Thursday, January 31, 2013

Maaf sibuk sangat ni!


Cuba tengok kerja saya berlambak-lambak tak siap lagi,fail-fail kat belakang tu masih perlu diteliti.Ada banyak lagi dokumen yang belum di tandatangani.Masih banyak lagi temujanji yang perlu diselesaikan.

Hahaha...Itu semua hanyalah khayalan semata-mata.Tumpang bergambar sebentar di meja suami.Saya lebih sibuk dari orang yang bekerja di pejabat.Tuntutan kerja saya tidak mengira masa.Kerana saya hanyalah surirumah sepenuh masa.

Pesanan:Memang saya sibuk sangat kebelakangan ni.Maaf ye jika lama tak jenguk anda.

Wednesday, January 30, 2013

Terubuk Goreng-Mengancam!


Sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.Sudah cukup masin,tidak perlu kicap.Makan  sehingga tidak sedar nasi bertambah.Jadi awas untuk mereka yang berdiet.

Saya goreng garing dulu ikan.Kemudian ketepikan.Barulah digoreng bawang-bawang dan cili merah atau cili api.Kemudian satukan digaulkan sebati.Fuh!!! Terangkat.Ikan terubuk sederhana besar ni kurang sedikit tulangnya berbanding terubuk yang besar.

Cubalah!

Pesanan:Beli banyak-banyak buat stok jika tiada selera makan.

Sunday, January 27, 2013

Antara tempat-tempat menarikyang sempat diterjah di Sarawak

Pasar Tani Satok/Medan Niaga Satok




Waterfront,Kuching Sarawak


Bangunan kuning tu Dewan Undangan Negeri Sarawak....

Muzium Sarawak....


Muzium Kucing,Sarawak


Kampung Budaya Sarawak...Santubong


Dan yang penting kena ambil gambar kat sini...baru sah datang Kuching....



Banyak lagi tempat.Nanti kalau ada masa saya cerita.Percutian 4 hari 4 malam....banyak sangat gambar yang tak sempat nak ambil.Jadi Sarawak memang percutian yang menyeronokkan asalkan siapkan budget yang cukup....

Pesanan:Ralat tak dapat beli tikar sarawak...dapat diskaun murah...takpe masih ada masa lagi hehehe

Saturday, January 26, 2013

Kek Lapis Sarawak



Dah sampai Sarawak rugilah kalau tak beli bawa balik kek lapis ni.Murah je kat sana RM10 je.Beli banyak lagi dapat murah.Tapi tempat nak membeli tu kena lah tanya orang Sarawak sendiri,yang mana sedap.Mujur isteri Mr Hussein yang buat kek lapis ni.Saya beli tanpa ragu-ragu.

Biasanya ada tester.Anak-anak saya makan tester ni  macam makan kuih raya,kejap-kejap ambil rasa.Rasanya perasa yang sama yang tentu sedap banyak kali di ambilnya.Malu seketika...hahahaha


Saya berkesempatan melihat sendiri cara kek lapis dibuat.Sebab MRS Hussein yang buat....




Uihhh...payah jugak..Cerewet betul.


 Dah siap ni...kena tunggu sejuk dulu baru boleh potong...Sedapnyaaa....Yang kecil ni katanya 2 jam boleh siap.Yang panjang kat bawah ni tak tanya pulak...


Perisa sekarang ni ikut suka kita je nak letak.Nama pula ikut trend semasa.Ada kek pelangi senja,ombak rindu,kek mint,kek coklat chip,kek cadbury...fuh!!!macam-macam nama ni....


 Ini cara pembungkusan.Saya nak bawa naik flight.Letak dalam kotak susun elok-elok.


Ha jinjing kat tangan je.Tak payahlah nak pergi timbang-timbang.Tak banyak pun.Masuk pesawat nanti letak kat atas tempat duduk.Habis cerita.

Jumpa lagi Sarawak!

Pesanan:Ruginya beli sikit....memang sedap.

Pengalaman menaiki Air Asia ke Sarawak


Mula-mula beli tiket online di Air Asia.Nak bercuti bulan Januari 2013,beli tiket bulan Oktober 2012.Sebabnya?Tiket murah waktu tu.Dah selesai beli tiket walaupun pertama kali beli online dan ada sedikit frust.Sebabnya harga di tunjukkan RM98 sehala...tambah tax,tambah tu tambah ni...harga bertambah...berapa?Ikut pada apa yang kita perlu dan harus bayar.Menjadikan lebih dari RM100 sehala.

Ok itu okay lagi,sebab kita boleh pilih harga apa yang nak dibayar.Kemudian print out lah tempahan tu.Kita ke LCCT untuk berlepas.Bertolak jam 7.25 pagi maka perlu ada di sana 2 jam awal...kata staff merekalah.Saya tiba di LCCT jam 5 pagi.Terus ke kiosk Air Asia untuk print out boarding pass hanya dengan menekan nombor tempahan yang diberikan.Tak reti?Takpe ada staff yang sedia membantu.Saya?Saya staf diorang lah bantu.

Selesai semuanya.Saya ke daftar masuk nak pergi timbang berat bag...ala...bahagian luggage tuuu...Timbangan yang saya beli RM20 kg.So timbang je mana-mana bag yang rasanya sampai cukup 20 kg.Sebenarnya saya dah timbang pun berat beg di rumah,guna timbang berat badan tu.Pastikan bawa semua pengenalan diri sama ada surat beranak dan kad pengenalan.Dia check sorang-sorang tau!Ketat betul!

