Friday, September 30, 2011

Budak 4 tahun pun tahu syurga neraka...




"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"


Wahai Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api Neraka.

Surah-Al-Baqarah 201



Pagi semalam,saya dikejutkan dengan pertanyaan anak kecil yang baru berusia 4 tahun.Sejuk perut ibu mengandung apabila mendengar soalan-soalan yang keluar dari mulut si kecil ini.

Dalam handphone saya terdapat doa-doa harian.Dan antaranya doa untuk masuk ke syurga.Dia asyik ulang-ulang mendengar doa tu.(ni kakaknya yang tunjukkan).Kemudian dia pun bertanya:

Anis: Umi,ni doa masuk syurga kan.


Saya: Ha'ah(mengangguk)


Anis: Adik nak masuk syurga.Umi nanti Allah terbang ye bawa kita masuk syurga.


Saya: Sukahati Allah lah nak bawa macam mana nanti.


Anis:Umi,orang baik masuk syurga orang jahat masuk neraka kan?


Saya:Iye.


Anis: Bila boleh masuk syurga?


Saya: Nanti bila kita dah mati.


Anis: Oh!.Yang kita tengok kat spital tu yang mati tu masuk syurga ye?


Saya: Tengoklah dulu,kalau dia baik masuk syurga kalau dia jahat masuklah neraka.


Anis:Umi jahat-jahat selalu marah-marah nanti umi masuk neraka.


Saya: Gulp!(aiks?) ok.ok..nanti umi tak marah-marah lagi.Anis dengar cakap umilah.


(dalam hanphone tu ada simbol gambar neraka dan syurga iaitu api dan pelangi,dia tanya yang mana syurga dan neraka,saya terangkan yang api itu neraka dan syurga itu pelangi).

Dia pun sambung lagi dengar doa-doa tu.

Itulah sebahagian dan lebih kurang yang dapat saya catatkan dari perbualan saya dan anak saya.Benarlah pepatah Melayu berkata melentur buluh biar dari rebungnya.Anak kecil ini mudah menangkap apa sahaja yang diajar oleh orang dewasa.

Cuba kiita lihat anak sekecil ni sudah mulai cuba memahami apa itu syurga neraka.Kita yang sudah baligh ni,masih terkial-kial  lagi dalam menentukan arah tuju hidup sama ada mahu ke syurga atau neraka..Renung-renungkanlah.

Pesanan;Doa tu yang biasa kita baca selepas solat,doa hindarkan dari seksaan  azab api neraka.

Monday, September 26, 2011

Boleh bersalam ke tidak ni?


Sejak dari kecil ibubapa kita mengajar agar kita menghormati orang yang lebih tua.Tidak kira dia lelaki atau perempuan.Menghormati dengan erti kata,bersalam setiap kali berjumpa dan bertanya khabar.Tetapi apabila sudah besar/baligh dan sudah belajar agama,tahukah kita tidak kesemua ahli keluarga boleh bersalam dengan kita.

Kepada yang sudah belajar hukum hakam agama,pasti mengetahui hukum bersalaman dengan orang yang bukan muhrim.Kebiasaan perkara ini berlaku sewaktu menziarahi keluarga atau pada musim- musim perayaan atau kenduri-kendara,saya melihat sendiri mereka bersalaman tanpa batasan atau tanpa mengetahui sama ada orang tersebut mahram baginya atau tidak.Sepupu dengan sepupu pun masih bersalaman lagi,seolah-olah tidak berbuat salah.Ini kerana sudah akrab sejak kecil lagi,apatah lagi tidak menyimpan perasaan lain.Maka tidak nampak salah disitu.

Kebanyakan dari kita pasti terkeliru(bagi yang tidak tahu) bahawa contohnya suami kepada ibu saudara yang kita gelar pakcik tidak boleh bersentuhan dengan kita(kita-rujuk sebagai perempuan) apatah lagi bersalaman,apalagi sepupu-sepupu kita.tidak kira tua atau muda haram tetap haram.(tetapi ada  pendapat tentang orang yang tua uzur yang tidak ada ransangan nafsu syahwat)

Al-Iraqi berkata, "Jika nabi saja tidak melakukan hal itu, padahal beliau adalah orang yang maksum dan terhindar dari dorongan syahwat, tentu orang selain beliau lebih tidak boleh lagi melakukannya." Hadits tersebut diperkuat oleh hadits dari Ma'qil bin Yasar dia berkata:
"Sesungguhnya Rasululah S.A.W. bersabda, Seandainya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal bagimu." (Diriwayatkan oleh Thabrani dan Baihaqi, dan para perawi Thabrani adalah orang-orang yang terpercaya dan saheh) 


Disinilah timbul situasi yang mana selama ini kita bersalam dengan mereka akibat kejahilan,tiba-tiba kita berjumpa lain kali kita tidak bersalam kerana sudah belajar dan mengetahui,maka perkataan tidak menghormati orang tua atau dikatakan kurang ajar kepada orang tua akan bermain diminda..Mulalah bermasam muka.Sepatutnya mereka yang lebih tua faham dan memahami hukum-hakam ini,ini tidak sebaliknya pula.Apa dalil bersalaman dengan lelaki -wanita itu haram?Sila rujuk dan baca  disini.

