Dari Segi Bahasa:
Zakat bererti bersih dan suci. Ia membawa makna pembersihan dan kesuburan, kerana dengan mengeluarkan zakat, maka harta pencarian dan simpanan menjadi bersih.Bersih daripada sesuatu yang haram dimiliki,iaitu hak-hak orang lain yang telah diwajibkan kita mengeluarkannya,serta hasil pencarian dan pendapatan tersebut akan diberkati Allah.
Dari Segi Syarak:
Zakat bermakna mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu setelah mencukupi nisabnya dan sampai masanya satu tahun atau setelah sempurna menuai (bagi tanam-tanaman).
Orang yang mampu dan cukup hartanya setiap tahun wajib mengeluarkan zakat. Sebaliknya,orang Islam yang tidak cukup hartanya satu nisab,tidak wajib baginya mengeluarkan zakat.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
Dirikanlah solat dan keluarkan zakat.
(Surah al-Baqarah 110)
Pesanan: Jangan lupa pada orang yang lebih susah dari kita.Ingatan untuk diri saya dan anda.
Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.