Sunday, August 15, 2010

Rezeki di bulan Ramadan.

Seperti biasa makanan berbuka saya hanya sejenis lauk atau dua jenis sahaja. Sengaja tak masak banyak-banyak,kerana bulan puasa ni selera nak makan memang membuak-buak, tapi bila dah berbuka,selesai makan masing-masing dah terlentang keletihan sebab makan banyak.Jadi tak ada bezapun masak banyak dan sikit,asalkan cukup-cukup untuk ahli di rumah.

Nak dijadikan cerita,semalam baru berpeluang ke pasar Ramadan di Raub. Kebetulan bawa anak lelaki ke klinik sana,kudis butanya ada lagi.Dia duduk asrama mudah sangat berjangkit.Malangnya klinik tersebut tutup.Klinik ni disarankan oleh gurunya. Mudah baik katanya.
Klinik tutup, kami pun berjalan-jalan ke pasar Ramadan. Cadangnya nak cari murtabak je. Cari punya cari jumpalah 2-3 gerai jual murtabak. Saya lihat harga antara Rm2.50-Rm3.00. Saya beli yang murah je, Rm2.50 satu keping je. Cukuplah tu. Kemudian nak balik, saya ternampak gerai menjual popiah basah. Ini memang lama dah saya nak makan, belilah Rm1.00(3).
Anak perempuan saya pula terliur karipap,beli jugalah Rm1.oo.Saya kata kat dia, kalau tak makan nanti,siap dia. Sebab saya tahu sangat perangai budak ni, dia kan puasa terliur nak itu nak ini.Eh! jalan nak balik ke kereta tu suami pula terliur tau fu fah. Ingatkan budak je,dia pun teringin nak makan tau fu fah tu. Belilah 3 bekas. saya kata dalam hati tak makan nanti siap gak lah dia.Rupa-rupanya saya pun terliur ada satu lauk tu.hu huhu saya beli pajeri terung RM1.00 he he he...Saya pasti habis makan nanti.

Balik ke rumah saya terus memasak lauk,ayam masak kicap ada 6 ketul je ayam yang tinggal,kemudian goreng daging yang tinggal sebesar penumbuk je. Cukup ke? Tiba buka puasa kami pun makan anak-beranak. 7 orang punya mulut belum masuk lagi sikecik 5 bulan tu.Mmmmm.cukup pun ,masih boleh lagi bahagi 2 lauk ayam tu untuk sahur pagi ni. Inilah dikatakan rezeki yang mencukupi.Tak perlu banyak-banyak, membazir je.Allah telah cukupkan rezeki kita.Insya Allah.

Pesanan: Memang rambang mata bila ke pasar ramadan,tapi beli yang nak makan je lah.Lepas tak payah banyak sangat,kang jadi pembaziran pula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...