Tuesday, September 10, 2013

Rendang Ayam selepas Syawal


Nama resepi ni ialah rendang ayam selepas Syawal sebab dimasak selepas Syawal.Tiba-tiba teringin nak makan rendang ayam,saya pun masaklah.

Bahan utama yang sentiasa ada di dalam peti beku saya ialah kelapa parut dan kerisik.Yang lain tu seperti daun limau purut dan daun kunyit ambil je kat kebun jiran saya.

Bahan-bahan asas yang perlu ada untuk masak rendang ialah:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai

Semuanya saya blender.Masaknya sangat senang,Masukkan santan dalam kuali,bahan blender dan juga ayam.Masak dan kacau sekali sekala hingga hampir kering.Dan keluar minyak sikit  juga penting.Setelah agak-agak hampir kering,barulah taburkan garam,daun kunyit,daun limau purut dan masukkan kerisik.

Tapi tak boleh lawan rondang omak den .Cara masak pun dah lain tau.Masak santan dulu.

Sebenarnya saya tak reti nak sukat-sukat,lalu saya agak-agak je bahan-bahan tersebut.Ikut citarasa sendiri,nak banyak bawang boleh.Cuma petua rendang yang sedap adalah santan yang banyak.Jadi agak-agaklah santan tu ye bergantung kepada bilangan ayam tersebut.

Mungkin bagi yang baru belajar kena semak juga sukatan resepi,selepas dah pandai,boleh agak-agak je.

Pesanan: Selepas masak rendang ayam,saya teringin nak rendang daging pula,lalu saya masak ikut method yang sama.

18 comments:

  1. Rendang selepas syawal...hehe, memang rendang sinonim dgn musim perayaan dan kenduri. Enak juga tu...kena pula buat nasi impit...raya lagilah Ummi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rendang lepas syawal ni kena makan dengan nasi lemak,sedap jugak kan...

      Delete
  2. sedap ni kalo dapat mkn time stress2 keje ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke?saya ingat kalau stress makan coklat je..makan rendang pun boleh hilang stress ye..hehehe

      Delete
  3. sedapnya..dapat makan dengan nasi impit lagi best...

    ReplyDelete
  4. nyum2 sedapnyer..terliur saya nenguk ni..kalo makan ngan lemang ngan ketupat ni sedap gak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah macam-macam dah ni suggestion...terliur nak lemang pulaklah...

      Delete
  5. rendang ayam tak kira bila pun boleh masak kan? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah...tapi hari-hari muak kan...kena sekali sekala baru feel...hehehe

      Delete
  6. Resepi nak buat sate pon lebih kurang macam ni kan. CUma tambah kunyit idop dan kalo rajin tambah jintan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lyd,saya tertinggal bahan kunyit hidup,baru je letak lepas tengok komen Lyd..tq ye..kalau nak buat sate memang kena buh jintan kan..

      Delete
  7. memang sodap ni...dah habis licin..hehe

    ReplyDelete
  8. Menyelerakan! Terus rasa nk buat jugak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan...silakan...jangan lupa bagi jiran sebelah rumah,sebab bau masakan ni hampir ke seluruh rumah...hehehehe

      Delete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...