Thursday, August 19, 2010

Anis nak pakai subang

"Umi ni apa ni?" tanya Anis sambil memegang cuping telinga saya. "Subang"jawab saya. "Bila umi nak beli subang adik?". "Nantilah kita pergi kedai emas ye?" jawab saya balik.


Anis yang berusia 3 tahun sudah pandai nak melawa. Saya pun tak pasti macam mana terdetik hatinya nak pakai subang. Tapi itulah hakikatnya,subang pun teringin nak pakai. Saya cuma tidak berkesempatan untuk ke bandar. Jadi saya asyik berjanji sahaja dengannya. Dia pula, hari-hari asyik bertanya. Kerap kali juga dia lupa apa nama benda kat cuping telinga saya ni. Ada sekali tu semata-mata nak beritahu kawan sebayanya (anak jiran), dia menyelak celah tudung saya untuk bertanya lagi. Sebaik aje saya beritahu,dia pun mulalah berceloteh dengan kawannya.


Suami saya janji nak pergi kedai emas tu hari sabtu ni.Katanya takde lah kelam kabut nak kejar masa,pergi sebelah pagi katanya. Saya dah beritahu anak saya,kalau nak pakai subang telinga adik kena 'tembak' dulu,barulah boleh pakai subang. Bukan dia faham pun tembak macam mana. Sedang kan anak kedua saya yang berumur 11 tahun tu pun menangis sewaktu di'tembak' untuk pakai subang,inikan anak saya yang baru berusia 3 tahun. Tapi adik-adiknya yang berdua tu(umur 8 dan 9 tahun) taklah menangis seteruk dia. Takut boleh pakai sebelah aje nanti.


Sebenarnya bukanlah sakit sangat.Cuma terkejut sahaja barangkali. Itu yang budak-budak tu menangis. Takpelah nanti kita tengok reaksi Anis. Dapatkah dia memakai subang. Tunggu....


Pesanan: Sebenarnya silap saya berjanji dengannya tapi tak tertunai. Takpelah hari sabtu ni saya cuba penuhi janji tersebut.

4 comments:

  1. cantik macam uminya kan...he he he

    ReplyDelete
  2. I' m currently blogging for a (poor) living for someone else... but I like it. You' ve inspired me to keep doing it, and look to doing it for myself soon

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...