Tuesday, October 22, 2013

Sekadar untuk pengetahuan-gelaran negeri-negeri di Malaysia

Kalau tulis alamat di atas sampul surat atau mana-mana dokumen,rajin tak tulis penuh.Contoh: 27300,Benta,Pahang Darul Makmur.Saya selalu juga tulis penuh sebegitu alamat saya.Ada 3 negeri yang saya lihat sudah ada gelaran nama baru.

1. Kedah Darul Aman
2.Negeri Sembilan Darul Khusus
3.Pahang Darul Makmur
4.Kelantan Darul Naim
5.Johor Darul Takzim
6.Perak Darul Ridzuan
7.Perlis Darul Sunnah
8.Selangor Darul Ehsan
9.Terengganu Darul Iman
10.Sarawak Bumi Kenyalang
11.Pulau Pinang Pulau Mutiara
12.Sabah Di Bawah Bayu
13.Melaka Darul Azim
14.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15.Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kalau ikutkan dulu Perlis Indera Kayangan kan,Melaka Bandaraya Bersejarah dan Wilayah Persekutuan Putrajaya tiada.Namun baru-baru ni,saya ke Muzium Negara Kuala Lumpur,saya terlihat senarai bendera negeri-negeri di Malaysia di gantung beserta dengan tulisan gelarannya sekali.Jadi rupanya gelaran Melaka dan Perlis sudah ditukar.



Dulu alamat dalam kad pengenalan saya ditulis Selangor Darul Ehsan walaupun alamat saya di Kuala Lumpur sebab kawasan saya lebih kepada dalam Majlis Perbandaran Ampang Jaya,Selangor.Kini selepas kad pengenalan saya hilang,alamat saya di Kuala Lumpur tetap sama cuma ditukar ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Saya pun tak tahu macam mana mereka bahagikan kawasan perumahan saya tu.

Jadi sekadar untuk pengetahuan saya,saya masukkan dalam entry saya Saya pun baru tahu.Maklumlah saya dah lama tak menulis surat kepada kawan-kawan,Sekarang ni hantar SMS je kan.Lagi senang cepat sampai.

Pesanan: Lama dah tak beli setem,ke pejabat pos pun boleh kira dengan jari berapa kali dah pergi sana.


16 comments:

  1. Oh.. kakak tertinggallah. Putrajaya kakak tahu tapi Melaka dan Perlis kakak baru tahu.

    Kakak kalau tulis address pun suka tulis darul dia juga.. rasa macam sedap didengar kan:)

    ReplyDelete
  2. Dah tak ada Indera Kayangan, ya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana boleh diiktiraf Darul Sunnah tu. Solat jemaah dah penuh ker masjid dan surau?

      Delete
  3. Thx...Tak tahu pula Perlis sudah jadi Darul Sunnah. Melaka tidak sepatutnya menggunakan gelaran Darul kerana negeri itu tiada raja atau sultan. Pendapat saya lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tentang negeri Melaka,saya pun kurang pasti,tiada penjelasan...

      Delete
  4. oo..terima kasih atas perkongsian ini ye kak
    baru tau =)

    ReplyDelete
  5. Nur baru tahu....tapi sekarang jarang tulis surat dah...

    ReplyDelete
  6. Perlis Darul Sunnah? Apa yg sunnah nya? Tak tau jugak tentang negeri perlis ni. Ke sebab perlis yg benarkan kawen lebih dari satu tanpa izin isteri maka dipanggil darul sunnah? Kot2 sbb keluarga Harun Din berasal dari sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah,saya pun tak tahu lyd...betul ke tidaknya saya amik kat muzium je ni....kot2 sejarah je...

      Delete
  7. melaka darul azim? ambil nama masjid al azim kat melaka tu ke? perlis darul sunnah? ..baru tau..:-))

    ReplyDelete
  8. Salam, just nak share Sarawak Darul Hana. TQ.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...