satu rumah kosong di kuarters saya, diadakan program dari wanita untuk wanita.Sekadar memenuhi program tersebut,diadakan kursus membuat Kek Chocolate Moist.

Inilah antara mereka yang sempat menghadiri kursus membuat kek.Tak ramai tapi riuh juga.Lagipun rumah kosong tiada perabot,bergaunglah bunyinya.
Saya ni masa nilah,gatal kaki,ni gambar candid ni...anak perempuan jadi jurukamera.Jangan bimbang,kejap-kejap saya ke sinki basuh tangan.Kenalah bersih sikit.


Walaupun saya sudah boleh membuatnya,tetapi saya ingin memberi sokongan kepada program yang dijalankan.Dengan hanya bayaran serendah RM10,takkan saya nak lepaskan sahaja ilmu yang mungkin ada yang tidak saya ketahui.Adalah juga aktiviti tahun ni.



Ha,dalam loyang ni adunan kek yang sudah siap dibancuh oleh kami tadi.
Yang ini pula kek coklat yang sudah siap dikukus.Nak bubuh topping je atasnya.
Setelah siap kami potong dan bahagi sama rata untuk di bawa pulang.Memang berbaloi.Sedap tau!
Kek Chocolate Moist


Pesanan: Suami kata malam ni harga gula naik RM0.20,jadi kurangkan gula dalam makanan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...