Kita meringan-ringankan hukum haram ini,kerana keadaan persekitaran yang membolehkan perkara ini berlaku.Boleh baca ini dan ini. Sama sahaja mesej yang disampaikan.

Oleh itu mari kita belajar dan terus belajar tentang hukum haram- halal,agar dapat kita sampaikan kepada generasi anak-cucu kita,supaya kita tidak berterusan membuat dosa yang berpanjangan,yang akan bertali-tali jika tidak dicegah dari sekarang.Ajarkan anak-anak yang sudah baligh perkara yang ramai mengaggapnya sebagai kesalahan ringan sedangkan ia mendatangkan dosa.

Jika sesat ditengah jalan,baliklah ke pangkal jalan.Saya sekadar meyampaikan kerana saya sendiri sudah banyak membuat kesilapan ini akibat kejahilan sendiri..Tidak terlambat lagi untuk berubah.

Pesanan:Jika masih terkeliru atau masih tidak faham,eloklah bertanya kepada ustaz-ustaz atau sesiapa sahaja yang pakar agama dalam hal ini.Berilah sokongan bukan sindiran.

Friday, September 23, 2011

Kek Pelangi berubah menjadi kek harijadi


nampak tak warna warni kek tu..


Dah lama tidak menerima tempahan kek.Walaupun saya buat secara suka-suka sahaja,bila lama tak buat terasa kekok pula.Saya masih belum mahir lagi dalam pembuatan kek,tetapi setakat yang simple-simple tu bolehlah.

Semalam anak minta buatkan kek harijadi,oleh kerana bahan-bahan ada yang tak cukup,saya cadangkan buat kek pelangi je(bukan kek span).Bila dah siap,kebetulan saya ada simpan aising dalam peti beku,saya keluarkan.Bila rasa okay lagi,saya pun letak aising atas kek tu.Atas je lah,yang tepi tu saya biarkan begitu.Cantik pula.Sebab warna-warni terserlah.

Seperti biasa,saya design atasnya,minta tolong Cikgu Niena tulis dan tambah apa yang patut.Jadi lah kek hari jadi.Cuma lapik bawah kek sepatutnya empat segi,yang ada bulat je,letak aje lah,nampak okay je.

Pesanan:Teringat kek kahwin adik baru ni,sedap betul.Bila tanya rupanya kek Secret Recipe.Patutlah sedap.Mesti mahal kan.

Thursday, September 22, 2011

Kari Sotong Membuka Selera

Sotong banyak,tapi tenggelam dek kuah yang 'terbanyak' jugak.....

Biasa-biasa sotong ni saya asyik masak sambal sotong atau goreng kunyit.Tak pandai nak masak cara lain dah.Tetapi tiba-tiba terasa nak masak sotong masak kari,google punya google jumpalah kari sotong kat blog Kak Jee.

Saya pun cuba.Hmm sedap,macam makan kat kedai mamak je rasanya.Dengan kuah yang pekatnya,terasa kari dan rempah-rempahnya.Masuk kali ni dah 3 kali saya cuba masak.Semuanya menjadi.Tapi nampak Kak Jee punya lagi terliur,pandai-pandailah agak-agak minyak untuk menumis tu ye.

Jom tengok resepi,salin dari blog Kak Jee - kari-sotong 

Bahan-bahannya:


1/2 kg sotong (dibersihkan,tanpa potong,sumbat balik janggutnya)
1 cawan rempah kari Babas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah campuran untuk menumis
1/2 cawan santan/susu segar(saya guna santan)
1/2 cawan air asam jawa
daun kari
nota:saya tambah 2 sudu besar cili kering dan saya tak guna babas,saya guna rempah kari ayam adabi)


Cara-caranya:
1.Bawang dimayang dan ditumis hingga garing.
2.Masukkan rempah campuran dan daun kari.Goreng seketika(masukkan cili kering kalau suka)
3.Masukkan rempah kari ikan dan goreng hingga wangi.Guna api perlahan.
4.Masukkan 1/2 cawan air,masak hingga rempah kering.
5.Kemudian masukkan santan dan biar mendidih.Masuk garam dan aji.
6.Masukkan sotong dan masak kira-kira 10 minit.
7.Masukkan asam jawa,besarkan api biar mendidih dan tutup.

Ikutlah cara yang diberikan,pasti menjadi.Sebenarnya rempah campuran tu saya tak tahu apa dia,saya tanya mak,mak bagi tau serbuk jintan dan ketumbar,oleh kerana takde saya blender jintan dan ketumbar yang kasar tu.

Psanan:Sesekali saya teringin menu baru.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...