Ramai orang yang tidak menyedari bahawa antara rahsia yang boleh mengeratkan perpaduan,ikatan persefahaman dan kasih -mengasihi sesama ahli masyarakat ialah menyebarkan salam dan bertanya khabar tentang diri masing-masing.
Tentang keutamaan memberi salam ini, Rasulullulah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Daud r.a:
Maksudnya: "Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih dahulu memberi salam kepada yang lain".
Baginda SAW seterusnya bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn al-Sunni r.a. yang bermaksud:
"Sesiapa yang menjawab salam,maka ia adalah miliknya dan sesiapa yang tidak menjawabnya,maka dia tidak termasuk dalam golongan umatku."
Biasanya,salam yang diberikan ialah:
Assalammualaikum
"Semoga keselamatan dilimpahkan ke atas kamu semua."
Dijawab dengan:
Waalaikummussalamwarahmatullahiwabarakatuh.
"Semoga keselamatan dilimpahkan ke atasmu juga rahmat-Nya dan berkat-Nya".
Diikuti dengan khabar pertanyaan tentang urusan kerja masing-masing,hal-ehwal kesihatan keluarga,berbincang tentang sesuatu masalah dan penyelesaiannya dan sebagainya.
Jelaslah manfaat memberi dan menjawab salam ini begitu banyak,sebagai pembuka bicara dan penghubung tali silaturahim sesama Islam yang dikenali mahupun yang belum dikenali. Memberi salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib.
Pesanan: Mudah aje kan. Kalau kita jumpa sahabat-sahabat kita, jangan lupa beri salam dulu.
Sumber:Buku Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato'Ismail Kamus dan Ustaz Mohd.Azrul Azlen Ab. Hamid.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.