Okay dah selesai,boleh masuk ke balai berlepas.Bukan balai polis ye...Balai berlepas.Scan segala barang yang kita bawa,check badan sekali weeee.Dah masuk situ barulah bebas.Carilah pintu yang dimaksudkan untuk ke Sarawak.Masa nilah nak solat Subuh.Sebab tu datang awal.

Balai Berlepas yang tidak sama dengan balai polis

Masa yang dinantikan tiba......Boleh lah ke pintu yang bernombor tu.Bagi boarding pass kat staff situ,dia check...kemudian berjalan kaki lah kami nak pergi ke flight kami tu.Letih juga berjalan dengan mendokong si kecil lagi.Waktu ni saya tengok muka anak-anak ceria sungguh!Maklumlah ada banyak pesawat Air Asia tengah landing baikkk punya....cuci mata diorang.




Masa untuk naik pesawat merahhh!!!!!


Naik je pesawat takyah nak buat tak retilah cari no seat.Sama je macam naik bas.Tapi kalau nak manja-manja dengan pramugari-pramugara tubolehlah buat-buat tanya...hehehe...Hah cepat cari seat...bukan susahpun...


Ha tengok si kecil dah ambil tempat mereka.Sorang satu...jangan nak mengada-ngada nak pangku.Seat tu bayar tau!


Okay...yang ni takpe.Buat-buat muka tak malulah snap sana snap sini...first time lah katakan...hehehe...first time untuk anak-anak bukan tuk makpak diorang tau...


Okay dah dapat seatkan.Dah siap pramugari buat pengumuman offkan handphone dan segala gadjet yang ada.Okay baca je lah apa yang boleh baca.Nak berlepas ni,psang tali pinggang.Wah syoknya dapat tempat duduk tepi tingkap.


Pagi-pagi tengok awanlah.....


Tengok sayap pesawat....


Dah nak sampai baru lah nampak pemandangan ini....

Dah sampai Sarawak.Perjalanan lebih kurang 2 jam je...


Lalu bahagian Pemeriksaan Imegresen...baru boleh keluar dari airport Kuching.Lama juga di sini,sebab bilangan ahli keluarga saya yang ramai.

Kamek sudah sampai!!!!

Jom cuti-cuti Malaysia!

Pesanan:Nak boleh naik lagi pesawat ni sekeluarga mau lama juga menyimpan.huhuhu

Cuti-cuti Ke Sarawak!


Akhirnya tercapai juga hajat di hati nak ke luar dari Semenanjung Malaysia menuju ke Sarawak.

Saya menyampaikan hajat anak-anak yang teringin menaiki kapal terbang.Dengan adanya penerbangan tambang murah,Air Asia nampaknya impian menjadi kenyataan.Bayangkanlah tiket yang harus kami bayar dengan penerbangan MAS seramai 8 orang???Jadi saya selalu bertanyakan anak-anak apa yang mereka teringin sangat.Rupanya mereka sangat teruja untuk mencuba merasa bagaimana menaiki kapal terbang.


Memang saya sangat bertuah kerana mempunyai sahabat baik di Sarawak.Orang Sarawak memang baik lah!!!Mr Hussein dan isterilah yang menjadi tour guide kami sesampai sahaja kaki kami menjejak tanah Sarawak.

Kami terus ke Sarikin ala-ala Rantau Panjang Kelantan.Sepanjang perjalanan ke Sarikin satu je yang amat mengecewakan kami.Jalannya tidak elok.Sepatutnya tempat yang sering dikunjungi pelancong jalanya tidak berlubang-lubang dan permukaan jalan raya yang kasar.Hmmmm...apa kata orang-orang besar Sarawak?

Inilah antara gambar sempat saya ambil dalam perjalanan ke Sarikin,Sarawak.Apabila melalui jalan seperti ini,semua perlu perlahankan kenderaan.

Okay jom kita shopping!!!Tapi mujurlah kami ada Mr Hussein....dia yang akan beritahu apa yang harus di beli dan tidak di sini.Katanya ada yang murah dan ada yang mahal.Saya mulakan dengan window shopping dan survey harga.Dari mula hingga ke akhir.....nanti baru boleh memilih...hehehehe....




Beli apa saya?Ala beli tikar getah dan telekung je.....hahahaha
Sikit2 dulu gambarnya....hehehe...okaylah jumpa lagi...ada lagi ceritanya kami bercuti di sini....Sambung pula nanti ye....


Pesanan:Setiap kali nak membeli...saya lihat budget dulu...bukan apa biar menyimpan jangan meminta...

Wednesday, January 02, 2013

Musim Hujan Putu Halba Menjelma



Diperbuat dari parutan ubi kayu di isi gula melaka intinya dan dimakan dengan kelapa.Panas-panas memang sedap!Tapi saya hanya dapatinya di Kelantan.Lebih-lebih lagi musim hujan dan musim bah.

Pesanan:Putu piring juga idaman dihati...Sudah buka sekolah saya mungkin sangat sibuk,mungkin tak sempat update entry....tolonglah jangan lupa singgah yeeeee...tq...tq...tq...

Followers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...