Saturday, August 03, 2013

Dah tukar duit raya?

Orang banyak duit bolehlah tukar banyak-banyak ye...Yang tak banyak tukarlah setakat yang mampu.Saya tukar pun sebab nak bagi duit raya kat anak-anak buah je.Yang lain tu kalau ada lebih dapatlah,kalau tak takdelah ye.Saja nak bagi budak-budak suka.

Sumber :Sumijelly

Orang yang dua-dua bekerja seronoklah,lagi-lagi kerja kerajaan.Dua-dua boleh bonus kan...Tapi untuk ibubapa tu,janganlah ajar sangat anak-anak minta duit raya.Bukan budaya kita pun.Kalau orang nak beri ambil,kalau takde tu jangan lah meminta pula.

Kasihan pada keluarga yang tidak mampu menyediakan duit raya.Boleh ziarah menziarahi,dapat makan minum pun dah cukup.Bersyukur rezeki mana-mana yang ada.Yang penting hari raya ni,kita mengeratkan lagi silaturahim antara sesama keluarga kita.Dahlah nak berjumpa selalu susahkan.Masa ni lah boleh tengok perkembangan keluarga masing-masing.

Okaylah.Beraya lah nanti dengan cara sederhana.Jangan lupa ganti puasa kalau ada yang tinggal puasa.Takut lupa je.

Pesanan:Adik saya si sumijelly tukar duit raya banyak tahun ni,ada  lah tu rezeki anak-anak saya...hehehehe

8 comments:

  1. duit raya yang ditukar dah tinggal separuh...heee..
    saya bagi duit raya tak tunggu syawal . ambik keberkatan ramadan.

    ReplyDelete
  2. Anim,
    tu lah saya pun dah sebahagian habis,ambil berkat Ramadan juga..

    ReplyDelete
  3. Ada la sediakn sedikit utk sdra mara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedia jugalah kan...tak dapat banyak sikit pun jadilah ye..

      Delete
  4. saya pun utamakan anak buah dulu , ada lebih baru utk lainnya ... kita bkn nak bersaing dgn org lain just utk berpatut2 jer ...

    ReplyDelete
  5. slm singgah & ucap selamat hari raya maaf zahir & batin yer !

    ReplyDelete
  6. Myra pun da tukar duit raya, tapi tak banyak macam akak sumijely tu :D

    ReplyDelete
  7. Ye. Kesian untuk family yang tak berkemampuan kan. Kalau macam kat ofis sayanmemang ada budaya tukar2 duit raya untuk anak2 kitorang yg below 1 year. Utk kawan2 1 ofis yang ada masalah finance kadang kesian jugak sebab diorang struggle jugak utk sediakan duit raya bila ada tukar2 macam tu..

    ReplyDelete

Tinggalkan komen jika ada...komen anda tetap akan dibaca walaupun tidak dibalas.Senyum selalu.

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...