Monday, September 29, 2014

Projek Melukis Mural Taska

Untuk melukis mural taska di dinding bukan perkara mudah.Jadi untuk menjimatkan kos upah pelukis profesional,nampak gayanya kena lukis sendiri.Berkat kerjasama jiran dan ahli keluarga,dapatlah juga kami siapkan sedikit lukisan untuk taska saya ni.Bolehlah walaupun bukan pakar.


Ini lukisan dalam taska.Belum siap sepenuhnya ni.

Ini pelukisnya...saya bantu mewarna sahaja.

 Yang ni yang telah disiap warna,suami touch up sikit-sikit.

Dari tengah hari hingga petang dapat buat banyak ni je.Maklumlah bukan pakar melukis.Bolehlah kan.

Ada lagi saya nak tunjukkan,nanti dah siap sepenuhnya bolehlah tengok ye.

Pesanan:Puas hati dapat buat sendiri

Thursday, September 25, 2014

Sekitar pemandangan menghantar jemaah haji di Kelana Jaya

Rasanya ramai yang biasa menghantar bakal-bakal haji yang akan menunaikan ibadah haji hingga ke Kelana Jaya jika di Kuala Lumpur.Sekarang tidak perlu hingga ke KLIA.Sebabnya mengelakkan kesesakan di sana.Lagipun dah tidak boleh melambai seperti dulu-dulu lagi.Dah tak nampak pun.Jadi Kelana Jaya adalah tempat terakhir dapat berjumpa mereka bakal jemaah haji.

Saya juga berkesempatan menghantar mak dan pakcik saya suami isteri di sana.Kami bertolak dari rumah jam 3 petang.Bersurai dari Kelana Jaya jam 7 petang.


Sampai je Kelana Jaya dengan berkonvoi lebih kurang 6-7 kereta,kami mencari tempat untuk berehat di bawah khemah yang disediakan.


Apalagi buka bekalan lah.Lapar dah.Cafe ada disediakan di tingkat 1 bangunan TH tu.Yang mana nak makan situ boleh je.




 Tibalah saat dinantikan.Jemaah haji sudah mulai memasuki tempat untuk pemeriksaan dan semakan di dalam bangunan disediakan.
Kami pun mulai bersalam dan berpelukan.Terdengar tangisan perpisahan di sana sini.Siapa yang lihat memang akan mengalirkan air mata.

Dan terbaru KT 55 sudahpun selamat mendarat di Jeddah.Bermulalah perjalanan mak,pak teh dan mak teh saya.Semoga Allah berikan kesihatan yang baik untuk mereka mengerjakan haji dengan sempurna dan semoga mendapat haji mabrur.Amin!



Bergambar kenangan sebelum bertolak.

Pesanan:Semoga kami juga berpeluang ke sana.Amin!

Sunday, September 21, 2014

Hari ini penerbangan KT55...Jemaah haji

Ini adalah penerbangan haji untuk mak saya dan adik mak serta isterinya.

Kami akan menemani mereka sehingga ke Kelana Jaya bersama sanak saudara yang lain.





Semoga Allah menerima segala amal ibadah mereka dan didoakan selamat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji mabrur.

Sebagai ahli keluarga apa yang diharapkan perjalanan mereka selamat pergi dan balik.Hanya kepada Allah saya berserah segala-galanya.

Hati anak mana yang tidak sedih bila berpisah dengan mak tersayang dan juga pakcik serta isterinya.Kami mengharapkan mak sihat dan dapat menjalani ibadah haji dengan baik.Tolong kawan-kawan doakan juga ye.

Pesanan:Mak dah pesan adik beradik jangan bergaduh.

Monday, September 15, 2014

Upsr belum selesai lagi.

Upsr yang sepatutnya sudah selesai namun akibat sikap tidak amanah seseorang maka terpaksa dilakukan semula.Berikut jadual asal UPSR 2014.





Namun demikian apabila 2 kertas soalan bocor iaitu Sains dan Bahasa Inggeris maka satu tarikh ditetapkan untuk murid menduduki semula kertas tersebut iaitu pada 30 September 2014.

Walaupun telah menjawab soalan Bahasa Inggeris,namun Sains tidak sempat kerana sudah dibatalkan awal lagi.

Saya tidak mahu mengulas panjang tentang hal ini kerana rata-rata orang ramai sibuk memperkatakan tentangnya.

Anak saya antara yang terjejas akibat hal ini.Namun saya menganggapnya sebagai satu hikmah dan peluang untuknya memperbaiki kesilapan adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian.

Tidak mahu anak merasa kecewa,saya dan suami serta guru sekolahnya memberikan semangat baru dan harapan kepadanya bahawa inilah peluang untuknya mengulangkaji dengan lebih tekun lagi.Biar apapun berlaku,usaha perlu dilakukan.

Bermula hari ini isnin (15/9/2014),(sepatutnya mereka sudah boleh bercuti panjang),sekolah menggiatkan lagi usaha untuk anak muridnya lebih maju dengan mengadakan kelas tambahan semula.Semoga anak saya dan kawan-kawan dapat menerima segala yang berlaku sebagai satu hikmah dan takdir.Dan akan belajar lagi dengan lebih bersungguh-sungguh.Amin!

Pesanan:Simpan perasaan kecewa jangan ibubapa tunjuk kepada anak-anak.

Sunday, September 14, 2014

Kalau kail panjang sejengkal....

Ada peribahasa mengatakan kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga.Tau tak maksudnya.Maksudnya ialah jika ada pengetahuan yang sikit janganlah nak melawan orang yang banyak pengetahuannya.Ya tak?

Apa cerita saya ni?Ceritanya baru-baru ni suami telah memancing bersama kawan-kawannya di Tok Bali,Kelantan.Dapatlah jua bawa beberapa ekor ikan.Hasil tangkapan bersama di bahagi-bahagikan.Sedap betul ikan segar ni.Antara ikan segar tesebut ada ikan kembung dan ikan kerisi.Yang lain saya tak berapa kenal nama ikan tu.(maaf ye).Bukan senang dapat masak ikan segar ni.


Alkisah,ada seekor ikan panjang,suami saya siap potong bahagiannya.Sewaktu saya hendak membersihkan bahagian kepalanya,terjumpa mata kail terlekat di insang ikan.hehehe.Takde apa yang lucunya,cuma ini pertama kali terjumpa mata kail pada ikan.Maklumlah saya tak pernah memancing ikan.Jadi terujalah bila jumpa mata kail ni.


Ikan ni pun dah selamat kena makan,saya masak kari.Sedap sungguh isinya,lemak manis pula rasanya.Maklumlah ikan segar dari laut.


Pesanan:Semoga dapat makan lagi ikan hasil tangkapan suami di laut,mungkin tahun depan pula.hehehe

Saturday, September 06, 2014

Roti bakar telur bercheese




Agak-agak dah tiada idea untuk buat sarapan atau minum petang bolehlah cuba roti bakar ni.

Resepinya sama seperti yang selalu kita nampak di facebook tu.Cuma saya tambah daging kisar,serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.Bahan lain seperti telur,cheese parut dan mozarela sama je.Bakar hingga cheese nampak kuning.

Bolehlah letak sos cili campur mayonis untuk makan lebih sedap lagi.

Cubalah ye.

Pesanan: 2 keping pun sudah mengenyangkan.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...