Wednesday, November 30, 2011

Pengat Pisang

Duduk di kampung macam-macam makanan boleh dibuat.Kalau belakang rumah ada pokok pisang,ambil aje tak payah beli.Jika rajin buat pengat pisang.

Biasa pengat pisang dimakan sebelah petang 

Macam saya,mertua bagi pisang nangka.Pisang tu dah masak cuma kulitnya masih hijau,tak berubah warna kuning macam pisang lain.Ada bahan bolehlah buat pengat pisang.Senang je.

Bahan-bahannya:
sesikat pisang dipotong kecil-kecil secara menyerong
4 gelung gula melaka size kecil
1/2 senduk gula
1/2 sudu kecil garam
1 biji kelapa (ambil santan)
sedikit sagu jika suka

Car-cara membuatnya:
1.Masukkan santan dan gula melaka,gula pasir.
2.Kacaukan sehingga gula hancur.Masukkan sedikit sagu jika suka.
3.Masukkan pisang.Kacau hingga masak santan tu.
4.Rasa kemanisan yang dikehendaki.

Hmm..sedap dimakan waktu minum petang.

Pesanan:Teringat pada Cikgu Niena tentang pisang nangka tu,dia sangka pisang tu tak masak lagi,sampai lembik dah pisang tu.Yelah warna kulit hijau lagi.Saya pun tak kenal sangat nama-nama pisang ni.

Monday, November 28, 2011

Kenduri Kahwin di Kuantan

Saya memang sangat sibuk dalam minggu ni.Selepas selesai satu urusan di Kelantan,saya pulang ke Kuala Lipis kemudian menghadiri kenduri kahwin di Chegar Perah pula sabtu 26/11.Esoknya saya ke Kuantan pula menghadiri perkahwinan sepupu di Jalan Bukit Setongkol.Selesai disitu,saya bergegas ke Temerloh pula menghadiri satu lagi majlis perkahwinan adik kepada jiran saya.Fuh!Memang perjalanan yang letih.

Saya ingin bercerita tentang perkahwinan sepupu saya iaitu anak kepada arwah abang mak saya.Saya memang harus menghadirkan diri,kerana sepupu saya sudah bergelar anak yatim sejak kecil lagi.Arwah pak long saya meninggal dunia akibat sakit jantung.Kini yang menguruskan anak-anak adalah mak long.

Sudah kebetulan di Kuantan saya tergerak hati untuk menghantar mesej fb kepada blogger yang di Kuantan macam kak ni-arianasstorys.blogspot.com.Tapi bukan rezeki agaknya,mesej saya tak berbalas.Takpelah mungkin lain kali.

Jomlah tengok sebahagian gambar kahwin sepupu saya.

Sepupu saya yang lelaki..katanya pasangannya juga orang Pahang.

Saya pun turut bergambar di meja pengantin.


Antara kenalan dan saudara mara yang hadir

Cuti sekolah bermula walaupun hujan tak menentu,kenduri tetap berjalan.Kena plan betul-betul biar tak bertindih hari dan waktu majlis kahwin yang sama.

Pesanan:Kalau sesiapa rasa nak jumpa saya hantar je kat email saya.Bolehlah berjumpa kalau kebetulan kita di tempat yang sama.

Saturday, November 26, 2011

Jom cari makan di Kota Bharu,Kelantan

Kalau nak jalan-jalan cari makan kat Kota Bharu,Kelantan terlalu banyak kedai-kedai makan dan restoran yang menyajikan berbagai jenis hidangan.Memang terlalu banyak pilihan.

Kali ni saya nak kongsi tempat makan yang telah saya kunjungi.

Pertamanya makan malam di Restoran Wau (huruf wau jawi).Restoran Wau terletak di Seksyen 9,Jalan Tg.Semerak,Kota Bharu,Kelantan menyajikan pelbagai makanan,antaranya makanan barat dan juga makanan ala-Thai.

Jom kita terjah!


Ini signboard depan Restoran Wau.Besar tau Wau dia.


Pemandangan di dalam restoran



Air Carrot + Oren


Lauk tomyam campur,ikan siakap goreng cili api dan kangkung goreng belacan
Harganya bolehlah saya kata "WOW!"....hmm anda pergi alami sendirilah,lain orang lain "WOW"nya..

Okay kalau untuk sarapan pagi ringkas bolehlah ke Jalan Stadium Kota Bharu,kedai roti canai berdekatan dengan gelanggang tenis.

Jom terjah lagi!

order roti cotek kuah banjir...sedap wooo....ni macam roti kosong kemudian dia pecahkan telur sebiji ditampalkan atas roti canai kosong tu,buh kuah campur atasnya...


order air teh tarik kaw-kaw...fuh naik selera makan tau!

Selain dari roti canai,nasi lemak,nasi berlauk dan telur separuh masak pun ada.Bolehlah makan sekeluarga disini.

Pesanan:Memang Kelantan ni terlalu banyak makanan yang boleh menaikkan selera kita.Sekarang ni musim hujan putu halba sangat laris!

Friday, November 25, 2011

Alami pemandangan kawasan banjir di Kelantan





Sekarang sudah musim cuti sekolah,ramai yang sudah pulang ke kampung atau masih di rumah masing-masing.Saya tidak ketinggalan pulang ke kampung suami di Kota Bharu sambil-sambil menyelesaikan urusan kemasukan anak yang baru lepas UPSR untuk mengisi borang-borang sekolah yang berkenaan.

Dikesempatan itu,semalam 24/11 saya berjalan-jalan pada waktu malam di Kota Bharu dansempat singgah di kawasan yang memang akan dinaiki air setiap kali bah melanda Kelantan iaitu Tambatan D' Raja.Sekarang ni mereka sudah menyiapkan Menara Tinjau dengan kadar bayaran RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.Cantik pemandangannya pada waktu malam.


Cuba lihat gambar di atas,betapa banyaknya air sehingga sudah memenuhi seluruh kawasan.Deras betul air yang mengalir.

Penunggang motor sekadar menguji kedalaman air yang telah naik di kawasan tersebut.

Yang ini pula sewaktu perjalanan kami dari arah Machang ke Kota Bharu.Air menaiki jalanraya,ini juga punca kesesakan lalulintas.


Ini pula kawasan rumah mertua saya di Pulau Melaka,Kota Bharu.Kelihatan juga dua orang anak-anak saya sedang asyik mengharungi banjir(main banjir sebenarnya).Ini pertama kali anak-anak dapat bermain air banjir.Tapi tetap juga saya awasi,maklumlah mereka tidak biasa dengan keadaan sebegini,tak macam budak-budak kampung kat situ.

Sewaktu saya menaip entry ni,saya masih lagi di kampung suami.Saya berharap esok kami pulang janganlah naik air di jalan-jalan utama kami nak pulang semula ke Kuala Lipis.

Pesanan:Sekali air bah sekali pasir berubah...macam ku pernah dengar..tapi di mana ya?

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...